
Isi Kandungan
ToggleIkan bilis goreng dah biasa dengarkan, ayam goreng kunyit waima udang goreng kunyit pun selalu sangat orang kita makan. Tapi anak ikan haruan goreng kunyit ini tak ramai yang tahu melainkan anak-anak yang membesar dari sawah bendang.
Lauk ini memang simple lagi menyelerakan yang amat-amat. Sebabnya makanan sebegini mengembalikan nostalgia. Mengimbau kembali kisah waktu kecil yang mana mak-mak akan bawa anak-anak menangguk anak ikan haruan di bendang.
Demikianlah yang dituturkan Puan Norahalina Lina yang menetap di Sungai Besar dalam Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
“Teringat dulu masa kecil. Mak kita suka bawa kita pergi ke bendang untuk menangguk anak ikan haruan ni. Basuh bersih-bersih. Letak garam dan kunyit, goreng. Makan dengan nasi panas-panas. Sedap.”
Cari Anak Ikan Haruan
Dekat sawah padilah tempat anak ikan haruan paling suka berhabitat. Tak pun dekat parit kecik di sawah. Ikan haruan suka bawa anak-anaknya di situ.
3 Cara Masak Anak Ikan Haruan
- Basuh bersih-bersih
- Letak garam dan kunyit. Gaul rata
- Goreng
Rasanya: Macam ikan biliskah? Lain Sikit. Anak ikan ini lagi sedap daripada ikan bilis. Ambil nasi panas-panas dan anak ikan goreng tu gaul dan makan macam tu je.

Ini Cara Lain Memasaknya
Komen lain dari geng MAHI cara lain nak masak anak ikan haruan yang ‘rare’ ini
- Sedapnya goreng letak cili api dan bawang
- Buat pais pun sedap
- Bungkus daun pisang dan bakaq
- Gaul garam kunyit sikit dan balut daun kunyit
- Bubuh garam kunyit goreng, sebelum letak ikan tabur tepung beras dalam minyak dan hirisan halia baru buh ikan
- Buat cekodok anak marak & kopi
- Masak sambal kering
- Basuh taruk garam kunyit dan masuk serbuk kari sesudu dan goreng
- Buat pais balut daun pisang buh bawang, serai, cabai muda, garam dan kunyit. Sedap sangat!
Kegunaan Lain Anak Ikan Haruan
Peram dengan asam keping dan garam buat umpan pancing ikan puyu di bendang.
Sumber/Foto: Norahalina Lina
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Puli Ubi Kayu Dan Tok Aji Serban Manisan Warisan Berzaman

Isi Kandungan
ToggleKuih muih dan manisan tradisional tetap mempunyai tarikan tersendiri. Walau sudah pelbagai kuih muih moden yang ada, namun yang lama tetap memikat jiwa.
Jom cuba dua kuih tradisi ini iaitu Puli Ubi Kayu dan Tok Aji Serban (Pulut Sekaya). Menikmati kuih muih tradisi akan membuatkan kita mengimbau kembali zaman kecil dahulu.
KUIH PULI UBI KAYU
Bahan-Bahan:
300 gram ubi kayu – kisar dan perah airnya
150 gram sagu – rendam selama 5 minit
Sedikit pewarna hijau
Bahan Untuk Air Gula:
200 gram gula merah
200 gram gula pasir
150ml air
Bahan Salut:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan ubi kayu, pewarna hijau dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
- Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ubi kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
- Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
- Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
TOK AJI SERBAN
Bahan-Bahan A (Bahagian Bawah):
2 cawan beras pulut – bersihkan dan tos
250ml santan cair
Sedikit garam

Bahan Bahagian B (Atas):
3 biji telur
500ml santan pekat
150 gram gula merah
150 gram gula pasir
Bahan Lain:
Air untuk mengukus
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat bahagian pulut; masukkan bahan A iaitu beras pulut, bersama sedikit santan cair, dan secubit garam. Lebihkan santan anggaran ½ inci daripada paras pulut. Tanak menggunakan api perlahan hingga masak. Angkat.
- Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan-tekan supaya padat. Ketepikan.
- Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam.
- Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong. Sedia dihidangkan.
https://www.facebook.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Noorkhiriah Jadikan MPV Miliknya Van Jenazah Percuma Bagi Yang Memerlukan

Isi Kandungan
ToggleYa Allah, mulianya hati pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie sehingga sanggup menjadikan kenderaan MPV miliknya sebagai van jenazah. Lebih menyentuh hati netizen bila Noorkhiriah atau mesra dengan sapaan Khiriah menawarkan perkhidmatan van jenazah secara percuma untuk golongan yang memerlukan.
“Alhamdulillah lepaskan kerana Allah…Akak sayang, maka akak jadikan kenderaan di belakang ini (MPV) van jenazah. Bagi yang memerlukan dialu-alukan. Perkhidmatan percuma #vanjenazah @nurbykhiriah.
“Insya-Allah dah siap sepenuhnya nanti akak bagitau. Terima kasih juga pada yang menyumbang,”ujar Khiriah yang kelihatan begitu ayu bertudung labuh, dia bergambar bersama kenderaan miliknya yang bakal diubah suai menjadi van jenazah.
Baca sini
https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
Van Jenazah …Sebelum Meninggal Akak Nak Tinggalkan Sesuatu Buat Semua
Dalam posting yang lain, Khiriah meminta masyarakat mendoakan impiannya untuk berbakti kepada umat Islam. Artis ini mengatakan dirinya bukan kaya tapi sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia mahu meninggalkan sesuatu buat semua.
“Melangkah yakin dengan apa yang dibuat ini. Mohon doakan akak, bohong akak cakap kalau tak takut #vanjenazah. Akak tak kaya tapi sebelum meninggal dunia, akak nak tinggalkan sesuatu buat semua.
“Setakat cerita kat tv tu jangan kira. Jangan kira dosa pahala orang lain. Semoga kita istiqomah dalam perjuangan diri sendiri. Amin,”ujarnya.


Undang Sebak Netizen
Keluhuran hati artis popular ini mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata begitu sebak, terharu dengan gembira dengan keputusan Khiriah ini. Mereka mendoakan Khiriah dilimpahkan rezeki dan membuka hati lebih ramai orang untuk berbuat baik.
Khiriah yang popular menerusi drama bersiri Nur antara artis yang menjadi idola masyarakat. Wanita anggun ini sering berkongsi kisah hijrahnya menjadi insan yang lebih baik.
Team Mingguan Wanita doakan semoga Khiriah dan keluarganya dilimpahi rahmat Allah dan diluaskan rezeki. Semoga kita semua diberi hidayah untuk terus berbuat baik.
Sumber: Instagram khiriah17
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fendy Caliph Buskers Rayu Dapatkan Rumah PPR, Duit Simpanan Menyusut Akibat Pandemik Covid-19

