“Anak Istimewa Bukan Bebanan” Ahmad Idham Faham Perasaan Mak Ayah, Tekad Beri Pendidikan Terbaik

Share

“Anak istimewa bukan bebanan” Ahmad Idham faham perasaan mak ayah, tekad beri pendidikan terbaik buat anak-anak OKU. Bagi penerbit terkenal Dr Ahmad Idham dan isterinya Amy Aziz, dikurniakan seorang anak, bernama Ahmad Firdaus yang tergolong dalam kalangan Orang Kurang Upaya merupakan satu anugerah yang perlu dijaga dengan baik.

Malah dirinya dan isteri juga memahami situasi dan dilema yang dihadapi golongan yang mempunyai anak OKU.

“Anak Istimewa Bukan Bebanan”

Ahmad Idham juga menerusi perkongsian di akaun Instagramnya menyatakan dalam membesarkan anak istimewa sememangnya banyak ujian yang ditempuhi.

“Saya bersyukur kerana apa yang sedang saya lakukan ini memberi sinar baru dan sedikit kegembiraan kepada mereka yang mempunyai anak-anak istimewa.

“Ramai yang hubungi saya menceritakan apa yang mereka lalui dalam membesarkan anak-anak istimewa sehinggakan ada yang berkongsi kepada saya, anak mereka berusia 5 tahun telah ditolak untuk kemasukan ke tadika.

“Ya! Saya faham apa yang kalian rasa. Kerana saya juga melalui fasa yang sama sebelum ini.

“Disebabkan itu, saya bertekad untuk terus merealisasikan Hab Pendidikan Khas ini ke seluruh negara.

“Anak istimewa bukan bebanan, Tapi ia makna kehidupan,” luah Ahmad Idham.

“Sebagai Ayah, Anak Istimewa Terlalu Dekat Dengan Saya”

Anak sulungnya Ahmad Firdaus mengalami kesukaran berjalan dan bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun.

Doktor mengesahkan Ahmad Firdaus mengalami focal encephalitis iaitu radang pada otak.

“Hari ini saya rasa sungguh sayu bila membaca dan mengikuti kes adik bella, anak istimewa yang sedang dibicarakan di mahkamah kerana atas dakwaan didera oleh penjaga.

“Ya! saya sangat sedih membaca kronologi kes adik bella.

“Mungkin sebagai ayah kepada anak istimewa membuatkan kes sebegini sangat dekat dengan saya.

“Saya tidak nafikan, dalam membesarkan anak istimewa ada ujian yang tersendiri perlu kita tempuh demi memastikan anak kita ini mendapatkan pendidikan serta persekitaran yang baik.

“Mereka sangat memerlukan suasana yang baik untuk mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa dan ini bertepatan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Kurang Upaya mengenai hak kanak-kanak kurang upaya untuk akses kepada rumah dan keluarga mereka tanpa sebarang halangan (United Nations 2006).

“Ini yang saya sedang perjuangkan!

“Saya mulakan Ampang sebagai Hab Pendidikan Khas buat anak-anak kita yang berkeperluan khas.

“Anda yang ada anak istimewa. Saya sentiasa bersama anda!” luah Ahmad Idham lagi.

Beri Pendidikan Terbaik Buat Anak Istimewa!

Ahmad Idham juga menjelaskan telah menandatangani memorandum persefahaman antara Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus bersama Tadika Sinar Indah Berkat di Ampang.

“Alhamdulillah semalam telah termeterai memorandum persefahaman antara Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus bersama Tadika Sinar Indah Berkat di Ampang.

“Hampir 20 tahun yang lalu, susah untuk saya dan isteri cari Sekolah Pendidikan Khas untuk Anak saya, Ahmad Firdaus . Saya yakin dan percaya mereka yang ada anak istimewa pasti pernah melaluinya sama seperti saya.

“Anak-anak istimewa ini luar biasa dan mereka memerlukan sistem Pendidikan Khas yang sistematik dan komprehensif agar anak-anak ini dapat mengikuti proses pembelajaran dalam rangka untuk mendidik mereka berdikari dalam pengurusan diri.

Khidmat Saringan Percuma

“Saya terpanggil untuk mengisi kelompongan ini agar mereka yang mempunyai anak-anak istimewa ini dapat memberikan pendidikan sebaiknya buat anak-anak mereka.

“Saya juga mahu me­nyediakan khidmat saringan percuma bagi membantu ibu ba­pa mendapatkan pra diagnosis mengenai kelewatan anak dari segi akademik, mewujudkan pro­gram sokongan bersama komu­niti ibu bapa yang ada anak isti­mewa.

“Dan juga menyediakan lati­han untuk guru mendalami ilmu pengajaran kepada anak istimewa dan melaksanakan program ke­keluargaan dari masa ke masa.

“Saya mulakan di Ampang dan akan kembangkan ke seluruh Malaysia. Doakan saya!” kata Ahmad Idham.

“Semoga Allah Permudahkan Urusan Ahmad Idham” Warganet

Menarik Lagi : Demi Jaga Anak OKU & Emak Sakit, Gigih Sediakan 22 Jenis Masakan, Stok Lauk Persediaan Ramadan!

Berdebar, Anak Istimewa Pernah Hilang 3 Jam, Ibunya Hamil 7 Bulan

Anak Istimewa, Jangan Pinggirkan Dia Daripada Al-Quran!

Mingguan Wanita : Jagalah anak istimewa, anak syurga pasti banyak ganjaran pahala yang Allah janjikan buat ibu bapa. 

Sumber Foto : Instagram Ahmad Idham

Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.

Kena bijak pilih baju ikut saiz badan.

Sedapnya sambal belacan ni, makan dengan nasi panas terus terangkat!

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh