Tiada perkara yang lebih membahagiakan hati mak ayah apabila anak-anak berjaya cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan masing-masing. Lebih-lebih lagi peranan mak, hasil usaha gigih memberi sokongan, memantau pelajaran dan sebagainya, terbalas dengan kejayaan anak-anak.
Pelakon yang juga merupakan seorang arkitek sepenuh masa, Azhar Sulaiman mendirikan rumahtangga dengan Chempaka Emalin Pahamin,49 dan mendapat 3 orang anak iaitu Kasih Leia Ixora, dan pasangan kembar Andika Rees Pahamin & Kasih Iris Leona,18.
Sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 pada hari ini, dalam posting terbaru di Instagram, selebriti ini berkongsi cerita gembira, kejayaan anak-anak kembarnya yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan ini. Malah dengan keputusan cemerlang tersebut, anak-anaknya dikatakan akan menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang.
Istimewanya, Azhar turut mengucapkan rasa terima kasih dan penghargaan buat isteri tersayang yang rajin serta bertungkus lumus menjaga anak-anak dan keluarga dengan baik. Ternyata kejayaan anak-anak, juga adalah daripada hasil usaha dan pengorbanan isteri tersayang.
“Syukur Alhamdullilah My Twins Rees & Leona Telah Berjaya Dalam Results SPM Mereka.”
“Dua dua pun sudah setuju untuk ambik jurusan Undang Undang.”
“Thanks A Zillion To My Wife Chempaka Yang Sentiasa Work Hard For The Kids & Telah Menjaga Family Kita Dengan Baik.”
“You’re The Best Mommy!”
Sementara itu, di Instagram anak pelakon ini Kasih Iris Leona ada kongsikan keputusan SPM yang diperolehi.
Baca Lagi Di Sini:
Seinci Pun Jangan NILAI Masa Depan Anak, Melalui Result Peperiksaan
4 Selebriti Wanita Yang Memilih Bidang Seni Ini, Pernah Dapat Keputusan Cemerlang Dalam SPM
MW: Tahniah buat Azhar Sulaiman dan isteri. Semoga anak-anak terus cemerlang dan berjaya dalam jurusan yang menjadi pilihan. Kejayaan anak-anak bukan hasil usaha semata-mata, tapi juga berkat doa, usaha gigih dan pengorbanan daripada seorang mak.
Sumber: azharbsulaiman