Tidak salah menghantar anak-anak ke tahfiz. Namun kena betul caranya, jangan main hentam saja. Orang hantar anak ke tahfiz, kita pun nak ikut sama. Ramai yang berjaya apabila dihantar ke tahfiz dan tak kurang kecundang juga di tengah jalan.

Anak Masuk Tahfiz Jangan Dibiarkan Terkontang-kanting, Mak  Ayah Bersedia Sama
Pendidikan Al-quran perlu bermula dari rumah dan sejak kecil lagi.

Ikuti perkongsian Noor Hisham Mustafa ini:

Aliran tahfiz memang menjadi pilihan ibu bapa sekarang untuk anak-anak menyambung pengajian di peringkat menengah. Sayangnya mereka tidak bersungguh-sungguh membuat persediaan untuk anak-anak duduk dalam bidang ini.

Sebab itu akan kedengaran ibu ayah beria-ria tapi anak tak minat, anak-anak terkejut, tertekan, rasa rendah diri dan macam-macam lagi. Akhirnya ada yang tercicir dan tak kurang juga yang berpindah ke sekolah lain setelah beberapa bulan menghafaz quran. Inilah ceritanya setiap tahun di mana jua sekolah yang menawarkan kurikulum tahfiz!

Anak-anak yang duduk dalam bidang hafazan bukannya menghafaz sekali sekala atau seminggu sekali tetapi akan talaqqi, tasmik, murajaah dan duduk bersahabat dgn quran setiap hari. Mereka tasmik setiap hari, murajaah mengikut jadual di samping pelajaran akademik sehingga 4 petang. Disambung pula dengan kelas persediaan pada waktu malam. Bayangkan anak yang tidak dibiasakan dirumah membaca Al-quran setiap hari, tidak pernah menghadiri program-program hafazan dan bacaan quran masih belum mantap tentunya menyukarkan anak-anak menyusuaikan diri dengan dunia baru mereka.

Ads

Kelas hafazan mula seawal pagi, berperang dengan rasa mengantuk dan penat adalah rutin harian mereka. Maka sebab itu ibu bapa yang memilih bidang ini untuk anak-anak, mereka mesti sentiasa mengambil tahu, peka, membantu dan paling baik ibu ayah juga turut sama menghafaz walaupun tak banyak.

Baru anak akan rasa kebersamaan, sentiasa bersemangat, dihargai dan dapat melakukan aktiviti quran bersama-sama di rumah. Ada kesinambungan aktiviti sekolah dan juga di rumah. Rutin yang lebih kurang sama di sekolah dan di rumah.

Ads

Buat Persediaan

Oleh itu pentingnya ibu bapa membuat persediaan sebelum merancang dan memilih untuk menghantar anak-anak dalam bidang tahfiz:
1. Mantapkan bacaan quran anak-anak, tentukan tahap dan keupayaan mereka membaca Al-quran. Hantar anak-anak berguru.
2. Mulakan aktiviti menghafaz Al-quran di rumah, selewat-lewatnya selepas selesai peperiksaan UPSR. Oktober dan November sebaik-baiknya hafal juzuk ke-30 untuk lihat kemampuan mereka. Semak hafazan anak-anak, tentukan waktu menghafaz.
3. Hantar anak-anak ke program-program hafazan cuti sekolah yang banyak dianjurkan oleh pihak masjid dan NGO. Biasanya pelbagai modul digunakan, ini akan membantu anak memilih dan menyesuaikn diri dengan kaedah menghafaz.
4. Biasakan mereka bangun awal, baca quran waktu pagi setiap hari kerana itulah rutin mereka di sekolah menengah nanti..
5. Seluruh seisi keluarga mesti berkorban untuk menonton tv hanya bila perlu dan waktu tertentu sahaja, menjauhkn telefon bimbit daripada anak yang pastinya akan leka dan mengundang macam-macam perhatian. Guna hanya bila perlu sahaja.
6. Pentingnya sokongan daripada ibu bapa. Jika tidak anak akan bersendirian dalam dunia mereka. Ibu bapa jangan syok sendiri anak mereka akan mudah menghafaz quran tanpa mereka duduk dan beri perhatian pada anak-anak.

Ads

Walau bagaimanapun tidak dinafikan ada anak-anak yang tidak bersedia di peringkat awal tetapi berjaya juga akhirnya. Alhamdulillah, ini cuma sebahagian daripada usaha yang boleh ibu ayah lakukan lebih-lebih lagi diperingkat awal. Mudah-mudahan membantu.

Anak Masuk Tahfiz Jangan Dibiarkan Terkontang-kanting, Mak  Ayah Bersedia Sama
Dedahkan anak dengan Al-quran dan biasakan anak-anak dengan majlis yang bersesuaian. .

MW: Ibu bapa sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak, namun jangan terlalu ikutkan impian anda, masa depan anak-anak jadi huru-hara. Berbincanglah dengan anak-anak sebelum menghantar mereka ke sekolah tahfiz, insyallah semoga urusan kita dipermudahkan di dunia dan akhirat.

Sumber: Noor Hisham Mustapa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI