Bila anak-anak dah melepasi fasa usia tiga tahun tapi cuma mampu bercakap satu dua perkataan, atau cuma boleh sebut hujung-hujung perkataan saja. Mak-mak memang mula rasa tak sedap hati.
Dah kenapalah anak kita jadi berat mulut. Macam ada emas dalam mulut itu. Ibu ini, Basyirah Ahmad dapat panduan daripada pakar terapi 5 cara membantu anak cepat bercakap.
Bantu Anak Speech Delay Cepat Bercakap
Bulan 7 nanti, Zahra si tonet ni akan masuk 3 tahun. Yang sorang ini, walaupun berat mulut, tapi ringan punggung. Asyik memanjat sana sini dan sibuk betul nak menolong.
Zahra dalam umur begini, dia baru boleh bercakap beberapa words saja. Tu pun sebut yang hujung hujung.
Nasik jadi cik ja, makan jadi kan. Hangin jugak dia kadang kadang bila mak dia lambat betul nak paham apa dia nak.
Basyi ada bawa dia jumpa therapist. Baru baru ni dia ada tunjukkan Basyi beberapa jurus untuk stimulate bahasa.
Jadi Basyi kongsi di sini apa yang dia bagitau. Buat ini. Esok lusa dia boleh bercakap macam pak pak menteri di parlimen nun. Ekekek.
1. KENA ADA EYE CONTACT DENGAN ANAK
Ni paling basic. Bila nak bagi sesuatu arahan, tengok mata dia. Diorang akan belajar tiru dari pergerakan mulut.
Jangan kita bagi arahan tapi mata tumpu dekat hero sado dekat TV.
Lepas tu bila budak tu tak paham kita cakap apa,kita pulak meroyan.
‘Eh. Apa tak paham paham mama cakap ni?’
Budak tu dalam hati mesti cakap, padan muka. Sapa suh sibuk layan korea!
Mata ke mata ni penting untuk kita tengok dia ni boleh paham dan terima arahan yang simple ke tak.
2. KURANGKAN TANYA SOALAN
Ni spesis Basyi la ni. Asyik tanya soalan ja. Harus la budak tu tak reti nak jawab.
‘Zahra nak mandi?’
‘Zahra dah makan?’
‘Tadi kat rumah mak Zahra buat apa?’
Kau rasa dia akan bagi rumusan apa yang dia tengah buat ke? Memang tak la. Mati katak gitu ja conversation tu.
Kalau nak bertanya boleh. Tapi bagi soalan yang budak boleh jawab ‘nak’ atau angguk kepala.
Ads
Atau boleh bagi option.
‘Nak nasik ke susu?’.
Lepas tu tunggu dia respon atau tunjuk pada benda yang dia nak tu.
Yang penting ada dua hala kat situ. Korang tanya, dia jawab. Bukan korang tanya, dia senyap. Gitu.
3. BANYAKKAN KOMEN
Boleh try bagi 1 mainan dekat diorang dan tengok macamna dia nak main. Tengok mata dia fokus dekat part mana.
Lepas tu tunggu apa respon yang dia nak buat. Atau tengok apa bunyi yang dia nak keluarkan atau cakap.
Tak apa kalau dia just pegang ja. Kemonnn. Pelan pelan ajar. Lepas tu korang komen la dekat mainan yang dia pegang tu.
Contoh la eh. Korang bagi anak patung. Dia pegang dekat rambut. Korang cakap la
‘Rambut panjang’
atau ‘Sikat rambut’ .
Komen ikut level dia la.
Ads
Jangan pulak pegi komen sampai 15 patah dalam satu nafas. Patah hati budak tu nanti.
‘Rambut dia ni tak dijaga rapi sebab tu la kusut dan banyak kelemumur’
Jenuh!
Kalau dia sebut tu tak cukup, korang cukup kan lah. Bila dia pegang dekat baju, dia sebut ‘ju’, kita tekankan balik perkataan tu.
Baju.
Biar bulat, jelas dan berulang.
4. CARA PILIH MAINAN YANG BETUL
Bila nak pilih mainan atau objek untuk anak anak, make sure kita praktis dulu. Tengok kita sendiri kretif ke tercungap nak cari perkataan. Words yang kita nak ajar kena ada semua.
Ada kata nama, kata kerja, ada preposisi. Ha gelabah. Itu dulu cikgu BM ajar tak mo dengar kan. Padan lah muka kita.
Paling senang, pilih mainan masak masak.
Boleh mula dengan soalan dulu. Contohnya ‘mana pinggan?’ Aras rendah. Jangan bagi soalan aras tinggi.
Ads
‘Zahra, boleh bagitau mama apa beza pinggan jenama Corella dengan Arcopal?”
Kena hempuk dengan pinggan tu karang.
Ni Basyi bagi contoh ala ala cikgu BM repeat paper camtu.
Kata nama : Pinggan
Kata kerja : Basuh pinggan atau ‘jom simpan pinggan’
Preposisi : Letak dalam, letak atas.
Cari la beberapa words lagi yag berkait.
Jangan bagi puzzle ABC, nombor, alif ba ta. Itu kemudian. Kalau 4 tahun ke atas sesuai la.
5. PANJANGKAN AYAT
Ni kita nak ajar dia cara buat ayat.
Contoh la kalau dia just sebut ‘jom’, korang sambung la ayat dia.
“Jom pegi mandi”. Ha camtu. Tapi wajib ambil balik perkataan yang dia sebut tu dan expand 2-3 perkataan.
Kehamilan merupakan suatu proses yang sangat mengujakan terutamanya kepada wanita yang pertama kali melaluinya kerana fisiologi badan wanita berubah secara drastik. Perubahan yang berlaku semasa wanita hamil boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan saluran kencing (urinary tract infection- UTI). Dr. Nooranisah Mohd Razali, Pegawai Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Kuala Lumpur mengupas lebih lanjut tentang bahaya jangkitan saluran kencing semasa hamil.
Menurut Dr. Nooranisah, perubahan hormon dan proses mekanikalnya menggalakkan air kencing menjadi kurang lancar dan refluks vesicouretral. Ditambah pula wanita hamil yang mengalami kesukaran untuk menjaga kebersihan asbab terhalang oleh perut yang makin membesar dan juga faktor semulajadi wanita yang mempunyai urethra (salur kencing) yang pendek berbanding lelaki iaitu lebih kurang 3-4cm panjang sahaja.
Tambahnya juga bagi wanita hamil yang mengalami masalah jangkitan saluran kencing, terdapat beberapa tanda yang biasanya akan dialami oleh ibu-ibu hamil. Berikut merupakan tanda-tanda anda mengalami jangkitan saluran kencing:
Rasa panas (burning sensation) ketika kencing
Kencing tidak lawas
Kencing berdarah
Sakit di bahagian bawah abdomen, kadang-kadang disalahtafsirkan sebagai ‘contraction pain’
Jelasnya lagi, ada juga ibu mengandung yang tiada tanda jangkitan seperti yang disebutkan di atas. Hal tersebut dinamakan “asymptomatic UTI”. Namun, biasanya ia dapat dikenalpasti melalui ujian air kencing yang dihantar ke makmal.
Saluran kencing (urinary tract) dan juga vagina sememangnya mempunyai normal flora yang mendiami kawasan tersebut. Namun, ada beberapa bakteria yang boleh menyebabkan UTI, iaitu:
Escherichia Coli (E. Coli) (80-90%)
Klebsiella pneumoniae (5%)
Proteus mirabilis (5%)
Enterobacter species (3%)
Proteus species (2%)
Staphylococcus saprophyticus (2%)
Group B beta-hemolytic Streptococcus (GBS; 1%)
Jangkitan semasa proses kelahiran (intrapartum transmission) boleh menyebabkan kesan yang serius kepada bayi seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), meningitis (jangkitan pada otak), kuman dalam darah (sepsis) dan seterusnya menyebabkan kematian.
“Kebanyakan UTI tidak berbahaya dan jarang sekali membawa kesan yang serius kepada bayi mahupun ibu. Namun sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang (pyelonephrithis), bacteria dalam darah (sepsis) yang boleh meragut nyawa ibu, kelahiran bayi pramatang dan kurang berat badan seterusnya memerlukan penjagaan di NICU (neonatal intensive care unit).”
Cara rawatan UTI
UTI boleh dirawat dengan antibiotik, perlu dihabiskan mengikut tempoh preskripsi yang diberikan oleh doktor. Sekiranya tidak dihabiskan, risau boleh menyebabkan ‘resistance’ dimana badan memerlukan antibiotik yang lebih kuat untuk melawan bakteria tersebut. Selain daripada itu, teruskan minum air putih yang secukupnya dan pengambilan makanan yang berkhasiat sepanjang tempoh kehamilan.
“Selamat menikmati kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilan anda. Semoga anak yang bakal lahir menjadi penyejuk mata hati ibu ayah!”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Allahuakbar! Seorang bapa keluar membeli barang, kemudian tinggalkan anak tanpa pengawasan.” Kanak-kanak ini ditemui meninggal apabila jatuh kondominium dari tingkat 29.
Beratnya ujian. Sudah tentu sang bapa menyesal tak sudah apabila anak yang ditinggalkan apabila ditemui sudah tidak bernyawa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Bapa Keluar, Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, polis menerima maklumat kejadian pada 2.41 petang.
“Sepasukan polis dari Balai Polis Jinjang ke lokasi dan berdasarkan siasatan awal, mangsa ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan di rumah dalam keadaan berkunci.
“Bapa mangsa dikatakan keluar membeli barang dan apabila pulang ke rumah, dia mendapati anaknya sudah tiada sebelum meminta bantuan pihak pengurusan untuk mencari mangsa.
“Mangsa ditemui salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat lapan dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beh berkata, pihak pengurusan menghubungi ambulans dari Hospital Selayang dan mangsa disahkan meninggal dunia.
Tingkap Tiada Jeriji
Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tingkap bilik mangsa terbuka dan satu kerusi berada di tepi tingkap yang tidak mempunyai jeriji itu.
“Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.
“Siasatan di lokasi mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga tragedi ini menjadi iktibar buat kita semua. Tidak dinafikan malang tak berbau, namun selagi boleh elak janganlah dibiarkan kejadian seumpama ini berulang lagi.
Kata Ustaz Farid Rashidi, ‘ada isteri diuji mendapat suami yang bermasalah. Isteri dah elok pilih mahu berhijrah, berubah ke arah kebaikan. Sayangnya si suami yang jahil memerli dengan sinis.’
Seksa sungguh berdepan dalam situasi rumah tangga begini. Isteri rasa badan tu macam terbelah dua. Antara pilih penuhi keinginan hati nak berubah dengan pilih perasaan sayang pada suami masih menebal. Jika dilanggar amaran suami, bimbang sayang jadi berkurang.
Langsung, isteri tertekan dan tak tahu nak pilih jalan yang mana. Jelas ustaz ini, kisah yang dipaparkan ini, kisah realiti yang benar-benar terjadi dalam sesebuah rumah tangga.
Jika isteri berdepan situasi semacam ini.. maka isteri jalan mana isteri perlu ambil.
Ajak Suami Solat, Isteri Pula Diperli Penuh Angkuh
“Bang, solatlah sama-sama.”
“Awak nak solat, solatlah. Tak payah nak suruh-suruh. Tahulah saya nanti.” Balas suami dengan wajah selamba.
”Hah, awak tau ke solat tu Tuhan terima ke tak?” Balas suami dengan kata-kata penuh keangkuhan dan perlian.
Ada juga kes, sudahlah tak solat, duit gaji habis pula bermain judi online. Nafkah isteri dan anak langsung terabai dek kerana habis wang pertaruhan. Allahu Rabbi. Kasihan sungguh. Berdouble-double buat dosa besar. Ini kisah benar. Realiti.
Bahkan teguran isteri secara baik-baik langsung tak diendahkan.
Para isteri, jika ada yang punya suami begini. Teruskan berhijrah. Jangan dengar perliannya hingga berputus asa untuk berubah. Ingat, soal rezeki Allah yang beri. Ikut syariat, pasti selamat.
Terus solat dan berdoa dengan sabar. Percayalah, DIA Maha Mendengar. DIA pasti terima solat dan doa hambaNya yang ikhlas.
Tak usah diikut arahan suami yang melanggar hukum Tuhan. Kalian ada pilihan, pilihlah jalan yang terbaik untuk masa hadapan. Kekal atau sebaliknya. Carilah jalan penyelesaiannya terbaik.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...