Waktu anak kecil-kecil inilah, mak boleh tanpa sengaja bertukar garang macam ‘singa’. Lagi-lagi bila ada anak-anak yang tak berhenti buat perangai. Berebutkan sesuatu, makan berebut.. itu pun boleh jadi punca.
Semakin anak-anak membesar, masing-masing pun makin faham tanggungjawab. Semakin kurang kerenahnya. Malah, ada yang sudah belajar ke menara gading. Seorang demi seorang, tinggalkan rumah sama ada disebabkan belajar, bekerja mahu berkahwin.
Dan sampai satu tahap, keriuhan anak-anak itulah yang buat mak ayah rindu. Inilah perasaan yang dilalui pasangan Suzy Sharif
bila suara anak-anak tak lagi meriuhkan kediaman. Bezanya mak ayah ini pula yang perlu berjauhan dari anak-anak.Pesanan yang dititipkan boleh mak ayah muda ambil dan simpan baik-baik dalam hati.
Apalah gunanya rumah bersih kalau sunyi tanpa riuh rendah anak-anak.
Makan tengahari berdua tadi, tiba-tiba Tuan Haji kata rumah kami sunyi.
Saya kata, ajaklah orang datang rumah.
Buat makan-makan riuhlah sikit.
Bukan sunyi tu, dia kata.
Sunyi sebab tak ada anak-anak.
“Kan Bang, kalau masa Kakak, Abil, Saddiq kecik dulu riuhlah jugak rumah
.”Saya rasa begitulah juga ibu dan ayah yang sama situasinya dengan kami.
Bila sudah tinggal berdua.
Saya pandang Tuan Haji, Tuan Haji pandang saya.
Untuk adik-adik yang masih mempunyai anak-anak kecil di rumah.
Hargailah masa yang Allah kurnia.
Kerana masa yang pergi, tidak akan kembali lagi.
Layanlah semua kerenah anak-anak dengan lapang dada.
Kerana itulah yang menjadi kerinduan nanti.
Makan berebut. Makanan atau minuman tumpah, biarlah.
Anggaplah itu satu hal yang biasa.
Memekik. Menjerit berebutkan sesuatu, pun biarlah.
Itulah yang menghidupkan rumah tangga kita.
Suatu hari nanti, suara-suara itulah yang akan terngiang-ngiang.
Dan menjadi satu alunan melodi yang lunak kedengarannya di cuping telinga.
Hari ini, mungkin Tuan Haji teringat sangat kepada anak-anak.
Tak apalah, sabar sedikit sahaja lagi.
Sampai masa kami pasti pulang untuk bersatu dengan anak-anak tersayang.
The day will come.Bi iznillah
MW : Sungguhlah! Kadangkala keriuhan anak-anak itulah penawar kesunyian.
Sumber/Foto : Suzy Sharif
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita