Anak Ikan Haruan Goreng Kunyit, Resepi RARE Dari Sawah

Share

Ikan bilis goreng dah biasa dengarkan, ayam goreng kunyit waima udang goreng kunyit pun selalu sangat orang kita makan. Tapi anak ikan haruan goreng kunyit ini tak ramai yang tahu melainkan anak-anak yang membesar dari sawah bendang.

Lauk ini memang simple lagi menyelerakan yang amat-amat. Sebabnya makanan sebegini mengembalikan nostalgia. Mengimbau kembali kisah waktu kecil yang mana mak-mak akan bawa anak-anak menangguk anak ikan haruan di bendang.

Demikianlah yang dituturkan Puan Norahalina Lina yang menetap di Sungai Besar dalam Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)

“Teringat dulu masa kecil. Mak kita suka bawa kita pergi ke bendang untuk menangguk anak ikan haruan ni. Basuh bersih-bersih. Letak garam dan kunyit, goreng. Makan dengan nasi panas-panas. Sedap.”

Cari Anak Ikan Haruan

Dekat sawah padilah tempat anak ikan haruan paling suka berhabitat. Tak pun dekat parit kecik di sawah. Ikan haruan suka bawa anak-anaknya di situ.

3 Cara Masak Anak Ikan Haruan

  1. Basuh bersih-bersih
  2. Letak garam dan kunyit. Gaul rata
  3. Goreng

Rasanya: Macam ikan biliskah? Lain Sikit. Anak ikan ini lagi sedap daripada ikan bilis. Ambil nasi panas-panas dan anak ikan goreng tu gaul dan makan macam tu je.

Ini Cara Lain Memasaknya

Komen lain dari geng MAHI cara lain nak masak anak ikan haruan yang ‘rare’ ini

  • Sedapnya goreng letak cili api dan bawang
  • Buat pais pun sedap
  • Bungkus daun pisang dan bakaq
  • Gaul garam kunyit sikit dan balut daun kunyit
  • Bubuh garam kunyit goreng, sebelum letak ikan tabur tepung beras dalam minyak dan hirisan halia baru buh ikan
  • Buat cekodok anak marak & kopi
  • Masak sambal kering
  • Basuh taruk garam kunyit dan masuk serbuk kari sesudu dan goreng
  • Buat pais balut daun pisang buh bawang, serai, cabai muda, garam dan kunyit. Sedap sangat!

Kegunaan Lain Anak Ikan Haruan

Peram dengan asam keping dan garam buat umpan pancing ikan puyu di bendang.

Sumber/Foto: Norahalina Lina

Published by
Netty Ah Hiyer