Anak Kembar Umur 8 Bulan, Pelakon Zizie Ezette Tak Sangka Hamil Lagi, Minta Doakan Yang Terbaik!

Share

Rezeki datang dalam pelbagai cara tanpa disangka.Tahniah buat pelakon Zizie Ezette mengumumkan dirinya sedang hamil anak ketiga hanya selepas lapan bulan melahirkan kembar lelaki pada Disember tahun lalu.

Zizie, 39, berkongsi usia kandungannya sudah memasuki usia tiga bulan termasuk gambar kit ujian kehamilan yang menunjukkan dua jalur merah menandakan dia hamil.

Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya yang lain ketika mereka sedang bercuti bagi mengumumkan berita gembira itu.

Gambar keempat akan mengejutkan anda! #stpetersburg #russia #summereurope2018 #threemonthspregnant,” tulisnya di Instagram.

Doakan Yang Terbaik

Meskipun mengharapkan untuk dapat anak lagi, Zizie tidak menyangka mengandung dengan terlalu awal, hanya selepas 5 bulan kelahiran anak kembarnya.

Berkongsi perasaan diri disahkan hamil dengan jarak kehamilan yang rapat, Zizie rasa bimbang dan risaukan keadaan dirinya. Namun doktor sakit puan menyakinkan dirinya selamat untuk meneruskan kehamilan.

“Saya memang mahukan anak lagi tapi tak sangka ia terlalu awal.Ia hanya lima bulan selepas bersalin secara pembedahan c section.”

“Rasa bimbang, takut semua memang ada. ye lah perut nak kena potong lagi, tapi doktor sakit puan menyakinkan saya, bahawa selamat untuk mengandung kembali.Jadi doakan yang terbaik okay”

Zizie pada 29 Disember tahun lalu selamat melahirkan anak kembar yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembedahan.Aktres itu turut mempunyai dua anak angkat Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.Zizie berkahwin dengan Bung, 58, pada 2009.

Mingguan Wanita mengucapkan tahniah kepada Zizie Izette, semoga dipermudahkan segalanya sepanjang tempoh kehamilan dan kandungan membesar dengan sihat dan sempurna hendaknya. Insya Allah.

Sumber:Zizie Izette

Published by
Suhaidah Abd Wahab