Anak kedua, selalu orang cakap banyak menguji kesabaran mak ayah. Perangai dan karenah saja mengalahkan 2-3 anak yang lain.
Begitulah, anak kedua ini sering dikatakan seorang yang keras kepala, tak dengar cakap, degil dan buat hal dia sendiri. Tapi sebenarnya, kalau difikirkan balik, di sebalik kenakalan, hatinya ‘ada taman’ buat mak ayah pun tak sampai hati nak marah.
Sebab itulah, jangan terlalu cepat mengadili anak kedua ini. Kekadang, yang kita selalu marah inilah banyak berjasa. Bukan bermakna anak lain tidak berjasa tapi masing-masing ada cara tersendiri dalam menyantuni mak ayah.
Mohd Fhais Salim turut berkongsi tentang anak kedua ini. Ada betulnya juga.
Sekarang ini musim jamuan raya anak-anak sekolah. Maklum sajalah, masih lagi dalam bulan Syawal. Di negara kita ini sememangnya unik, selagi belum habis bulan raya, selagi itulah akan diraikan.
Tak salah pun sebenarnya, sebab dengan cara ini pun dapat merapatkan ukhuwah dan silaturahim. Nak-nak dah dua tahun kan tak dapat meraikan Hari Raya dengan penuh meriah.
Baik dengan kawan-kawan mahupun saudara mara.
Pernah juga terbaca, satu isu diutarakan tentang jamuan raya anak-anak ini. Bila mana, makanan yang mak bekalkan pada anak, sayangnya juadah tidak berusik.
Sememangnya boleh terjadi hal-hal semacam itu. Lagi-lagi bila setiap anak-anak, masing-masing bawa juadah. Tapi, tentunya pihak sekolah pun meneliti hal sebegini.
Kalau tidak habis, bolehlah cikgu agihkan pada anak-anak. Masukkan makanan yang tidak berusik dalam bekas makanan yang anak-anak bawa. Ini pun satu cara juga.
Namun, apa yang menarik perhatian bila mana ibu ini Mumymaria Mohamad kreatif menyediakan juadah jamuan raya untuk anak-anaknya yang berada dalam tahun 1 dan tahun 5.
Akui ibu ini, inilah juga cara yang pernah dipraktikkan sebelum ini. Memandangkan dirinya tidak pandai memasak rendang apatah lagi membuat kuih muih.
Jadi, ibu berkreatif dengan kemahiran yang dimiliki.
Kongsinya, “jamuan sekolah.. selagi tak habis raya gini ler.. Acik memang tak pandai buat rendang, kuih muih bagai… pandai goreng bihun dengan fries je..
“Ni pun ulang teknik 4 tahun lepas… habis idea dah. Takpe lah janji menarik perhatian anak-anak kat jamuan tu nanti. Kalau tak membazir, sayang makanan..”
Sungguh.. lagi-lagi ketika ini boleh dikatakan agak sukar untuk mencari barangan makanan. Antaranya, ayam. Dalam berdepan kekurangan makanan ini, penting untuk mendidik anak-anak agar menghargai makanan yang terhidang di depan mata.
Semoga perkongsian ibu ini dapat memberi idea kepada mak-mak yang sedang berkira-kira untuk menyediakan juadah jamuan raya anak-anak di sekolah.
Alhamdulillah, berita gembira di pagi jumaat, pelakon drama bersiri ‘Hati Perempuan’, Mia Ahmad selamat melahirkan bayi lelaki pukul 11.15 pagi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.
Berita gembira ini dikongsi oleh suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Izham Tarmizi di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.
“Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakan. It’s a boy,” tulisnya di laman tersebut.
Rata-rata pengikut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata ini serta mendoakan agar ibu dan bayi sihat selepas bersalin.
mukminahmuhamadAlhamdulilah tahniah izahm & mia atas kelahiran anak sulung nya semoga dia menjadi anak yang soleh taat kepada ibu bapa dan agama. sekali lagi, tahniah kami ucapkan semoga mia cepat sihat dan semoga mejadi ibu yang terbaik untuk anak dan keluarga kami semua happy dengar mia dah selama bersalin semoga cepat sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah swt amin.
Fiezah Osman Tahniah… Alhamdulillah lahirnya seorang putera di hari yang cukup mulia ini. Semoga menjadi anak yang soleh penyejuk mata ibu dan ayah.
Hasiah MohammedAlhamdulillah, Syukran. Mia selamat melahirkan bayi lelaki di hari Jumaat yang barakah.
AfiezahSemoga baby membesar menjadi anak kebanggaan mummy dan daddy serta membesar menjadi anak soleh.
aziza.hashim11Alhamdulillah…Tahniah Izham dan Mia, semoga ibu dan baby sihat.
Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi, 30, dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Mia Ahmad dan suami, atas kelahiran cahaya mata ini. Semoga ibu dan bayi sentiasa dalam keadaan sihat serta bertambah dimurahkan rezeki dengan kelahiran anak ini.
Seharian mak buat kerja rumah, penatnya membawa ke malam. Mak yang ada anak kecil lagilah penatnya berganda. Kena pula berjaga malam, menyusukan anaknya dengan susu badan. Kadang tak sedar, mak boleh terlelap sama.
Rupanya dalam pada mak terlelap sekejap, macam-macam boleh berlaku. Dan inilah yang dialami oleh ibu ini, Cik Puan Ammy yang alami pengalaman anak tersedak susu. Mujurlah ibunya tersedar awal dan anaknya dapat diselamatkan.
Beliau berkongsi ingatan untuk dirinya agar kelak tiada lagi kejadian yang sama berlaku kepada dirinya lagi. Kejadian menakutkan ini juga mungkin pernah mak-mak alami. Lagi-lagi bila tubuh penat seharian bekerja, dalam masa sama tuntutan menyusukan anak perlu dilunaskan. Moga diberi kekuatan untuk ibu-ibu yang berhadapan situasi ini.
Tengok-tengok Anak Terbatuk-batuk Dan Bernafas Laju
Jam 3 pagi, Ammy dikejutkan dengan bunyi seperti sudu terjatuh di atas simen. Mungkin ianya satu mimpi kerana dapur jauh berada di belakang dan pintu bilik tertutup rapat.
Tidak mungkin kedengarannya jelas seolah-olah berada di hujung telinga. Seperti biasa bila terkejut daripada tidur, perkara pertama yang Ammy perhatikan adalah Mahsuri. Allahu rabbi…
Kelihatan Mahsuri seperti terbatuk-batuk dan nafasnya laju. Tangan dan kakinya sejuk. Tiba-tiba Ammy teringat yang dia baru lepas menyusu (brestfeeding) dan mungkin Ammy tertidur sehingga tidak tahu bila masa dia berhenti.
Ammy segera mengangkat Mahsuri dan memangkunya di bahu, suami Ammy pun turut sama membantu menepuk-nepuk dan mengosok-gosok belakang Mahsuri. Tiba-tiba…. Burppp!
Mahsuri sendawa diikuti dengan muntah susu yang berketul-ketul. Tersedak susu rupanya anak Ammy. Bila sahaja muntah itu keluar, suhu badan Mahsuri mendadak naik. Tidak lagi sejuk seperti sebelumnya. Sebelum ini Ammy selalu dengar tentang bayi tersedak susu serta risikonya. Allahu Akbar..
Terima kasih Ya Allah kerana lindungi anak Ammy dan mengejutkan Ammy dari tidur.
4 Tip Hati-hati Semasa Menyusukan Anak
Satu pengajaran buat Ammy. Selepas ini Ammy akan berhati-hati dan pastikan:
1. Temani anak menyusu walau bagaimana penatnya seharian bekerja.
2. Jangan tidur sebelum anak habis menyusu.
3. Pastikan anak dalam keadaan selesa, susu yang diminum atau makanan yang dimakan telah dihadam sebelum mereka tidur.
4. Pastikan situasi anak nyaman sebelum kita melelapkan mata, tidak kiralah anak kita masih bayi ataupun telah dewasa.
Ini Pengajaran Yang Ammy Dapat
Sesungguhnya bagi kita sebagai seorang ibu, walaupun anak kita sudah punyai keluarga sendiri dan pandai jaga diri, namun mereka masih anak-anak kecil dimata kita. Masih perlukan kasih sayang kita, perhatian kita dan yang lebih penting doa restu daripada kita.
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi anak-anak kita. Amin.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...