Anak Lelaki Dimanja-manja, Semua Kerja Isteri Buat, Seksanya Mentua Begini

Share

Bila terlalu memuliakan suami, sampai isteri diperlakukan seperti hamba itu dah salah kefahamannya. Lagi-lagi ada mentua yang berfikiran, isteri kena taat pada suaminya. Apa pun yang isteri buat, kena lebihkan dulu suami dalam segala hal.

Bila mana ada pandangan yang menyatakan tak boleh campur pakaian suami dan anak-anak ketika membasuhnya. Kerana tak dianggap memuliakan suami.

Dan inilah yang jadi kebimbangan hati Puan Marliya Ramli, bila mana adanya mentua yang terlalu memanjakan anak-anak lelaki sehingga isteri itu diperlakukan bak hamba.

Bimbang, Anak Perempuan Kita Dapat Suami Yang…

FENIN… FENIN…
Bila kita ada anak gadis…
Sesungguhnya di zaman yang serba mencabar ini, nak pilih menantu pun kita dah bimbang banyak perkara.

Kita takut anak kita dapat suami yang :

  • solat pun tak reti
  • main PubG hingga tak masuk office
  • lepak mamak hingga tengah malam
  • silap sikit tangan ke pipi
  • hutang keliling pinggang
  • menang gaya malas bekerja
  • nafkah ke laut banyak alasan
  • itu belum masuk kes dadah, judi
  • tak cerita mata keranjang dan kaki curang

Doakan Anak Gadis Kita Dapat Suami Yang..

Sungguh! Nak nilai seorang menantu lelaki pun dah segala mak nenek yang kita bimbang. Kita doakan moga-moga anak gadis kita dapat suami yang :

  • ada basic knowledge dalam agama
  • melindungi seperti bapanya
  • menyayangi tanpa syarat
  • menjadi khalifah dalam keluarga
  • sabar mengatur rumahtangga
  • tak kaya tak apa asal rajin bekerja

Begitulah dilemanya… Bila jadi mak ayah, nak menilai menantu lelaki pun kita dah bimbang.

Tapi… Tapi… Tapi…

Ada Mentua Manjakan Anak Lelaki Keterlaluan

Sekarang nak kena tengok dan bimbang juga siapa bakal mak mentua anak kita? Kalau yang pesen manjakan anak lelaki namatey, menganggap suami maharaja tak perlu buat apa-apa, anak lelaki di ajar lepak main games, anak perempuan yang buat kerja rumah segala memang jem terus! Outdated kind of mindset.

Mentua begini meletak seribu adab memuliakan suami, sejuta adat memartabatkan suami hingga membazir, menekan dan menyusahkan isterinya.

Suami maharaja, isteri khadam dalam rumahtangga. Agama tak suruh tapi adab suruh maka sanggup menghambakan isteri. Padahal adab dan adat adalah ciptaan manusia yang Allah tak suruh. Masih kita nak laung dan junjung adat dan adab begitu ya? #apeni?

Walaupun kita di tahun 2020, rupanya masih ada wanita saki baki yang tidak faham antara memuliakan suami vs mengkhadamkan diri. Mentaliti begini, akak kira mertua yang tinggi risiko bakal meletak expectation yang bakal menjadi beban kepada menantu wanitanya.

Apa nak buat… Mata akak adalah mata pelabur. Mata akak membuat penilaian risiko dan sesungguhnya akak menganggap jangankan nak cari menantu lelaki dah cukup susah, bakal mertua anak kita pun bakal membawa risiko juga.

FENIN… FENIN… Panadol mana? Panadol?

Salam sayang
#kongsiilmu
#learnfromobservation
#adab apakah jika agama tak suruh?
#ritual peribadi yang dianggap adab?
#mak mentua moden cam akak menolak adat dan adab layanan double standard dalam keluarga

Baca sini : Dapat mentua baik pun rezeki, bukan semua menantu dapat rasa

*Artikel diterbitkan semula dengan keizinan penulis, Marliya Ramli

Published by
NETTY AH HIYER