Anak Jadi Cacat Kerana Kecuaian Perubatan, Bapa Anak Cerebral Palsy Luah Rasa Kecewa Masalah Re-Appointment

Share

Anak jadi cacat kerana kecuaian perubatan,  bapa anak cerebral palsy luah rasa kecewa masalah re-apppoinment. Kita bukan mahukan semuanya  terlalu sempurna seperti mengikut aturan robot tapi sekurangnya kena ada budi bicara tatkala  berurusan dengan manusia.

Memahami dan cuba menyelesaikan masalah dihadapi orang adalah lebih baik dari terus mengikut peraturan buku kerana tiada siapa yang sempurna. Sistem dibentuk untuk memudahkan semua urusan namun ihsan sangat penting dalam kehidupan.

Penatnya Hadap Kerenah Birokrasi Hospital

Luahan seorang bapa, Khairul Azri yang anaknya disahkan ceberal palsy yang meluahkan rasa kecewa dengan karenah birokrasi hanya kerana re-appointment menjadi viral di media sosial hingga mendapat perhatian ramai hingga ramai meluahkan pendapat yang sama.

Baca luahannya yang tular sejak semalam.

Kadang kadang aku ada terasa nak carutkan KKM dari aku bangun sampai aku tidur. Kecewa nak mampus.

Memang menyusahkan hidup aku sekeluarga dari aku celik mata sampai aku pejam mata. Tapi tahan diri sebab wife aku punya punca rezeki asbabnya dari KKM.

Kawan-kawan pun ramai kerja KKM.

Macam hari ni, aku bawak anak aku gi hospital Rehab ni.

Bendanya simple tapi jadi susah nak mampus.

Bapa Anak Cerebral Palsy Luah Rasa Kecewa Masalah Re-Appointment

Ceritanya, anak aku ni ada re-appointment(appointment semula) dekat hospital Rehab ni pagi ni.

Asalnya memang regular, tapi lepas missed 2 kali sebab anak aku warded masa appointment dia dah cancel kan terus.

Aku call mintak nak checkup dan check progress balik, dia kata oh sebab dah missed kena gi mintak refer kat hospital asal, alasan sebab aku tak datang, aku kata ok, nak buat camna anak aku masuk hospital sebab pneumonia, budak budak Cerebral palsy camni memang common pneumonia.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Pernah DiTampar Ketika Bertugas.” Mak “Guard” Ini Tak Pernah Serik Fokus Cari Rezeki

“Selama Isteri Sakit, Saya Tidak Pernah Meninggalkannya,” 2 Bulan Suami ‘Berkampung’ Di Hospital

Ya Allah Cekal & Kuatnya Ibu Ini, Jaga Anak Kurang Upaya Cerebral Palsy & Autisme

Gi lah hospital regular checkup bulan lepas mintak referal, dapat surat bagitau, dia kata ok ada dalam sistem, datang je takyah bawak surat.

Tunggu sebulan, harini datang. Bangunlah aku 6 pagi tadi, mandikan budak ni, mandikan adik kecik, hantar mak di ke MRT suruh naik MRT untuk pergi kerja sebab aku nak guna kereta mak dia bagi budak ni selesa ada carseat dua, takyah berebut dengan adik dia, siaplah bagi budak ni breakfast supaya dia tak mengamuk masa tunggu kat hospital yang biasa cecah 2-3 jam gak kalau nasib tak berapa baik.

Selesai semua aku pun gerak sampai ke Hospital, tak boleh parking dekat parking OKU, guard kata hanya untuk pemandu.

Betul juga sebab yang cacatnya dia bukan aku, tapi yang hairannya parking staff ada kaki sempurna lagi dekat dengan entrance dari pemandu OKU. Tahla.

Aku tanya, anak saya ni tak boleh jalan, budak takkan nak tinggal, tak boleh hanya pemandu, aku angguk aku blah, tak nak memanjangkan conversation, parking lah nun kat block ward, menapaklah 300 meter usung anak aku yang 4 anggota tak boleh guna.

Pergi kaunter hasil, daftar, lega usaha sejak 6 pagi tadi hampir jadi kenyataan, jalan sampai kaunter klinik, 8.45 pagi.. staff nurse nampak je muka aku, Cik ni daftar baru, surat ada bawak kan?.