Isi Kandungan
TogglePandemik Covid-19 sememangnya memberi kesan dalam kehidupan masyarakat Malaysiahari ini. Tidak terkecuali salah seorang anggota kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun.
Dirinya bagai mati kutu memikirkan nasib hidup. Memandangkan duit simpanan semakin menyusut sejak lebih setahun lalu kerana tiada undangan persembahan akibat pandemic COVID-19. Terutamanya membabitkan sewa rumah yang tinggi perlu dilunaskan setiap bulan.
Apatah lagi bapa tunggal yang juga golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Nurazalea Zafirah, 6, ini tergerak hati memuat naik video memohon perhatian pihak kerajaan untuk memudahkan dirinya mendapat kelulusan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di akaun media sosial Jumaat lalu.
Fendy Caliph Buskers Bersyukur
Hasrat dan impian Fendy untuk mendapatkan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) dijangka akan menjadi kenyataan tidak lama lagi
Tindakan itu akhirnya menarik perhatian beberapa pihak kementerian termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang menyantuni Fendy dan anaknya baru-baru ini di kediaman mereka di Sentul.
“Saya memuat naik video berkenaan kerana berharap pihak kerajaan dan kementerian tertentu boleh memudahkan urusan saya meluluskann permohonan rumah sama ada secara menyewa atau sewa beli
“Tak sangka Datuk Seri Rina Harun, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) serta wakil dari Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan) sudi menjenguk saya di kediaman.
“Mereka datang ada memberi sumbangan makanan serta wang ringgit dan turut memberi jaminan untuk memudahkan permohonan saya mendapatkan rumah.
“Ikutkan saya pernah memohon untuk mendapatkan rumah sekitar tahun 2017. Namun ia berlalu sepi begitu saja,” kata Fendy ketika ditemui di rumahnya.
Rezeki Hadir Tanpa Diduga
Menurut Fendy lagi, tatkala ini dirinya masih cukup makan pakai. Malah saban hari, rezeki makanan tetap datang tanpa diduga.
“Saya belum tergerak untuk mengibarkan bendera putih kerana masih berdaya. Yang saya benar khuatirkan ialah soal rumah.
“Duit simpanan yang ada pun semakin terhakis. Sejak pandemik menjelma, memang bab undangan persembahan terputus. Kali terakhir buat show dengan Caliph Buskers pada November 2019
“Bulan Disember 2019, pandemik sudah menyerang dunia. Sekitar bulan Februari 2020, sempat jugalah rasa buat ‘show’ masa pandemik.
“Ikut kiraan duit simpanan, saya boleh bayar duit sewa rumah yang didiami di Sentul ini untuk bulan depan saja. Selepas itu saya tak tahu bagaimana nak bayangkan apa akan terjadi,” katanya.
Bimbang Tak Mampu Bayar Sewa Rumah
Tambah Fendy lagi, dia kini menyewa di apartmen di Sentul itu dengan sewa bulanan RM1300.
Bekas isterinya turut menyewa di lokasi dan blok sama namun di tingkat berbeza. Mereka masing masing bergilir menjaga anak.
“Sebelum ini saya menyewa dengan kawan di Bangsar, manakala bekas isteri pula di Brickfields. Anak kami pula ketika itu harus berulang alik ke sekolah pendidikan golongan istimewa GENIUS Kurnia di Sentul.
“Selepas mempertimbangkan banyak perkara termasuk kos harian, saya dan bekas isteri sepakat berpindah ke Sentul. Ini semua bagi memudahkan urusan persekolahan anak terutama lokasi lebih dekat.
“Namun saban hari, saya mula memikirkan banyak pertimbangan kalau terus menyewa di Sentul. Itulah sebab saya berharap dapat diperkenankan permohonan rumah PPR atau mampu milik,” katanya.
Jual Set Dram Untuk Bertahan
Demi meneruskan survival hidupnya juga, Fendy turut menjual dua set dram selain perkakasan alat muzik berkenaan.
“Hasil jualan dua set dram itu saya berjaya dapat dalam RM3,000 lebih. Adalah serba sedikit pulangan.
“Macam saya cakap bab makan itu tak ada masalah. Saya pun makan serba sederhana. Mee segera pun saya boleh layan berhari hari. Cuma kalau giliran anak ada di rumah, dia nak makan itu ini. Terutama makanan kegemarannya, roti canai. Jadi terpaksa ‘order’ menerusi aplikasi penghantaran makanan.
“Saya pun enggan berpeluk tubuh dan meminta minta. Jadi saya manfaatkan bakat muzik yang ada. Kalau celik mata, saya boleh buat pelbagai kerja demi meneruskan kelangsungan di era pandemik ini. Tapi apakan daya, saya OKU,” ungkapnya.
Buat Persembahan Live Di Facebook
Sejak empat minggu lalu juga dia mula mengambil inisiatif buat persembahan langsung di Facebook menerusi halaman Fendy Caliph Buskers setiap Sabtu 9 malam
“Saya sertakan juga nombor akaun bank (Fendy bin Adlun 7636586540 CIMB) untuk mereka yang mahu menyumbang ketika menonton persembahan saya. Masa awal buat adalah serba sedikit rezeki boleh diraih,” jelas Fendy.
Datuk Seri Rina Harun Turun Membantu
Sementara itu, Daruk Seri Rina Harun juga berharap DBKL dapat mempermudahkan proses permohonan rumah yang diidamkan Fendy.
Ketika menyantuni Fendy, beliau turut menyerahkan bantuan Bakul Makanan, pek Ready to Eat selain menyerahkan sumbangan tunai oleh Yayasan Kebajikan Negara dan Tabung Bantuan Segera (TBS) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
“Insya-Allah saya harap urusannya untuk mendapatkan rumah PPR atau mampu milik dapat disegerakan pihak DBKL. Malah saya juga ada menghubungi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah untuk membantu Fendy dalam mendapatkan dana membuat Hiburan Dari Rumah.
“Malah Fendy turut menerima elaun RM500 untuk tiga bulan. Elaun itu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diberikan kepada golongan OKU yang telah kehilangan pekerjaaan, ketiadaan kerja, dibayar separuh gaji atau diarahkan bercuti tanpa dibayar gaji,” ungkap Rina.

Baca Disini Juga:
Pernah Berjanji Sehidup Semati, Selepas DiJangkiti Covid-19, Allah Jemput Ibu Ayah Selang 24Jam
Rebecca Terlalu Sedih Bila Suami, 6 Anak Positif Covid-19 “Tolong Doakan Kami Sekeluarga”
JOM SERTAI GRUP TEL
EGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI