Bersyukurlah mak ayah jika anak lelaki anda gemar berkongsi perasaan dan keinginan hati mereka. Namun, tak semua anak lelaki dapat melakukannya. Anak lelaki sembunyikan 7 perkara ini dari pengetahuan ibu ayahnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Taufiz Razif yang banyak menulis tentang ilmu keibubapaan.
Biarpun, tak semua anak lelaki meluahkan apa yang mereka mahukan. Tetapi tidak bermakna mak ayah perlu berputus asa.
Kerana, dalam diam anak lelaki sebenarnya menyanjungi ibu dan ayahnya sendiri.
Semoga dengan perkongsian Dr Taufiq ini dapat meninggalkan kesan kepada ibu ayah. Sekaligus jelas dengan apa yang anak lelaki masing-masing sembunyikan.
Anak lelaki kita sembunyikan 7 perkara ni:
1. Dia nak sangat jadi macam ayahnya lagi lagi jika dia nampak kredibiliti ayahnya jika si ayah tu jenis bertanggungjawab dan ada prinsip hidup yang tegas.
2. Dia nak sangat ada pasangan seperti ibunya lagi lagi jika ibunya jenis yang penyayang dan pandai buatkan jiwa dia rasa terpenuhi.
3. Dia nak sangat jadi pemberani sebab secara fitrahnya anak lelaki adalah ‘Qawwam’ iaitu pelindung dan penaung. Lebih lebih lagi pada adik beradik perempuannya sendiri.
4. Dia nak sangat ada mentor yang dia boleh ikuti
I might not perfect but when i look at my son i know that i got something in my life that perfectly right.
Baca : Sebelum Anak Lelaki Jadi Remaja, Penting Ajar 5 Perkara Ini
Mingguan Wanita : Jangan berat mulut nak puji anak-anak sendiri. Lagi-lagi selepas dia berusaha sehabis baik untuk setiap usaha yang dilakukannya.
Sumber/Foto : Taufiz Razif