Anak Kedua Akan Ada ‘Perangainya’, Yatt Hamzah Kongsi Tip Didik Mereka

Share

Setiap anak-anak memang ada ‘perangai’ masing-masing. Ada anak yang mudah diurus, ada pula yang sebaliknya. Jenis memberontak tak reti diam. Pengacara Yatt Hamzah menggunakan pendekatan sabar dalam mendidik anak-anak. Terutama anak kedua nya, yang dimaklumkan ada ciri-ciri itu.

Yatt Hamzah yang lebih selesa membahasakan dirinya ‘Bonda’ di instagram dikurniakan tiga orang cahayamata, Suci Hanania Malika, Humaira Iqlima dan Suci Hayfaa Media. Ketika ini, Yatt sedang hamilkan anak keempatnya.

Menerusi instagramnya Yatt berkongsi tip keibu bapaan; bagaimana seharusnya mak ayah melayani anak-anak jenis memberontak ini. Pendekatan sabar itu lah kuncinya. Nak dapatkan sabar itu, mak ayah kena buat 5 tip yang Yatt kongsikan ini.

“Bonda faham sangat jika ada ibu bapa yang stress didik anak-anak yang XTRA AGRESIF, TAK RETI DIAM/HYPER & REBELLIOUS. Sebab anak Bonda yang no. 2 pun macam.

Tapi SABARLAH, kerana SABAR je kuncinya.”

YES, it’s THE ONLY KEY TO HANDLE AGGRESSIVE CHILD. Kalau kita guna kekerasan, macam siram petrol pada api. Makin teruk dan buruk bukan makin elok.

Yang penting BERSYUKUR, Allah bagi anak, Anugerah yang tak ternilai ini. Bayangkan jika hidup kita tanpa mereka. Pasti jauh lebih buruk. Maka, bersyukur dan bersabar.”

 

5 Tip Yatt Hamzah ‘Handle’ Anak-anak Dengan Sabar

Ni Bonda share beberapa tips untuk handle anak-anak Agresif dengan cara psikologi dan Islamik. Moga bermanfaat.”

1. Jangan Jerit Pada Anak

Kenapa perlu jerit bila boleh cakap baik-baik dengan anak? Buang masa dan sakitkan tekak je. Kajian menunjukkan anak-anak lebih taat bila ibu bapa bercakap dengan nada yang baik dan lembut.

Menjerit pada anak-anak hanya buat mereka rasa down, takde harga diri dan malu. Lebih-lebih lagi jika depan orang lain. Mereka akan lebih degil dan memberontak.

Lebih teruk, mereka akan ikut perbuatan kasar kita dan buat pada orang lain dan ahli keluarga. Boleh tinggikan sedikit tone suara menunjukkan ketegasan bila menegur. Tapi jangan sesekali menjerit dan menengking.

2. Jangan Pukul Anak Dari Lutut Ke Atas

Kawal diri sebagai ibu bapa. Elak pukul anak dari lutut ke atas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak. Jangan sesekali pukul badan, tangan, lebih-lebih lagi bahagian muka dan kepala.

Percayalah ini hanya beri kesan negatif pada anak, lebih teruk mereka akan jadi trauma kerana dipukul bila buat silap. Rapatlah dengan anak. Nasihat dulu, baru pukul (jika perlu).

3. Jangan Guna Tangan/Kaki Untuk Pukul Anak

Walaupun kita mungkin pernah alami perkara ni, jangan sesekali menampar anak dengan tangan. Ia akan jadi lebih buruk.

Anak akan lebih nakal dan degil. Worse, ada ibu bapa guna kaki untuk tendang anak-anak. Ini bukan mengajar tapi mendera dan sangat ditentang ISLAM.

4. Jangan Mengeluh Depan Anak

Jangan mengeluh dalam membesar dan mendidik anak-anak. Keluhan adalah racun yang rosakkan hubungan ibu bapa dan Anak. Keluhan akan buat anak-anak rasa diri mereka beban.

5. Jangan Tipu Anak

Na’udzubillah. Ibubapa kena bijak explain pada anak-anak tentang sesuatu agar mereka faham. Bagitahu kebenaran dan mengelak dengan bijak jika kebenaran itu akan memudaratkan mereka.

MW : Dapatkan tipnya mak ayah, masih sempat untuk kita perbaiki mana yang kurang dalam mendidik anak-anak ya mak ayah.

Sumber/Foto : Yatt Hamzah

Published by
NETTY AH HIYER