Anak Kena Tenung Meragam Di Restoran, Cikgu Suruh Bungkus Makan Di Rumah Kalau Tak Selesa

Share

Anak kena tenung meragam di restoran,  cikgu suruh bungkus makan di rumah kalau tak selesa. Setiap orang punya hak memilih apa disukainya. Jika tidak kena pada pandangan orang lain, bagi tuan badan, ia tidak salah pada dirinya.

Sama halnya dengan “pandangan”. Semua orang berbeza-beza pendapat dan jelas kita tidak boleh mengikut apa yang disukai orang dan apa tidak kita sukai.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Kawan Tak Makan Sebab Saya Miskinkan Cikgu”, Guru Kongsi Pelajar Bawa Biskut Kering Jamuan Sekolah

Cikgu Bermandi Lumpur Ke Sekolah, Kesungguhan Mengajar Di Pedalaman Gua Musang Bukan Biasa-Biasa

Cikgu Norhasyikin Seronok Bila Murid Dapat Kuasai Bahasa Inggeris

Anak Kena Tenung Meragam Di Restoran

Pandangan seorang bekas guru, Cikgu Ayu yang menggunakan nama Cikgu Ayu Empire di Tik Toknya mengenai isu bab makan di restoran kalau ada budak-budak meragam atau buat hal seperti menangis, di mana dirinya menyatakan, boleh saja bungkus dan bawa balik kalau rasa tidak selesa dengan suasana tersebut.

Menurut ibu kepada anak kecil ini, dalam video dikongsikannya itu Cikgu Ayu memaklumkan dirinya sedang menunggu di dalam kereta ditemani beberapa orang anak kecil kerana ada di antara ahli grupnya belum habis makan lagi.

@cikguayu_imtecer common sense la sikit yer…. hurm..#cikguayu ♬ original sound – Cikgu Ayu Empire

 “Okay, aku nak ulas sikit hal ini. Kalau korang pergi makan di restoran dan ada anak kecil menangis, please la tak payah nak pandang serong. Kalau tak suka dengan suasana bising camtu, boleh tak korang  makan di rumah jer.

“Macam aku ni, ada anak kecil dan anak saudara pun kecil. Biasalah bila budak dah siap makan dan tak ada benda nak main, maka budak akan buat macam-macam. Nie bila anak aku menangis, orang akan pandang. Pandang 360 darjah.

BAGAIMANA SURI RUMAH BOLEH JANA INCOME RIBU-RIBU DARI RUMAH, AUNTIE PUPRLE BAGI IDEA

Bekas Cikgu Suruh Bungkus Makan Di Rumah Kalau Tak Suka Dengar

“Kalau korang tak suka suasana tu, apa kata korang bungkus makan di rumah saja. Tak payahlah setiap kali bunyi anak orang, korang nak toleh pandang. Tak perlu kot. Aku just nak cakap kat korang tak perlu kot untuk buat benda macam tu.

Ternyata selepas “isu” ini disuarakan, di ruangan komennya ada pelbagai pro dan kontra terjadi.

Bagi orang bujang, ia situasi yang annoying kerana mereka juga mahukan life hidup tenang dan pergi makan ke tempat disukai tanpa diganggu.

Dan ada kata, sepatutnya kalau tahu anak jenis meragam, kenapa tidak makan di rumah saja. Jadi tak adalah nak ganggu suasana tenang orang lain.

Bagi mak-mak dan keluarga yang mungkin seharian penat di rumah, sesekali mereka inginkan healing pergi makan di luar dan situasi anak meragam adalah di luar jangkaan.

Namun pemilik restoran nasi beriyani buloh berkongsi pendapatnya di ruangan komen di mana dirinya berkata, “sebagai owner restoran, pendapt saya pelanggan yang datang makan berhak untuk merasai suasana yang tenang dan harmoni. Apapun semoga dipermudahkan.

Apa pun setiap orang pendapatnya berbeza-beza.

Kalau kena ugut simbah cat dengan AhLong, ini cara selesaikan hutang dengan mereka.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jom usah-usah  biskut raya di Fiesta Homebakers. Ada macam-macam biskut untuk hari raya nanti.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros