Anak Kecil Asyik Batuk, Kahak Dan Nafas Laju, Rupanya Sebab Ada Yang Merokok Dalam Rumah!

Share

Kalau sebelum ini kita risaukan orang yang suka merokok, tetapi selepas ini kita patut fikir kesan asap rokok pada anak kecil yang ada dalam rumah.

Ya, mungkin perokok tak hisap rokok dalam rumah dan depan anak-anak, namun macam mana pula saki baki asap rokok yang melekat dalam persekitaran rumah?

Haaaa… ini sebenarnya yang patut mak ayah sedar, saki baki nikotin dan bahan kimia dari rokok melekat di permukaan perabot, pakaian atau dinding rumah juga boleh membentuk bahan toksik dan jadi bahaya kepada anak kecil!

Nak-nak lagi kalau anak kecil itu asyik batuk dan berkahak seperti pesakit Dr Aishah Alsagoff ini…

Anak Kecil Jadi Mangsa Perokok Tanpa Sedar

Ini kisah bayi berumur 6 bulan

December tahun lepas – Batuk, kahak, nafas laju. Diagnosis acute bronchitis. Perlu nebuliser dua kali. Lepas beberapa hari, baik.

January – Batuk datang balek. Kahak. Diagnosis acute bronchitis. Perlu nebuliser. Sekejap dan anak baik semula.

February – Batuk sekali lagi. Hanya batuk 2 hari. Nafas laju. Diagnosis sama, acute bronchitis. Perlu nebuliser beberapa kali. Mula makan ubat serbuk singulair, untuk kuatkan paru-paru. Lepas seminggu, sihat.

March – Batuk lagi! Nafas berbunyi. Neb sekali lagi.

Tak boleh jadi ni.
4 bulan berturut-turut, simptom yang sama.

Ibu ayah, tiada keturunan asma.
Ibu ayah, tidak merokok.
Di rumah, takde kucing.
Di rumah, takde construction/renovation.
Di rumah, tak berdekatan dengan kilang.

Hmm. Setiap bulan anak datang balek batuk dan perlukan nebuliser. Mesti ada faktor risiko di ‘dalam’ rumah.

Tanya dan tanya lagi, rupanya….

‘Abang saya tinggal sekali dengan kami. Dia memang merokok lah. Tapi merokok dalam bilik dia je, dia tutup pintu’ kata si ibu.

Tett! Checkmate!

Inilah dia faktor risiko buat si anak kecil tak berdosa ni. Merokok dalam rumah, hatta dalam bilik tertutup pun, satu rumah pasti bau kan?

Jangan lupa asap rokok masih boleh keluar dari celah pintu.

Walaupun dalam bilik, dalam tandas, di balkoni, di halaman rumah, still a no no!

Paru-paru baby 6 bulan besar mana lah nak banding dengan paru-paru kita ni.

Ubat boleh membantu , tetapi no 1 adalah PENCEGAHAN.

Jadi untuk anak ini, si pakcik kena berhenti merokok atau merokok di tempat lain selain rumah atau pindah rumah.

Then kita tengok bulan depan macam mana.

Untuk ibu-ibu yang lain, jika anak kerap kena batuk, nafas laju, atau simptom yang sama berulang-ulang, cari faktor risiko yang mungkin berada di sekitar anda yang mungkin adalah penyebab kepada sakit anak anda.

Published by
Nadia