Tanpa mak, ayah sedar makin hari anak-anak kecil akan membesar, jadi sesibuk mana sekalipun mak ayah berilah ruang khusus buat si kecil bermanja.
Cukup-cukuplah habiskan masa seharian bekerja, balik rumah di waktu malam atau hujung minggu curilah peluang untuk bersama anak-anak bermain apa yang mereka suka. Ramai yang beranggapan bermain atau luangkan masa bersama anak-anak boleh ditangguh.
Anak Akan Membesar, Sesibuk Mana Berilah Ruang
Tetapi tanpa sedar mak,ayah dalam kerugian kerana tidak banyak masa bersama mereka setelah mereka mereka makin membesar kelak. Ikuti perkongsian Hilmi Jailani ini dan hadam baik-baik ya:
Banyak kali saya cakap saya busy, padahal saya hanya berbaring bersama anak-anak di rumah. Cuma berborak, bersembang, dan bergelak tawa.
Saya rasa itupun satu pekerjaan atau urusan yang sangat penting. Tak boleh diganggu. Harus diberi ruang yang khusus.
Pernah ada kawan call ajak keluar. Waktu tu, saya baru sahaja buka gelanggang wrestling bersama anak-anak.
Jadi, saya tanya kawan, “Ada urusan penting tak?”
Dia cakap, lepak saja. Saya pun tengok anak-anak, masih bersungguh melompat atas saya. Tak sampai hati, terus saya beritahu – “Maaf kawan, aku ada kerja ni.”
Ada orang fikir, bergaul dan berguling bersama anak-anak ini, boleh sahaja diganggu oleh perkara lain. Katanya, itu satu kerehatan yang boleh ditangguh bila-bila masa.
Orang ini mungkin lupa, anak ini makin hari makin dia membesar. Dan tiap saat yang pergi, tak mungkin kembali lagi.
Berapa ramai ibu bapa yang inginkan tempat seperti kita. Mereka ini bertahun tinggal berjauhan. Ada ayah bekerja di Johor, anak dan isteri berada di Terengganu.
Saban tahun, hanya bertemu di kala cuti panjang. Jika dihitung, lebih banyak masa di jalan raya berbanding di rumah.
Ada ayah, sudah hilang hak menjaga anak-anak. Setiap hari hanya melihat dari kaca telefon. Melambai jauh, sayu hati hanya tuhan yang tahu.
Ada mak ayah, yang masih menanti kelahiran anak pertama. Kalaulah dia tahu, kita mensia-siakan masa bersama anak, tentu dipukulnya kita kuat-kuat.
Kawan,
Kita cuba agihkan masa ya. Sesibuk mana kita, berilah ruang khusus untuk si kecil bermanja. InsyaAllah, kita dikenang walaupun kita sudah tiada. Moga doa mereka mengiringi kita.
.
Hilmi Jailani
MW: Hargailah masa yang ada bersama anak-anak, cipta kenangan indah bersama mereka sewaktu mereka kecil. Kenangan ini tidak mampu dibeli lagi pabila mereka telah meningkat dewasa. Percayalah.
Mak ayah bila dah berjanji dengan anak tunaikan lah. Lagi-lagi bila janji nak belanja anak makan sedap. Tak perlu nak lengah-lengahkan waktu, sebab anak yang menuntut janji itu amat mengharap sebenarnya.
Anak-anak mungkin tak tunjuk, tapi dalam hati dia sarat penantian. Ibu empat anak, Maryam Salleh berkongsi 8 tip murah rezeki. Cuma beri layanan baik dekat anak-anak saja.
Sebab bila mak ayah tunaikan janji dengan anak-anak, mereka bahagia dan doakan mak ayah mereka. Nanti lain-lain kebaikan pasti akan menyusul.
Ads
Nak Murah Rezeki? Selain Belanja Anak Makan, Mak Ayah Layan Anak Macam Ini..
1. Selalulah belanja anak-anak makan. Kita kerja susah payah pun sebab nak bagi anak-anak kita dapat makan sedap-sedap macam orang lain.
2. Minta anak-anak doakan kita selalu. Bebudak kan tiada dosa. Doa mereka cepat sampai pada Rabb tanpa halangan. Makbul.
3. Kalau anak minta sesuatu jika mampu belikan lah. Jika tak mampu bagitau mereka nanti ada rezeki lebih mummy akan belikan. Janji tau.
Ads
4. Jangan sombong dengan anak, jangan sombong dengan ALLAH. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh ditarik ALLAH.
5. Jangan takbur dengan anak, setiap rezeki ada bahagiannya untuk anak. Anak jadi penyebab kepada rezeki. Bukan datang dari usaha keras kita semata-mata.
6. Sediakan keperluan yang terbaik buat mereka. Prihatin terhadap perkembangan dan emosi anak-anak.
Ads
7. Ketika sedang marah, jangan keluarkan kata-kata kesat pada anak-anak kerana mereka akan belajar dari sikap kita. Lebih baik diam, minum air dan istighfar banyak-banyak.
8. Bersyukurlah kerana di kurniakan anak. Ramai orang yang masih tidak di berikan rezeki mempunyai anak. Jadi hargailah kurniaan Ilahi yang tak ternilai dengan wang ringgit ini.
Akhir kata,
setiap anak yang lahir itu sudah Allah tetap kan rezekinya sejak dari awal kandungan lagi.
Apa kita nak risau, anak adalah magnet rezeki, penyejuk hati.
Sumber/Foto : Maryam Salleh, Ibu anak empat pun masih shantek lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak senang tapi ini antara cabaran Mama menyusukan bayi yang kadang orang lain tak lalui dan rasa. Aku bukanlah Mama yang betul-betul 100 peratus beri breasfeeding (BF) pada semua anak. Sebaik je masuk kerja selepas cuti bersalin dua bulan, terus anak minum susu formula (FM). Tapi itu hanya bila dihantar ke rumah pengasuh dan bekalan stok susu tetap diberikan setiap hari sebab pam susu di pejabat. Bila balik ke rumah dan cuti hujung minggu memang susu formula tak ada langsung dalam simpanan.
Di rumah pengasuh pula, satu lagi masalah bila anak tak nak menyusu guna susu botol. Jenuh pengasuh suakan puting susu ke mulut, hanya digigitnya puting susu dengan gusi sahaja. Minum pun bila dia betul-betul dahaga.
Waktu petang, masa untuk ambil anak di rumah pengasuh. Tak sabar nak jumpa si kecik nie. Dari jauh, dia dok perhati je mamanya. Mungkin minta diambilkan. Hilang penat bila tengok wajah anak. Masuk aje dalam kereta, anak mula merengek-rengek. Apalagi, mesti dah tak sabar untuk BF, walhal di rumah pengasuh baru aje lepas minum susu. Dok dalam kereta susukan anak, sudah tentu makan masa lebih 15 minit supaya dia betul-betul kenyang, tidak meragam dan memudahkan kita untuk memandu kereta dengan tenang sampai ke rumah.
Rasanya semua ibu mesti lalui benda yang sama seperti aku. Atau mungkin juga tidak pernah alami seperti yang aku ini. Tapi itulah hakikatnya, bila mama bekerja dan anak-anak perlu di hantar ke rumah pengasuh atau taska.
Anak menangis semasa bawa kereta ke pejabat? Itu sudah perkara biasa bagi aku. Padahal sebelum ke tempat kerja, bagi dia BF kenyang-kenyang. Anak lelaki, mesti kuat menyusu. Bukan dia seorang, abang-abangnya pun sama., setiap kali dalam kereta mesti menangis nak menyusu.
Jalan terbaik, aku sanggup berhenti mana-mana tempat untuk memberi laluan pada si kecil ini. Mujur anak-anak yang lain sudah faham sebab apa mamanya berhenti di tempat letak kereta.
Pernah juga, dalam perjalanan ke tempat kerja waktu pagi. Si kecil menangis, nak menyusu dan sudah tentu dalam masa yang sama nak tidur. Jika berhenti, makan masa lama pula untuk susukan dia.
Biasa kita tengok bila lampu isyarat merah atau abang polis trafik sedang bertugas, orang perempuan mula keluarkan alat mekap, betulkan tudung dan sebagainya. Inilah masa yang diambil oleh mereka bila dalam kesesakan lalu lintas. Lain pula dengan aku, susukan si kecil sekadar untuk hilangkan dahaga dan tidak meragam semasa kita memandu.
Rasanya, demi anak-anak, ibu sanggup buat apa sahaja. Biarlah orang lain cakap apa sebab mereka tidak alami apa yang kita lalu ini. Bab menyusu dalam kereta sudah settle, belum lagi dengar hiruk pikuk anak gaduh sesama mereka dalam kereta. Haru biru di buatnya. Sabarlah mama….
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seringkali kita dengar kisah tentang suami curang, main kayu tiga, pukul isteri dan sebagainya. Pada masa sama, isteri beri peluang dan sedia maafkan suami. Semuanya agar suami berubah menjadi lebih baik.
Namun, bila isteri beri peluang, suami mula rasakan pasangan sayang padanya dan mula rasa tidak bersalah dan mungkin akan berulang lagi perkara-perkara seperti ini.
Walau bagaimanapun, tidak semua isteri beri peluang itu kerana sayang. Cuma kena fikirkan isteri buat semua ini kerana sayang pada rumahtangga yang dibina selama ini, lebih-lebih lagi memikirkan tentang anak-anak yang semakin membesar.
Sebenarnya, hati isteri cukup lembut, dia sanggup korbankan apa saja untuk pasangan dan harapkan rumahtangga yang dibina itu kekal selamanya. Sanggup terima baik buruk dan hadapi susah senang bersama suami tersayang.
Tetapi, jika suami masih tidak berubah. Tanyalah dalam diri sendiri apa yang patut kita lakukan. Ingat, isteri beri peluang kerana sayangkan rumahtangga, hargailah pengorbanannya.
Ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Busseroa Abd Jalil ini, isteri beri peluang dan peluang kerana yakin suatu hari suami akan berubah dan mampu bina hidup baru bersama selamanya.
Dari malam tadi lagi saya ingin menulis coretan tentang peluang. Desakan untuk menulis coretan ini datangnya selepas saya membaca info tentang kematian seorang wanita di Sungai Petani, Kedah akibat didera oleh suami selama bertahun-tahun.
Kisah wanita tersebut amat menyayat hati. Ketika dia sedang menanti hari untuk bersalin anak keempat, beliau disepak terajang dengan kejam oleh suaminya. Keesokannya beliau bersalin seorang diri di dalam bilik air dan mengalami kesakitan yang teruk sehingga tidak mampu bangun.
Punca kematian beliau kerana terdapat darah beku di otak akibat penderaan begitu lama yang ditanggungnya.
Mengapa berdiam diri jika didera suami? Kenapa tak buat repot polis?
Jawapannya kerana peluang. Wanita bukan makhluk tuhan yang bodoh walaupun akalnya cuma satu. Wanita amat cerdik dan multitasking. Daya fikir seorang wanita kadang-kala jauh meninggalkan cara berfikir golongan lelaki. Namun disebabkan wanita kaya dengan peluang menyebabkan mereka sering dilihat sebagai makhluk bodoh yang tidak berakal.
Semuanya Kerana Peluang
Mengapa tak repot polis jika didera? Saya beri peluang untuk dia berubah. Lagipun saya nak jaga air muka dia.
Mengapa masih bertahan jika suami tidak bertanggungjawab selama berkahwin? Saya bagi peluang agar anak-anak dapat merasa kehadiran ayah mereka.
Dulu kamu sudah habiskan duit ringgit yang banyak kepada suami kamu dan sekarang kamu nak bagi dia duit lagi? Dulu dia gagal dalam bisnes. Sekarang saya bagi peluang sekali lagi untuk dia buka perniagaan baru.
Semasa mahu bercerai dahulu dia buang kamu macam sampah. Dia hina kamu dan pilih wanita lain yang dia suka. Tetapi mengapa tiba-tiba kamu mahu rujuk dengan dia kembali? Jodoh di tangan Allah. Semua tu Allah yang aturkan. Sebagai manusia biasa saya maafkan dia dan saya harap dia akan menggunakan peluang kali kedua ni dengan sebaiknya.
Suami kamu kaki dadah dan kamu sudah puas makan sepak terajangnya tetapi mengapa kamu masih menanti dia dibebaskan dari penjara? Semua manusia ada buat salah. Saya harap kali ini dia akan berubah. Saya tahu peluang masih ada untuk kami bahagia.
Dia biawak hidup. Mengapa kamu masih tanggung dia? Insya Allah dia akan berubah nanti. Saya tahu peluang itu ada.
Suami kamu pernah cuba untuk merogol anak gadis kamu. Mengapa kamu masih berdiam diri? Saya rasa suami saya tidak sengaja. Lagipun saya berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi. Saya bagi dia peluang untuk perbetulkan diri.
Dia kaki perempuan tetapi mengapa kamu masih mengharap kepada dia? Saya yakin saya masih ada peluang untuk menjadi ratu di hatinya.
Jangan Menjerut Rasa Sendiri
Peluang demi peluang demi peluang yang wanita hidangkan atas nama kasihan dan percaya akhirnya bertukar menjadi tali yang menjerut hidup wanita itu sendiri.
Sedar-sedar sudah lunyai tubuh badan kena belasah. Sedar-sedar sudah beratus ribu loan yang dibuat atas nama isteri untuk berniaga walaupun hasilnya sifar. Tahu-tahu daripada cantik sudah menjadi tua kerepot kerana terlalu lama setia menanti untuk dia berubah.
Dan yang paling teruk, sedar-sedar tubuh sudah kaku bermandikan darah kerana kita terlalu yakin bahawa peluang masih ada untuk dia berubah daripada ganas kepada bertanggungjawab.
Wahai wanita, semua orang tahu hatimu baik dan kasihmu tulus. Tetapi jika berkoyan-koyan peluang kamu taburkan atas keyakinan bahawa dia akan berubah kamu percayalah dia tidak akan berubah sebaliknya kamu yang akan dibodohkan berkali-kali.
MW: Jangan sia-siakan peluang yang isteri bagi, sekali dia pergi, tidak mungkin dia akan berpaling lagi. Percayalah.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...