Mengajar anak membaca mahupun mengaji Quran merupakan satu cabaran bagi mak ayah.Lebih-lebih lagi jika anak yang diajar agak lambat dapat dan faham apa dipelajari walaupun diajar berkali-kali.Seringkali kita mak ayah tersilap, merasakan bahawa anak-anak mudah faham adalah hasil usaha, kegigihan dan kehebatan kita yang mengajar. Hakikatnya yang sebenar adalah kefahaman tersebut adalah bantuan dari Allah, yang memberi kefahaman kepada anak kita.
Buat mak ayah yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca, jadikan perkongsian kisah yang diceritakan oleh Puan Farhan ini sebagai iktibar.
Berikut antara yang diceritakan oleh beliau;
Teguran dari Allah.
Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca.Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang ‘ditegur’ Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji.
Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji.Kata Ustazah anaknya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu.Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain.
Lambat boleh bercakap.
Lambat boleh membaca.
Lambat mengenal huruf.
Lambat membaca quran.
Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali.
Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya;
Ads
“Tak mengaji kat rumah ke?”
Si anak menjawab jujur.
” Mengaji ustazah”
Lalu ustazah ini ‘soal siasat’ siapa emaknya.Terkejut ustazah bila tahu ibunya adalah Ustazah Hafizah.
Jadi, bila si anak memberi tahu siapa dirinya, ustazah berasa sedikit tertekan. Ustazah kata dia malu dan segan. Yelah, anak ustazah tapi baca quran kurang lancar.Macam mana?
Kemudian ustazah ‘push’ anaknya setiap hari untuk baca quran dan ustazah menjadi garang. Sampaikan ustazah kata anaknya menjadi takut kepadanya. Ustazah ajar berkali kali.Masih juga tak dapat. Sampai ustazah jadi frust dan dia berhenti menyuruh anaknya mengaji.
Memberi Pemahaman Adalah Allah sendiri
Lalu ketika itu dia membuka quran dan membaca surah yang dibuka secara random.
Surah Ar Rahman.
Ads
Dialah yang mengajarkan Al-Quran- Ayat 2
Jika kita belek tafsir quran maksud adalah Allah sendiri yang mengajar Qur’an kepada kita, bukan orang lain.Guru yang mengajar itu hanya sebagai penyampai.Tapi yang memberi pemahaman adalah Allah sendiri.Akhirnya, pemahaman itu dari Allah juga.Kalau Allah tak beri, kita pun tidak dapat.
Kadang-kadang, pengajaran yang diberikan sama, tapi pemahaman anak tidak sama.Ibarat nya dua orang murid duduk dalam kelas yang sama, ‘follow’ pembelajaran yang sama, tetapi kadang kadang pemahaman mereka tidak sama.
Ini menunjukkan pemahaman itu diberikan oleh Allah.Ini menunjukkan Allahlah sebenarnya guru yang mengajar.Ada orang yang Allah mudahkan penerimaan ilmu, namun ada orang laluan menuju ilmu itu terasa gelap dan payah.
Bagaikan Ditegur Direct Dengan Tuhan
Jadi ustazah kata, bila dia baca surah itu dia terasa tersentak. Bagaikan ditegur direct dengan tuhan. Ustazah rasa bersalah kerana marah anaknya yang lambat faham bila diajar.Ustazah rasa kesal kerana tidak meminta pertolongan dari Allah untuk memahamkan anaknya.
Kata Ustazah, dalam mengajar anak. Jangan rasa anak akan faham dengan kehebatan kita mengajar.Tetapi semua itu atas bantuan tuhan-Dia yang memberi kefahaman kepada anak kita.
Sejak hari itu ustazah fokus kepada meminta kepada ALLAH supaya anak diberi kefahaman. Ustazah tidak fokus untuk mengajar anak tanpa henti. Tetapi ustazah kata ajar sedikit sedikit dan banyakkan mengadu dan memohon kepada Allah untuk kefahaman si anak.
Lama kelamaan anak ustazah mampu membaca quran perlahan lahan dan akhirnya sekarang dia dalam proses menjadi hafiz
Ustazah kata anak nya ada cakap;
Ads
“Besar pahala umi ajar abang mengaji”
Terharu tak kita kalau anak cakap begitu.
