Zaman sekarang tak kiralah anak lelaki ke perempuan, dua-dua sama peranannya ke dapur. Jadi anak lelaki mesti diajar ke dapur, bukan hanya tunggu makanan sampai ke riba. Takut besar nanti jadi raja dalam rumah tangga.
Tiada lagi alasan anak perempuan sahaja kena belajar masak, uruskan rumah tangga sebab suatu hari nanti bergelar isteri. Tanggungjawab ke dapur telah menjadi taggungjawab bersama tidak kiralah anak lelaki atau perempuan.
Dua-dua perlu ada kemahiran di dapur supaya tidak kelaparan bila ditinggalkan seorang diri kelak. Betul tak? Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif dan fahami sebaiknya mak,ayah.
Tempat anak lelaki bukan di depan TV, main PS4 dan menunggu makanan sampai ke riba sahaja. Itu adalah tanda anak sudah mula nak jadi “raja” dalam rumah tangga
Tempat anak lelaki bukan bertukang semata-mata kerana memasak dan mengurus dapur juga adalah kemahiran dan Life Skills yang perlu dikuasai oleh semua orang tanpa mengira jantina.
Anak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi anak yang lebih bertimbangrasa dengan pengorbanan ibu dan bakal isterinya kerana mereka tahu betapa renyahnya menguruskan makanan harian sekeluarga.
Anak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi suami yang cekap menguruskan keluarga ketika isteri sedang berpantang.
Barulah tidak timbul isu lelaki memaksa isteri memasak dan menguruskan dapur ketika mereka masih dalam fasa berpantang.
Baca Di Sini:
Anak Lelaki Dimanja-manja, Semua Kerja Isteri Buat, Seksanya Mentua Begini
Siapkan Emosi Anak Lelaki Sebelum Remaja, Barulah Mereka Mudah Memahami, Beradab
Ketahui info lanjut di sini :
Anak lelaki yang selalu ke dapur akan membuatkan mereka ada Sense of Responsibility. Mereka akan lebih bertanggungjawab dan tidak bersifat suka lepas tangan.
Anak lelaki yang selalu ke dapur tidak akan sesekali bertukar menjadi pondan kerana tidak ada satu kajian sahih pun menujukkan lelaki yang selalu ke dapur akan bertukar pondan.
Malah lelaki yang pandai mengurus dapurlah yang sepatutnya diangkat menjadi ketua keluarga yang mithali dan penyayang kepada ahli keluarganya sendiri.
MW: Anak lelaki atau anak perempuan perlu dilayan sama rata, tidak perlu dibeza-bezakan. Barulah anak-anak membesar dengan pelbagai kemahiran dalam diri termasuklah skil memasak dan uruskan rumah.
Sumber: Dr Taufiq Razif