‘Anak Lebih Kuat Meragam..’ Ibunya Pernah Stress Ketika Mengandungkan Anak Sulung

Share

Sepanjang kehamilan ibu mengandung kena jaga emosi mereka dengan baik. Sebolehkan jangan sampai terlampau stress sehingga boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.

Ada sebab kenapa ibu hamil tidak boleh terlalu stress semasa mengandung. Jadi, selain ibu mengandung sendiri menjaga emosinya, orang di sekelilingnya juga perlu memberikan kerjasama yang baik.

Suami janganlah memberi beban pada isteri yang sedia sarat dengan kandungannya. Belajar dan usahakanlah untuk menjaga emosi isteri yang sedang hamil. Sebagaimana perkongsian, Wawa Shauqi ini betapa stress teruk ibu mengandung itu tidak bagus untuk bayi dalam kandungan.

Ibu Mengandung Jagalah Emosi Betul-betul

Ibu yang mengandung ni, kena jaga emosi betul-betul. Mereka tak boleh dibiarkan terlampau stress. Stress melampau boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.

Ya Allah. Kesiannya.

Bayangkan waktu mereka dalam proses terbentuk nak jadi manusia dalam rahim lagi, dah kena stress ibunya.

5 sebab kenapa kita tak boleh stress teruk waktu mengandung.

  1. Bayi yang akan lahir lebih mudah meragam dan sukar ditenangkan.
  2. Menurunkan IQ bayi. Penurunan purata adalah sekitar 8 mata menggunakan skema David Wechsler. Terutamanya pada tahun pertama bayi.
  3. Membantutkan perkembangan refleks dan motor bayi.
  4. Beri risiko terhadap stress-response system bayi. Jadi kita dapat lihat anak-anak ini mudah memberi respon melawan atau kaku apabila mereka dalam keadaan stress.
  5. Berisiko mengganggu perkembangan otak bayi di dalam kandungan. Menyebabkan perkembangan mereka sedikit merosot berbanding bayi yang sama usia.

Pernah Stress Mengandungkan Anak Sulung

Saya juga adalah antara ibu yang stress ketika mengandung anak sulung. Stres disebabkan bekerja dan stres risaukan suami yang ketika itu sukar dihubungi kerana bekerja di atas pelantar.

Dapat lihat perkembangan anak sulung ini dilihat lebih kuat meragam, sedikit agresif dan anxiety yang agak berlebihan. Syukurlah, direzekikan ilmu untuk bantu anak capai perkembangan yang sepatutnya dia capai.

Bantu Anak Capai Perkembangan Sepatutnya

Walaupun kita tak mampu untuk memperbetulkan fasa kita waktu mengandung dulu, tapi ada 2 perkara yang WAJIB kita buat untuk bantu anak-anak kita.

1) Mengenalpasti sekiranya ada tingkah laku anak yang berlainan dengan kanak-kanak yang seusianya. Jika ada, bawa ke pakar untuk diagnosis.
2) Membandingkan perkembangan anak dengan carta perkembangan.

Sekiranya kelewatan berjarak sehingga beberapa bulan hingga ke fasa red flag, harus cepat-cepat rujuk dengan pakar.
Jangan risau sangat ya ibu-ibu.

Anak-anak yang lahir ini masih besar potensi mereka untuk kita bantu kembangkan. Yang penting, kita segera bantu mereka.

Sumber/Foto : Wawa Shauqi
Follow & See First untuk tak ketinggalan lebih banyak post-post berkenaan anak.
(Rujukan : Brain Rules for Baby)

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Published by
Netty Ah Hiyer