Ajar anak mengaji pun sudah dapat pahala. Apatah lagi ajar anak yang susah untuk faham dan merangkak rangkak bila membaca.Jangan Marah,Sebaliknya Mengadulah Pada Allah
Belajar sesuatu tak?
Kalau ada anak yang lambat begini jangan marah anak kerana lambat faham.Tetapi sebaliknya mengadu lah pada Allah- Dia memberi faham. Kita usaha untuk mengajar anak, tetapi dalam masa yang sama jangan hanya berharap kepada kekuatan diri kita sahaja untuk membuatkan anak faham.Tetapi berharap lah pada Allah untuk membantu kita.
Tiada daya upaya kita selain bergantung harap kepada Nya.
Kebiasaannya kembar adalah seiras.Jika tidak seiras dari segi raut wajah pun, selalunya mempunyai warna kulit yang sama. Namun kes yang agak unik berlaku apabila si kembar dilahirkan berbeza warna kulit dan mata.Seorang aak gelap dan seorang lagi berkulit cerah.
Seorang wanita telah melahirkan sepasang kembar yang berlainan warna kulit dan anak mata sehinggakan ramai yang bertanya sama ada kedua-duanya adalah anak angkat, lapor akhbar The Sun UK.
Setelah melalui komplikasi kehamilan, dua kali keguguran dalam masa enam bulan sebelum disahkan mengandung kembar. Sarah Jones sangat gembira mengandungkan anak kembarnya dan sama sekali tidak menyangka kembarnya kelihatan sangat berlainan.
“Bila pertama kali saya melihat si kembar, saya tidak mengambil perhatian pada warna kulit kerana saya hanya melihat mereka sangat berlainan dan menjadikan ia unik” jelas Sarah
Sarah Jones memberikan nama Malaysia kepada bayi perempuan berkulit putih dan bermata biru sementara kembar lelakinya yang berkulit gelap dan mata perang diberi nama Malachi. Fenomena itu jarang berlaku tetapi kebarangkaliannya lebih tinggi bagi pasangan kembar tidak seiras.
Bukan Sesuatu Pelik
Perkara itu bagaimanapun bukan sesuatu yang pelik bagi Jones kerana dia sudah mempunyai seorang anak berusia enam tahun berkulit gelap dan seorang lagi berusia dua tahun berkulit cerah.
“Semua empat anak saya jauh berbeza tetapi mereka bergaul dengan baik. Ramai yang bertanya sama ada Malaysia dan Malachi anak angkat atau mempunyai ayah kandung berlainan, malah mereka tidak menyangka kedua-duanya kembar,” kata Jones.
Pakar genetik Universiti Edinburgh, Jim Wilson memberitahu rangkaian berita BBC bahawa warna kulit banyak bergantung kepada variasi genetik dengan sekurang-kurangnya 20 warna kulit berbeza untuk manusia.
MW: Tak kisahlah walaupun kembar tapi berlainan warna kulit pun, yang penting dilahirkan dengan sihat dan membesar dengan sempurna. Comel juga letak nama anak Malaysia dan Malachi.
“Jika tak tahan dengar tangisan bayi, tak sabar.” Jangan cuba mengasuh anak orang. Menjaga anak sendiri dan anak orang banyak bezanya.
Anak sendiri mungkin lebih mudah mendengar kata, nama pun budak kecil manalah dia faham. Oleh itu kalau anda memang seorang yang penyayang, sukakan budak-budak mungkin tidak ada masalah.
Tetapi jangan disebabkan fikirkan untung dan semata-mata ingin tambah pendapatan, janganlah dipertaruhkan nyawa anak orang.
Kongsi Dr Erna Nadia, kes melibatkan kematian bayi dan kanak kanak tak kiralah di rumah sendiri atau pengasuh atau sekolah sekalipun memang akan menyentuh titik hati paling dalam.
Tak boleh tengok atau baca sampai habis sebab macam-macam yang terbayang dalam kepala.
Anak kucing malah anak anjing kena lenyek kenderaan atau kena dera pun dah sayu kita lihat, apatah lagi anak manusia.
Nauzubillahiminzaalik.
Semoga kita, keluarga kita, sahabat kita dan semuanya dijauhkan dari jahat yang ini.
Nasihat saya cuma satu, jika anda memang tak boleh tahan dengar tangisan bayi atau kanak kanak atau anda tak sabar untuk jaga anak anak, sila jangan cuba-cuba untuk jaga atau asuh anak anak orang lain. Jangan hanya sebab duit, kita iya kan padahal tidak mampu.
Untuk yang sudah kahwin atau plan untuk kahwin, kalau masih rasa belum mampu nak handle anak-anak kecil, janganlah dulu. Ramai juga yang parents sendiri pun dera anak anak sendiri. Bukan setakat dera tapi lebih dari itu pun ada.
Jangan Cuba Mengasuh Anak Orang
Kasihan anak kecil.
Mereka tak tahu apa dan tak berdaya pun.
Allah Maha Melihat dan Mengetahui. Dia yang cipta kita pun. Kalau pun kita terlepas hukuman dunia, akhirat yang kekal abadi tu kita tak akan terlepas pun. Nak lari ke mana. Semua dosa salah kita akan ditayangkan di hadapan semua orang. Setiap satunya.
Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami dari kejahatan dan kekejaman manusia, amin ya rabbal alamin.
Dr. Erna Nadia
Seminggu kena kuarantin, buka fb macam macam cerita ada na. Allahuakbar.
Mingguan Wanita : Kes-kes yang berlaku kadang-kadang membuka mata mak ayah agar berhati-hati dalam memilih pengasuh atau nursery. Tidak dinafikan itu adalah takdir, namun jika diberi peluang, pilihlah yang terbaik untuk anak-anak.
Masih ramai mak ayah yang suka pukul anak disebabkan rasa geram. Tengok anak lambat bertindak, pukul. Hadap anak yang lembap bila terima arahan, pun kita pukul! Allah… betul ke tindakan kita itu? Untuk selamatkan emosi anak-anak daripada jadi bertambah teruk, jom baca perkongsian daripada Nurul Ilyani ini…
Semasa talk minggu lepas (teknik meningkatkan self-esteem kanak-kanak daripada perspektif pendidik), saya mengulang-ngulang yang kata-kata negatif dan kritikan negatif, pukulan dan jeritan hanya menjatuhkan daya percaya diri anak-anak.
Anak lambat bersiap boleh jadi dia ada isu dengan fokus.
Apabila dia buat satu kerja, dia cepat terganggu dengan benda lain. Contoh, masa dia nak pergi mandi, sudah cepat-cepat, tiba-tiba dia teringat belum cari baju, dia cari baju dulu.
Kemudian masa dia nak cari baju, dia teringat, dia belum cerita dekat mama, ada kucing beranak dalam bilik, dia pergi jumpa mama dulu.
Semua jadi lambat, dia susah nak organize kerja dan aktiviti. Semua jadi lambat.
Kadang-kadang end up semua tak siap. Dia cuma duduk termenung, mengelamun.
Kasihani anak begini. Dia perlukan bantuan.
Bukan kritikan.
Bukan bebelan.
Bukan herdikan
dan tolong jangan pukul dia.
(Hati sayu, sambil bayangkan Dhuha Tihani? Semua yang saya tulis di atas, semua ada pada Dhuha. Saya sudah lalui. Saya kasihankan dia setiap hari. Saya juga perlu lebih gigih mendidik dia setiap hari)
Saya terbaca satu status, suaminya pukul anaknya lambat. Semua lambat. Nak bersiap pergi sekolah lambat. Lembab.
Sungguh.
Jiwa kecilnya makin sedih. Makin rendah diri. Makin kurang percaya diri. Dia boleh jadi cepat putus asa.
Semua pengalaman kecilnya boleh mempengaruhi hidupnya bila dewasa.
Dia mungkin cepat putus asa.
Dia tak berani cuba perkara baru.
Dia lebih moody.
Dia boleh mudah stress.
Dia jadi lebih sukar kuasai pembelajaran.
Dan, bukankah dia yang lambat dan lembab itu anak kita? Amanah kita?
Kadang-kadang kita lebih mudah melabel anak itu dan ini. Lembab. Bodoh. Lambat. Degil. Buas. Tanpa kita tahu apa sebenarnya bentuk pendidikan yang diperlukan mereka.
Untuk saya dan suami,
Ummu Ilham dan Abu Ilham.
Dan untuk pembaca yang mahu ambil inspirasi. Didoakan bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!