Anak Melecur Hampir Seluruh Badan Terkena Asid, Saluran Paip Sinki Jiran Meletup! Sebarang penggunaan asid perlu lebih berhati-hati dengan kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan mahupun kecederaan yang tidak dijangka. Sayunya hati seorang ibu apabila dua orang anaknya cedera terkena asid yang berpunca dari saluran paip sinki dirumah jiran meletup.
“Hati ibu mana yang tidak pilu lihat keadaan anak yang melecur hampir seluruh badan disebabkan asid,” kata ibu kepada kanak-kanak yang cedera dalam kejadian letupan paip sinki di rumahnya di Kota Perdana, Seri Kembangan, Serdang, malam tadi.
Menceritakan semula kejadian itu, Nurul Shaszamul Hidayah Mohd Sham, 32, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam, mereka sekeluarga mahu menikmati makan malam.
“Ketika itu, anak ketiga saya, Muhammad Haidar Munir, 9, sedang menggoreng telur di dapur ditemani adiknya, Marissa Nur Humaira Munir, 7.
“Tiba-tiba, kami terdengar letupan kuat di dapur. Kami sangkakan bunyi gas memasak meletup sebelum terhidu bau asid yang kuat dan kedengaran Haidar mengerang kesakitan.
“Saya terus berlari ke dapur dan mendapati paip sinki jiran yang terletak di bahagian siling dapur meletup dan terdapat asid di dalam kuali digunakan Haidar untuk menggoreng telur,” katanya.
Nurul Shaszamul berkata, anak ketiga daripada lapan beradik itu kemudian dilihat berlari ke bilik air dalam keadaan rambutnya menjadi keras akibat terkena asid.
“Suami kemudian membantu Haidar membuka baju serta menyiram air pada seluruh badannya. Ketika itu, dia hanya mengerang kesakitan.
“Saya kemudian mengarahkan anak sulung dan anak kedua pergi ke rumah jiran untuk memaklumkan mengenai perkara itu kepada mereka.
“Sebaik melihat keadaan dapur yang terdapat tompokan cecair berbuih di atas meja dan di dalam kuali, jiran nampak terkejut dan meminta maaf kepada kami,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian bergegas ke Hospital Serdang sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Azizah, di sini, memandangkan keadaan kecederaan dialami Haidar yang melecur tahap tiga.
Katanya, hasil pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati hampir keseluruhan bahagian kepala melecur termasuk rambut Haidar yang mengeras seperti plastik terbakar.
“Ada juga bahagian bertompok sehingga menampakkan kulit kepalanya akibat hakisan asid berkenaan.
“Bahagian muka dia paling teruk terjejas termasuk kedua-dua matanya juga terkena asid dengan selaput matanya di bahagian luar terkoyak.
“Doktor memaklumkan kemungkinan mata Haidar sembuh seperti sedia kala adalah 50/50 dan dia kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) kebakaran di Hospital Tunku Azizah,” katanya.
Dia juga memaklumkan anak keempatnya turut mengalami cedera ringan di bahagian paha kanan dalam kejadian itu dan dirawat sebagai pesakit luar.
Menurutnya, mereka sekeluarga kini menetap di rumah mentuanya di Serendah, Hulu Selangor, kerana merasakan rumah sewanya itu yang baru didiami sejak tiga bulan lalu tidak selamat selepas insiden berkenaan.
“Jiran ada memaklumkan dia terpaksa menggunakan asid untuk mengatasi masalah sinki tersumbat selepas mencuba pelbagai cara sebelum ini.
“Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dalam kejadian ini kerana tahu ia adalah kemalangan. Namun, melihatkan keadaannya begitu, saya jadi sedih.
“Walaupun dalam keadaan begitu, dia masih lagi teruja sejak semalam untuk mengambil buku teks Tahun 3 di sekolah yang dijadualkan hari ini,” katanya membuat laporan mengenai kejadian itu di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam tadi.
Menurutnya, dia sedar jiran tidak ada niat untuk mencederakan anaknya yang kebetulan berada di dapur.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di nombor akaun BSN Nurul Shaszamul Hidayah Mohd Sham, 1099529000242635.
Sementera itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berkenaan dilaporkan melecur tahap tiga pada dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha.
“Mangsa dalam keadaan stabil dan masih dalam rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Adik perempuan mangsa berusia tujuh tahun pula dilaporkan melecur di paha kanan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar,”
katanya dalam kenyataan, hari ini.Anbalagan berkata, pihaknya sudah merakam percakapan ibu mangsa serta seorang lelaki tempatan yang juga jirannya bagi membantu siasatan.
“Menurut ibu mangsa, kejadian itu berpunca daripada serbuk soda mengandungi asid yang terdapat pada saluran paip sinki tingkat atas rumahnya.
“Pemilik rumah iaitu seorang lelaki tempatan dipercayai menggunakan serbuk soda berkenaan dan memasukkan ke dalam saluran paip sinki bertujuan membersihkan saluran paip yang tersumbat yang dibeli secara dalam talian,” katanya.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.
Mesti Baca:Demi Palsukan Kematian Sendiri, Tergamak Bunuh Wanita Lain Muka Seiras!
Baca Lagi Di Sini:Jangan Panik Bila Anak Melecur Kena Air Panas, Perlu Tahu Rawatan Kecemasan Yang Betul, Elak Jadi Lebih Teruk
Artikel Menarik:Tragedi Tong Gas Meletup “Saya Seolah-Olah Bermimpi.. Terkejut Lihat Keadaan Kakak”
Mingguan Wanita: Kasihannya. Semoga kanak-kanak ini cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusannya. Hati-hati jika ingin menggunakan asid, kerana ia boleh menyebabkan kecederaan dan kemalangan pada diri.
Sumber: Hmetro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023