Mereka yang mempunyai anak kecil terutama anak lelaki juga sebenarnya tidak perlu bimbang untuk menghias cantik kediaman mereka. Jika bijak memilih konsep yang bersesuaian pastinya syurga kediaman mampu memberi ketenangan kepada penghuninya.
Anak Lelaki Sedang Membesar & Lasak Bukan Halangan Hias Kediaman
Begitu juga dengan Siti Fairuz Mohd Zain dan suaminya Nasrullah Noor Badaruddin yang selesa memilih konsep minimalis Scandinavian dalam susun atur perabot di kediaman mereka. Pasangan yang mempunyai tiga cahaya mata, Emir Zafran, Ersyad Zayyan dan Eshal Zaydan begitu teliti dalam menentukan konsep rumah mereka kerana kesemua anak lelaki sedang membesar dan agak lasak.
Sangat bersyukur kini sudah mampu memiliki kediaman sendiri yang terletak di Nilai Impian, Negeri Sembilan sejak Januari 2016.
“Saya sangat bersyukur kerana mampu membeli kediaman sendiri. Apabila sudah ada rumah hati menjadi lega. Tatkal inilah saya dan suami memikirkan untuk menghias rumah dengan konsep yang menjadi idaman kami.
“Kami sama-sama sepakat memilih tema Scandinavian kerana konsepnya yang minimalis. Paling penting amat bersesuaian untuk ibu yang mempunyai tiga orang anak lelaki yang dalam fasa membesar dan lasak seperti saya.
“Tema sebenar gaya Scandinavian yang ringkas dan sederhana memberikan impak kediaman kelihatan lebih aman, tenang dan lapang. Dengan sedikit barang dekorasi dan susun atur yang sesuai sahaja cukup menekankan konsep minimalis tidak perlu sarat dengan perabot.
Pilihan Perabot Cukup Teliti
Siti Fairuz juga menerangkan dia dan suami mengambil masa yang lama dalam pemilihan perabot kerana memikirkan banyak faktor.
“Saya mengambil masa yang agak lama kerana pemilihan perabot dibuat dengan begitu teliti untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Oleh kerana tema asal rumah ini lain, saya mengambil masa lama kerana perlu menjual perabot perabot dan barang yang sedia ada. Bukan itu sahaja sejujurnya pencarian untuk mengubahsuai dekorasi tidak pernah berhenti hingga saat ini.
“Saya membuat pemilihan dengan agak teliti untuk memastikan barang dekorasi yang dibeli itu diguna pakai sebaik mungkin untuk mengelakkan pembaziran.
“Bagi pemilihan dekorasi untuk ruang tamu, tona pastel seperti kelabu dan merah jambu mampu membangkitkan suasana rumah kelihatan lebih terang dan susun atur perabot memainkan peranan agar ruang tamu kelihatan lebih luas.
“Ruang makan pula agak terhad kerana saya masih memilih warna putih dan dipadankan dengan cermin besar supaya ruang makan kelihatan luas juga. Bahagian dapur, saya memilih warna putih untuk keseluruhan tema warna dapur. Dapur basah dan dapur kering juga saya asingkan supaya ruang dapur nampak teratur dan kemas sepanjang masa.
“Bilik tidur utama, walaupun banyak elemen warna pastel diketengahkan di dalam rumah ini, saya turut selitkan warna kelabu terang sebagai dinding utama bagi memberi sedikit kelainan dan dipadankan dengan langsir dari tona warna ungu gelap. Manakala bilik tidur anak pula sangat ringkas dan keseluruhan perabot untuk bilik tidur anak adalah dari IKEA dan dari Pinterest,” ungkap Siti Fairuz.
Warna Pastel Jadi Pilihan
Wanita ini juga menerangkan kebanyakan warna teras yang digunakan adalah warna putih, pastel, dan dia juga hanya tonjolkan sedikit warna merah jambu iaitu warna kegemarannya dalam merias kediaman.
“Saya tidak menggunakan perabot yang banyak di setiap ruang. Tidak mahu ketinggalan dari segi trend kerana konsep dan kelengkapan rumah yang diinspirasikan dari Scandinavian ini kegilaan dan minat kebanyakan wanita bekerjaya mahupun suri rumah dan ibu-ibu muda masa kini.
“Kebanyakan perabot didapati dari Kmart Australia melalui khidmat personal shopper dan juga IKEA sahaja. Idea dekorasi ini sepenuhnya idea saya sendiri kerana suami telah memberikan kepercayaan kepada saya 100 peratus. Sejujurnya idea asal banyak dicedok dari hasil carian di Pinterest.
“Saya juga banyak membuat rujukan dari rakan-rakan Instagram yang mempunyai minat yang sama, kami saling bertukar tukar pandangan,” ujarnya lagi.
Sambung Siti Fairuz lagi dia berasa sangat puas hati dengan dekorasi yang dipilih.
“Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang menghabiskan masa sepenuhnya di rumah sudah tentu menjadi kepuasan buat diri sendiri. Saya percaya rumah yang kemas, bersih dan cantik dapat menghasilkan aura yang positif di rumah kita,” katanya.
Pembeli Online Tegar
Akui dia merupakan pembelian online yang tegar, Siti Fairuz mendapatkan personal shopper Malaysia yang menetap di luar negara untuk membeli barang.
“Saya merupakan pembeli online yang tegar jadi kebanyakan barang barang dekorasi saya dapatkan dari personal shopper Malaysia yang menetap di luar negara salah satunya ialah Adelaide Shopper yang menjual barangan yang didapati dari Kmart Austalia.
“Antara kedai Online lain menjadi pilihan boleh didapati dari instagram iaitu Ommohome, Kusyashopper dan ramai lagi. Selain itu kebanyakan barang dekorasi saya dibeli dari IKEA, SSF kerana barang yang sangat berkualiti,” sambungnya.
Baca Disini Juga:
Lelaki Bujang Ini Buktikan Bajet 1K, Dekorasi Flat 2 Bilik Tampak Elegan!
Dekorasi Idaman, Rona Putih & Pastel Mendamaikan Jiwa
Wow, 80 Peratus Rumah Wanita Ini Dipenuhi Dekorasi Hello Kitty!
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI