Rata-rata semua orang suka minum teh o. Nikmatnya bila dapat minum teh o panas pagi atau minum petang. Begitu juga anak, kalau bab minuman manis ini memang itulah yang dia suka. Makin dilarang makin dia nak. Belum lagi termasuk makanan manis.

Ada juga sesetengah ibu yang memberikan anak teh o sebab alternatif untuk anak yang tak suka minum susu. Sekurangnya adalah minuman manis. Katanya….

Jangan terkejut bila berat anak tak naik-naik walaupun minum air manis terutamanya teh o. Perkongsian daripada dietitian Fizah Sobri tentang anak yang suka minum teh o ini.

Jadi Kurang Berat

Satu kes kanak kanak dirujuk kepada saya sebab kurang berat sehingga sudah sentuh ke garisan merah.

Si abang usia 5 tahun tapi berat baru 10 kg
Kerap selsema, demam dan batuk.
Boleh dikatakan sekali sebulan mesti ada.
Ibu suri rumah jaga dua orang anaknya, tidak hantar ke taska, maka semua makanan anak-anak akan disediakan di rumah

‘Tak tahula Puan, macam macam saya dah kenalkan, macam macam resipi saya dah buat tapi last makan 2 -3 suap saja.

“Tak mengapa, mari kita tengok apa kemungkinan puncanya”

Sambil sedang korek sejarah diet anak..tiba tiba si abang merengek nak balik
Bad mood terpaksa bangun awal ke klinik jumpa doktor.

IKLAN

Ibunya tak nak bagi anaknya merengek keluarkan satu botol susu dari beg kartun abangnya dan bagi abang untuk minum.

Bulat mata saya pandang..bukan sebab 5 tahun masih minum dalam botol susu tapi apa yang terkandung dalam botol susu tersebut

Penuh air teh O…size 10oz penuh sampai atas dengan air tersebut.

“Puan selalu bagi air teh O ke anak?’

“Tak jugak, kadang kadang saya selang seli dengan air sirap, air ribena, atau air glukos..risau kalau saya tak bagi air berperisa lagi tak naik berat badan anak. Dia dah tak minat susu”

baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tiap Orang Ada Kehebatan, Didik Anak Faham Kelebihan Mereka

Mak Ayah Ambil Serius Bila Anak Mengadu Sakit Kaki. Dia Bukan Sakit Mengada-Ada

Info Lebih Menarik Di SINI

Makan Ikut Mood

Salah satu punca anak boleh memilih makan atau makan ikut mood adalah sebab AIR MANIS

Mengapa air manis boleh menjadi pencetus picky eater dan berat anak sukar untuk naik?

Kandungan zat sangat kurang
Air manis hanya gula semata mata. Maka kalori yang datang dari sumber gula sahaja tiada zat lain. Jika banding sengan satu hidangan susu full cream (1 cawan 240ml) dan Teh O, kalori dalam satu cawan susu 2 kali GANDA lebih tinggi.. 120kcal vs 60kcal.
Sebenarnya dalam susu ada lagi pertambahan protein, zat lain seperti kalsium, zat besi yang penting untuk pertumbuhan anak banding dengan teh O yang hanya ada gula.

Menggalakkan anak suka rasa manis
Kerap pengambilan air manis akan membuat anak biasa dengan rasa manis maka makanan lain yang tidak manis akan ditolak tepi seperti nasi, pasta, roti, sayur semua akan ditolak tepi sebab tak rasa manis macam air nya. Secara tak langsung kita latih anak makan minum manis sahaja.

Mengandungi bahan yang halang zat penting diserap
Kopi o, teh o mengandungi kafein yang boleh menghalang zat besi diserap masuk dan akhirnya jadi iron deficiency anemia. Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan anak kurang selera makan dan akibat kurang Hemoglobin boleh juga dan zat lain sebab tak makan sihat boleh membuat anak senang sakit.

Elak Beri Air Manis

Mak ayah perlu elak sebolehnya dari pemberian air manis kepada anak dalam bentuk botol atau botal air di mana anak boleh minum tanpa had.

Had kan pemberian air dan makanan manis..jika nak beri bagi dalam bentuk semula jadi seperti buah buahan, fresh fruit juice, ais krim buah dan yoghurt, puding/jelly/agar agar buah.

Bukan sahaja dapat membantu naikkan selera anak makan tapi pada masa sama memberi zat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan kekuatan immuniti badan.

MW: Jangan terbiasakan bagi anak minum teh o. Kononnya lagi jimat daripadas beli susu. Kita tak tahu kesannya itulah, berat badan tak naik, selera makan pun kurang.

Sumber: Dietitian Fizah Sobri