Jem, aku selongkar beg buku, takde surat, call wife aku dia kata dalam beg buku, tak ada, aku suruh wife aku cakap dengan staff nurse, rayu or negotiate, sebab bukan new case pun, pompang pompang takde surat, tak boleh masuk.

Alasannya kena ada surat untuk nak semak progress.

Dia suruh aku balik datang hujung bulan.Lagi 20 hari.

26 hb ni datang ya cik.

Aku pun ambil buku, tak kata apa belah.

Dia kata terima kasih, aku tak jawab, jarang aku buat benda tak beradab camni, tapi sorry lah sebab hati memang tengah pedih. pedih.

Aku jadi trigger.

Kau tahu kenapa trigger?

Eh taik nak cek progress apa?

Ni yang mula nak rawit semua benda ni.

Anak aku ni tak ada progress dah 5 tahun.

Dia jadi cacat sebab apa?

Sebab kesilapan staff Hospital KKM yang lakukan kesilapan medicolegal masa anak aku lahir.

Dan aku bayar full payment program ye FPP, bukan singgit atau 5 ringgit bersubsidi. so aku ada high expectations atas servis yang akan aku terima tersebut.

Tapi apa jadi? kelaut.

Beratus beribu sawan dia hadap.

Aku dah ikut prosedur.

Lapor SISPAA KKM.

2 round buat inkuiri dengan hospital dan external parties, barulah Hospital, KKM mengaku memang buat silap sampai anak aku jadi camni.

Bukan sekali, 2 kali missmanagement.

Dari Staff nurse, ke MO ke Specialist.

Bila dah mengaku silap, aku mintak ganti rugi, to be fair, untuk budak ni, masa discaj dulu tak da bincang pun apa masa depan, depa blindsided aku.

Dan juga untuk elak kemungkinan aku mati dulu, nanti sapa nak bela budak ni.

Awal nampak macam ada sinar, tapi nak masuk 3 tahun satu habuk pun tak ada progress.

Aku call, kejap dekat MOF, kejap dekat pejabat AG, kejap dekat KKM balik, kejap dok kira lagi.

Awal dulu alasannya Covid, sekarang alasan apa?

Masuk tahun ketiga masih kena sepak macam bola, aku buat lagi SISPA dekat Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri.

Wah, nampak macam ada move, call aku, call sana sini, sebulan tunggu, last-last keluar surat bodoh, oh memang prosedur ni lama, tengah kira lagi berapa nak compensate anak awak 3 tahun nak kira apa lagi?

Dari anak aku tak ada sawan mai balik blank stare dia? ka hangpa nak kira sampai anak aku umur 20 tahun ke? or mati dulu.

Aku ingat yang kerja bahagian medicolegal, ex-gracia KKM, MOF ni hilang kalkulator kot susah sangat nak kira, budak ni CP, brain injury, brainstem, motor function takdak, spastic quadriphlegic, type 5, terantar, kalau jaga elok tak sakit yang lain lain. boleh hidup 25-30 tahun.

Darab jelah. Apa susah sangat.

Kalau tak ada kalkulator habaq aku nak pi hantar.

Hah, tengok dah rawit benda lain. Aku nak cite benda kena reschedule je tadi.

Moralnya yang keje hospital ni korang kadang jangan lah ikut the book sangat, lurus ikut prosedur yang kadang tak perlu pun, aku siap budak ni since pukul 6pagi kot, months of preparation last last tak dapat masuk sebab sekeping surat yang tak perlu pon.

Dan setiap patient tu ada backstory dan struggle depa sendiri, ada disappointement depa dengan hngpa, macam sakit anak aku ni aku tak mintak pun dan tak akan jadi pun kalau hangpa buat kerja betul betul at the first place .

So maaflah kalau agak mudah tertrigger bila hgpa buat lebih kurang dan bersungguh sangat nak ikut protokol.

Klah lagi panjang, lagi pedih hati, nak hantaq budak ni pi sekolah sat.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
Datin Elvina pesan jangan bangun tengahari ya, awal pagi buatlah senaman! Patutlah Datin nampak cantik, badan pun slim rupanya rajin bersenam.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros