Kalau sebut ‘main games’ bukan saja anak-anak yang ‘ralit’ tapi mak ayah pun sama. Macam-macam permainan games yang ada, bukan saja kat telefon bimbit tapi ada pelbagai jenis terdapat dalam komputer.
Main games bukan saja secara online, mungkin ada yang di dowload dalam aplikasi yang telah ditetapkan. Memang boleh leka dan tak makan pun tak apa, asalkan dapat bermain games yang digemari.
Namun, jangan mak ayah nak senang dan tak nak anak menangis, sanggup sogokkan dengan telefon dan biarkan anak-anak bermain. Kononnya supaya anak diam.
Ini main games, belum lagi media sosial yang makin disukai anak-anak seperti tiktok, intagram, youtube, facebook dan sebagainya. Lebih bahaya, bila anak-anak mula terikut-ikut dengan apa yang dilihat, ditonton, mahu pun kelakuan dalam games tersebut.
Inilah yang memberi kesan pada anak-anak, seperti yang dikatakan Wawa Shauqi dalam perkongsiannya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Layan Anak Sebelah Tangan Pegang Telefon, Rupanya Boleh Terjadi Dopamine Effect
Anak Menangis Jangan Terus Jerit, Suruh Diam! Mungkin Anak Ingin Perhatian
Info Lebih Menarik DI SINI
Aku tak boleh main game. Mak aku bagi aku main Jumaat dengan Sabtu saja.
Laung anak sulung saya pada anak jiran. Ajak main game la tu.
Senang hati saya dengar jawapan dia.
Yakin. Tak ada penyesalan.
Saya senyum. Proud of him.
Saya tahu bukan senang dia nak setuju dengan peraturan main game tu. Sebab mata saya nampak sendiri betapa enjoynya dia bila dapat main game.
Terasa kejam juga, tahan anak buat benda yang dia suka. Tapi saya kena tegas bab ni. Sebab saya dah lihat sendiri buruknya kesan bila seseorang dah mula ketagih main game.
Ada yang sampai tak berfungsi macam manusia. Duduk depan meja PC dari pagi sampai malam. Sampai nak makan pun orang bawakkan ke meja. Nak kencing pun tahan.
Malah, ada yang sampai memukul, berguling, baling-baling barang dan mencederakan mak ayah bila tak bagi main game.
Suami saya cerita, masa zaman dia belajar dulu, ada yang kuat main game sampai tak attend final exam.
Member itu ubati stres exam dengan main game.
Sampai pagi exam, tak boleh bangun.
Dan give up exam macam tu je.
Ada yang sampai dah beranak bini. Masih ketagih main game macam orang bujang. Sampai tanggungjawab terabai. Bini pun lunyai selesaikan rumah dan anak sorang-sorang.
Dan ada satu kajian dibuat ke atas seorang kanak-kanak yang ketagih game. Kanak-kanak ni terlampau suka main game perang-perang. Tak taulah apa namanya
Apa yang jadi, budak tu sampai relate game tu dalam kehidupan yang sebenar. Otak primitif dia jadi sangat dominan. Sampaikan dia keluar rumah, dia sentiasa rasa diri dia terancam.
Dia sama macam otak orang trauma tau.
Kesan dia, sampai dia tak boleh pergi sekolah. Dia tak boleh bersosial macam biasa. Sebab tahap anxiety dia sangat tinggi.
Game zaman sekarang lagi bahaya. Pereka game reka karektor comel-comel. Macam Among Us tu. Tapi misi dia bunuh atau elak dari kena bunuh.
Otak kita yang ada kapasiti untuk berfikir panjang ni, takde la kesan apa sangat layan game ni. Tapi bagi otak kanak-kanak yang mentah, mereka akan mula terima ‘misi pembunuhan’ ni sesuatu yang normal.
Betapa liciknya game ni menormalisasikan benda tak baik secara halus.
Saya bukan paranoid. Tapi inilah hakikat kalau kita faham fragile nya otak anak-anak.
Kalau nak bagi anak main juga, pantaulah elok-elok. Biar game sekadar aktiviti masa senggang. Jangan sampai terbawa dalam kehidupan seharian anak-anak. Sampai makan, belajar, tidur pun cakap pasal game.
Topuplah semula dengan didikan yang baik. Ajarkan yang bunuh-bunuh ni jenayah. Bukan je kena tangkap polis. Allah pun larang untuk sakiti orang. Apatah lagi sesuka hati nak bunuh-bunuh gitu.
Topup balik dengan kisah-kisah nabi, adab-adab dan nilai-nilai yang baik. Bak kata nenek saya.
‘Pandai-pandai buat lubang, pandai-pandailah tampal balik.’
Game tak ganas pun masih perlu dikawal. Ia masih ada elemen excessive visual stimulatin. Yang mengganggu fokus dan tumpuan anak bula belajar.
Tolong, tetapkan peraturan.
Baik dari segi penggunaan gajet, mahupun main game.
Ingat, jangan lebih dari 2 jam sehari!
Lebih dari tu, bersedialah kita tanggung kesan buruk di kemudian hari.
Kalaulah kita boleh scan otak anak tu, mesti kita takkan berani suka-suka bagi anak main game.
Mingguan Wanita : Betul sangat, kalau diperhatikan bila sudah terlalu lama biarkan anak menghadap telefon akan adalah perangai-perangai yang boleh buat mak ayah kurang sabar. Cuba perhatikan.
Sumber: Wawa Shauqi
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita