Anak Lelaki Pertama Aidid Marcello Khatam Al Quran, Ini Pesanan Daddy Agar Iman Tak Lupa

Besar tanggungjawab mak ayah. Bukan sekadar memberi makan dan minum, malah menyuntik rohani anak-anak dengan jiwa cintakan Al Quran juga amanah yang perlu mak ayah laksanakan. Inilah yang dirasai oleh personaliti TV, Aidid Marcello, 38 ketika melaksanakan majlis khatam Al Quran anak lelaki pertamanya, Iman.

Melaksanakan peranan memberi pendidikan Al Quran pada anak-anak bukan satu usaha yang mudah. Beliau sendiri akui ianya sarat tanggungjawab. Berat.. namun sebaik berjaya melakukan, kelegaan yang datang.

Aidid berkongsi pesanan ini untuk anaknya, Muhammad Iman, yang khatam Al Quran baru-baru ini. Titipan ini juga ditujukan untuk anak-anaknya yang lain, Alyea Nai Lina, Muhammad Yusof dan Muhammad Ibrahim.

 

 

Hari ni daddy sedih dan gembira dengan anak boy daddy, Iman Marcello sebab pejam celik iman dah besar. Alhamdulillah lega mummy & daddy selepas iman dah selesai khatam Quran hari ni.”

Lega rasanya sebab salah satu tanggungjawab berat daddy & mummy untuk besarkan iman dengan kehidupan berlandaskan Islam.

IKLAN

Daddy & mummy sentiasa mendoakan kejayaan Iman dan semoga hati Iman akan sentiasa terang untuk terus membaca Al Quran sampai bila-bila!

Kerana seperti yang kita tahu, teman pengakhir kita, tak kiralah dengan siapa sekalipun kita kawan, cable besar macam mana sekali pun, pangkat apa sekalipun, akhir sekali, semua kawan-kawan dan pangkat kita, hanya tinggal di dunia, manakala Al Quran lah yang bakal menjadi kawan baik kita untuk membantu serta mempermudahkan segala perjalanan kita di alam kubur.”

 

Kita Resah Tak Check IG, FB Macam Tu Jugalah Kena Resah Tak Baca Al Quran

Dalam pada itu, suami kepada Norzie Pak Wan Chek, 43 ini menjelaskan nasihat yang dikongsikan untuk anaknya juga ditujukan untuk dirinya dan ahli keluarganya.

IKLAN

Nasihat untuk saya sendiri juga, sama-samalah kita doa supaya kita diwujudkan rasa cinta dan kasih dengan Al Quran.

Sepertimana kita resah tak check IG & FB, macam tu jugaklah kita kena rasa resah kalau tak membaca Al Quran (susahkan nak buat?).”

Doakan juga untuk keluarga saya semoga perjalanan keluarga kami sentiasa di bawah petunjuk yang benar, amin! Salam untuk semua!”

 

IKLAN

Anak Lelaki Pertama Aidid Marcello Khatam Al Quran, Ini Pesanan Daddy Agar Iman Tak Lupa

Adid Sentiasa Mendoakan Isterinya, Norzie

Sekitar Jun lalu, Aidid menjalani pembedahan pada bahagian lutu kirinya dan berehat selama 22 hari. Sepanjang tempoh itu, isterinya, Norzie begitu cekal menjaga suami yang sakit. Dalam masa yang sama, Norzie juga masih lagi menjadi penyampai berita Nightline.

Dan sepanjang Norzie menjaganya, yang kadangkala pulang sampai ke rumah jam 1 pagi. Tidak pun isterinya bersungut melaksanakan tanggungjawab itu. Sampaikan Aidid berasa sayu dan menitipkan doa yang baik untuk isterinya itu.

Ya ALLAH, Kau berilah kekuatan semangat, kesihatan berpanjangan, dijauhkan daripada sebarang penyakit-penyakit merbahaya, diberkati rezeki dan lindungilah serta kasihanilah dia seperti mana setiap saat dia mengasihani aku dan keluarganya.

Jom sampaikan doa ini kepada isteri, ibu dan sesiapa sahaja yang kita tahu tahap pengorbanannya hebat bagi membantu kita, amin. Saya doakan untuk semua juga.”

Sumber/Foto : Instagram Aidid Marcello

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI