Anak Jika Di”bibik”kan Dari Awal Akan Jadi Rajin Buat Kerja Rumah, Faham Tanggungjawab

Share

Anak Jika Di”bibik”kan Dari Awal Akan Jadi Rajin Buat Kerja Rumah, Faham Tanggungjawab. Anak-anak sewajarnya turut diberikan kerja-kerja rumah yang mereka mampu lakukan sejak dari kecil supaya mereka faham erti tanggungjawab dan lebih berdikari. Tidaklah mak ayah kelak menjadi ‘hamba’ kepada anak-anak apabila terlalu memanjakan dan ‘merajakan’ mereka.

Ada benarnya apa yang dikongsikan oleh ayah ini, Mohd Yazid Ismail. Semoga menjadi panduan.

Ada seorang cikgu datang ke rumah kami untuk ambil barang. Sambil tu, dia minta izin untuk buat house tour. Dia tanya rumah besar macam ni ok ke tak ada bibik?

Alhamdulillah kami ada 4 orang “bibik” sekarang. Nanti tahun depan akan bertambah jadi 5 orang bibik.

Anak Jadi ‘Bibik’ Faham Tanggungjawab

Anak-anak bila dah masuk umur 7 tahun kami akan ajar buat kerja rumah sendiri, jadi bibik.

Kami ada 6 orang anak. Sulung 15 tahun, bongsu 2 tahun. Anak-anak jika di”bibik”kan dari awal diorang akan jadi rajin buat kerja rumah dan faham tanggungjawab.

Sejak dari umur 7 tahun, kami ajar gosok baju sendiri. Basuh pinggan mangkuk sendiri.Bersihkan tempat makan masing-masing, kalau ada nasi jatuh atau kuah tumpah kena pastikan clear selapas selesai makan. Lipat baju pun mereka kena buat sendiri, malah Nisreen sejak umur 5 tahun lipat baju sendiri sebab terikut abang dan kakak buat.

Elak Penyakit “Princess Syndrome”

Kami tak nak anak-anak ada penyakit “princess syndrome” yang akan menyebabkan mereka jadi pemalas tanpa rasa bersalah. Tak nak hilang common sense dalam hidup mereka.

Anak lelaki atau perempuan sama je kami ajar buat kerja rumah sama-sama. Tak ada beza.

Sebenarnya semua kerja rumah adalah mudah untuk anak-anak selesaikan dengan senang hati dan gembira. Bukan setakat kemas bilik sendiri, kadang mereka ketuk pintu master bedroom kemudian minta izin untuk kemaskan bilik abahmama sekali.

Didikan Dari Awal

Yang dalam gambar ni Fina. Ketika saya sedang potong rumput, dia datang minta nak buat juga. Saya tak suruh, tapi sebab dia dah biasa aktif bekerja maka dia offer nak tolong. Itu pentingnya didikan dari awal biar terbiasa.

Kalau anak tak diajar buat kerja dari kecil, rumah jadi kelam kabut, kotor, sink penuh dengan pinggan mangkuk, baju bergunung tak sempat nak lipat. Anak-anak asyik main gajet sebab tak ada kerja nak buat. Anak jadi macam raja.

Bila anak-anak jadi raja, ibubapa akan jadi hamba sampai tua.

Mesti Baca:Berhentilah Didik Anak Lelaki Jadi Raja Tak Berhati!
Baca Lagi Di Sini:

5 Cara Ini Bantu Mak Didik Anak Berjiwa Hamba, Bukan Jadi Raja
Artikel Menarik:Ajar Anak Adab Di MEJA MAKAN, Elak Layan Mak Macam BIBIK, Jangan Biasakan!

Mingguan Wanita:Setuju sangat dengan perkongsian ini. Sebaiknya dedahkan anak-anak dengan kerja-kerja rumah sejak dari kecil supaya mereka faham erti tanggungjawab dan lebih berdikari. Tidak hanya bergantung pada mak ayah.

Sumber: Mohd Yazid Ismail

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab