Anak Kuat Mengamuk Masa Kecil Tak Selamanya, Boleh Jadi Inilah Kebanggaan Mak Ayah

Share

Bila anak kuat mengamuk terus rasa naik angin mak ayah. Mula-mula pujuk cara baik tapi kalu dah dua tiga kali masih tak dengar, mahunya dapat habuan. Itu kalau mak ayah yang dah habis tahap kesabarannya.

Bila dapat ‘habuan’ anak kuat mengamuk ini, mulalah rasa kasihan. Sedangkan anak ini masih tidak tahu apa-apa. Buat sakit badan sajalah anak ini.

Satu lagi, mak ayah kena elakkan kata-kata yang tidak baik sebab itu adalah doa. Marah sekalipun doalah yang baik, Doa seorang ibu tiada hijabnya.

Mungkin masa kecil, anak cari pasal sebab nak perhatian. Sabar. Dia mengamuk dan buat hal tidak selamanya atau sampai dewasa. Ada rahmat di sebaliknya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ibu Bekerja Cari REZEKI Bukan Punca Anak Kurang Perhatian, Hentikan Rasa Bersalah!

Ada Masanya Mak Ayah Kena Ikut SIFAT ANAK, Inilah Cara Nak ‘Tarbiyah’ Diri

Info Lebih Menarik DI SINI

Anak Kuat Mengamuk Itulah Jadi Kebanggaan

Setiap kali dilanda kepenatan yang amat menguruskan anak-anak, selalu saya muhasabah dan kenangkan ibu saudara saya yang sangat penyabar. Disebabkan ia berlaku dalam kehidupan, jadi sangat mudah untuk saya kutip ibrahnya.

Ibu saudara sangat sabar, melayan anakandanya yang boleh menangis berjam-jam hanya sebabkan tali kasut. Boleh berguling menangis walau sudah sekolah hanya sebab-sebab yang dianggap kecil oleh orang lain.

Ibu saudara pernah ceritakan, beliau siapkan homework anaknya hanya nak elakkan anak menangis. Asalkan homework siap. Sebab sepupu saya memang boleh menangis berjam-jam, berhenti bersembang dan sambung menangis semula.

Seingat saya, beliau berubah menjadi sangat baik dan tantrumnya mula pudar selepas kematian bapanya. Beliau masih sekolah rendah. Setiap kali berjumpa pasti bapa kami akan usap kepalanya.

Asbab doa tak pernah jemu dan sabar yang tak tertanggal seorang ibu, anak yang pernah disergah oleh orang surau dengan sapaan.

“Korang ni nak jadi apa?”

Hari ini, dia duduk di meja penceramah dan mengajar hadith kepada orang yang menyergahnya.

Ramai yang taqdim untuk jadikan pasangan, bahkan pernah ditaqdim sendiri oleh pensyarah yang suka sangat peribadi beliau nak jadikan menantu.

Saya masih ingat semasa beliau sekolah menengah. Diajukan soalan pada housemate, halatuju kehidupannya.

“Saya nak pergi Mesir la.”

Tapi, housemate sebagai Azhari beri cadangan

“Cubalah ke Jordan.”

Takdir Allah, pergilah beliau ke Jordan. Graduasi dengan cemerlang. Belum berusia 30 tahun dah selesai PhD.

Bertahan, Ada Hikmahnya

Budak kuat mengamuk dan menangis.

Jadi, setiap kali anak-anak buat kerenah, saya cuba bertahan mengenangkan sabarnya ibu saudara saya. Walaupun sabar saya seciput cuma dibandingkan dengan ibu saudara.

Anak-anak kuat mengamuk masa kecil, bukan selamanya akan mengamuk sampai dewasa.

Boleh jadi dengan doa dan sabar seorang ibu, dia jadi anak yang soleh dan musleh.
Kita nampak anak orang perangai tak semenggah janganlah duk sergah hang nak jadi apa?

Kita mungkin lupa kita pernah sergah mereka tapi mereka akan ingat wajah dan nama kita yang sergah mereka.

Memang penat ‘menjadi’ seorang ibu.
Pekerjaan yang tidak ada cuti.

Semoga lelah menjadi LILLAH.

Ummu Amir

Mingguan Wanita : Mak ayah jangan pilih kasih. Kadang-kadang kita rasa anak yang banyak buat hal itu tidak boleh diharap. Tapi kita tak tahu sebenarnya dialah banyak membantu.

Sumber: Insyirah Soleha

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora