Anak yang ada dua pusar di kepala selalu sangat dikaitkan dengan sikap nakal, keras kepala dan tak dengar cakap. “Ooo.. Patutlah dua pusar!” Bila dengar ada adik-beradik atau saudara mara jenis yang mulut laser kata macam itu dekat anak kita, mulalah hati mudah terasa.
Sedihnya, bukan kita yang tentukan pusar anak satu atau dua. Itukan anugerah Allah untuk ibu yang bertuah. Sebab itulah, tak boleh nak hakimi kenakalan anak-anak berdasarkan fizikal mereka, dua pusarlah, lesung pipitlah, kening bertangkuplah.. Rahsia kejadian itu semua di tangan Yang Maha Menciptakan.
Orang tua-tua memang banyak pengalaman, mereka lebih lama makan asam garam kehidupan. Melalui pengalaman itu timbullah petua-petua untuk panduan dalam kehidupan seharian. Meskipun zaman berubah, petua lama masih utuh dipercayai dan diamalkan.
Tidak setakat petua. Orang lama juga kaya dengan pengalaman hasil pemerhatian. Maka selalulah kita dengar orang menyebut istilah ‘kata orang-orang tua’.
Namun, tidak semua boleh dipercayai. Ada yang terbukti mitos semata-mata. Sebagai umat Islam kita harus memeriksa kesahihah fakta, dan mengetahui hukum agama sebelum menerima bulat-bulat sesuatu kepercayaan atau amalan.
Sering kita mendengar orang berkata anak dua pusar kepala sebagai nakal dan lasak. Entah di mana logiknya, tetapi itulah yang kerap dimomokkan orang.
Apabila ternampak kepala anakku berpusar dua, orang tua-tua terus mengingatkan supaya bersiap sedia dengan karenah anakku itu. Ada yang menyebutnya membesar banyak akal, ada yang melabelnya budak lasak tidak kurang juga yang berani melabelnya budak nakal.
Sebagai ibu baru, hati tentu tersentuh apatah lagi anak masih merah. Tetapi aku selalu memujuk hati mengambil yang positif saja. Dan membiarkan kata-kata orang berlalu seperti angin.
Apabila anakku semakin membesar, aku sedari karakter dirinya yang ekstrovert dan aktif. Dia mudah mengekspresikan emosinya. Dia suka menyanyi dan mempunyai keyakinan diri yang baik untuk kanak-kanak seusia empat tahun.
Tetapi memanglah adat kanak-kanak yang banyak ragamnya, anakku juga tidak terkecuali. Kadangkala dia menghiburkan tapi ada masanya ragamnya juga menyebabkan kami naik marah.
Satu hal yang tidak aku persetujui ialah meletakkan kesalahan kepadanya mengikut tanggapan ciri fizikal dua pusarnya itu.
Ads
Apabila dia berbuat silap kita segera memarahinya. Jika terlibat dalam perbalahan anak-anak, cepat saja kita menuding jari kepada si dua pusar tadi. Terkadang tidak sempat dia membela diri, dan belumpun kita selidik duduk letak perkara sebenar. Kita pantas menjustifikasikan situasi dan meletaknya sebagai pesalah.
Aku melihat perkembangan ini sebagai tidak sihat untuk pembinaannya sebagai individu yang bersahsiah mulia. Adakah berkepala dua pusar semestinya nakal? Wallahualam.
Pernahkah kita terfikir dua pusar di kepala ini ciri fizikal, sama juga seperti lesung pipit dan tahi lalat?
Menilik Rahsia Tahi Lalat
Apakah amalan menilik rahsia tahi lalat tidak sama dengan menilik rahsia ciri fizikal tubuh badan yang lainnya. Kening bertangkup, begini. Mata ke dalam begitu?
Adalah amalan ini tidak sama dengan memukul rata peribadi individu melalui zahirnya saja? Lebih sedih jika kita mengaitkan dengan mitos tahayul yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Ads
Tanggapan sebegini menanamkan stigma di dalam kepala individu di sekeliling anak tadi. Ibubapa misalnya terdorong memberi layanan tegas dan keras kepada anak ini semata-mata tidak mahunya menjadi nakal. ‘
Setiap langkah karenah anak sentiasa dibayangi dia dua pusar, maka akalnya banyak. ‘Dia dua pusar, maka dia lasak’. Ibu bapa secara tidak langsung telah meletakkan label kepada anaknya. Adakah adil memandang sikap indvidu berdasarkan ciri fizikalnya? Nah, tidakkah ia juga terpakai dalam situasi ini?
Anak Dua Pusarku Sama Saja Seperti Anak Lain
Ada waktunya apabila timbul rasa marah terhadap si anak, aku mengingat diri, dia sama saja seperti anak lain. Akhlak dan adabnya dibentuk oleh aku dan suami. Sikap dan pembawaan karakternya terbentuk oleh persekitarannya membesar.
Generalisasi dan kata orang tua-tua tidak membantu perkembangan anak-anak. Sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita mendidiknya menjadi anak yang baik seperti diidamkan oleh semua.
Semoga kita diberikan kesabaran melayani dan mengasuh anak-anak.
Sumber/ Foto : Blog Aminah Hafizah, cerpen.co.id
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, melihat anak dicucuk setiap hari untuk mengetahui paras jaundis membuatkan hati mak, ayah susah hati. Maklumlah anak masih kecil dan belum mengerti apa-apa dicucuk berkali.
Tetapi ianya bukan alasan untuk mak ayah berikhtiar dengan cara melampaui batas. Mak ayah jangan amalkan petua pelik iya, semata-mata nak cepat turunkan jaundis bayi.
Ikuti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari ini dan ketahui apakah punca sebenar jaundis kerap berlaku pada bayi baru lahir.
Mak Ayah Jangan Amalkan Petua Pelik
Ya Allah. Ramai lagi rupanya yang duduk amalkan petua pelik-pelik ini. Sudah tahun 2021 pun masih ada yang sanggup biar bayi kena rendam dalam air cincau semata-mata nak cepat turunkan paras kuning (jaundice).
Bangga pulak itu. Siap diviralkan. Jangan macam itu mak-mak semua. Boleh hendak berikhtiar tapi janganlah sampai kita main guna saja kaedah yang mengarut. Salah tu.
Okay macam ini. Bayi kekuningan ni memang kerap terjadi sebab kebanyakannya adalah fisiologi biasa (physiological jaundice) untuk bayi.
Dalam badan manusia, Tuhan sudah tetapkan bila sel darah merah tamat tempoh, ia akan terurai dan sebahagiannya membentuk bilirubin.
Bilirubin ini akan diproses di hati sebelum dibuang keluar dari badan melalui najis dan air kencing.
Apa yang berlaku pada bayi yang baru lahir, organ hati dia itu baru nak warming up. Sudah boleh function, tapi slow saja lagi.
Itu yang kadang-kadang sebahagian bilirubin masih belum diproses dan berkumpul terlalu banyak dalam darah. Akhirnya timbul di kulit hingga nampak kuning.
Memang ada kajian menunjukkan, seramai 50 peratus bayi matang dan 80 peratus bayi pramatang boleh dapat kuning jaundice ini.
Penting Pantauan Melalui Ujian Darah
Tapi tak bermakna, semuanya perlukan rawatan. Kebanyakannya akan reda balik dalam masa 2 minggu. Yang penting ialah pantauan melalui ujian darah supaya rawatan yang tepat dapat diberikan segera bila perlu.
Dalam masa sama, tugas kita mak ayah pastikan si comel tu kerap disusukan supaya bayi akan lebih kerap kencing dan berak.
Gagal menyusukan bayi secukupnya hanya akan buatkan tubuh dia terdehidrasi dan paras jaundice semakin menaik.
Jangan Biarkan Level Bilirubin Tinggi
Paling menakutkan kalau tak dipantau. Kita mungkin tak sedar yang level bilirubin sudah jadi sangat tinggi hingga akhirnya menyerang otak (kernicterus). Tak pasal-pasal budak itu sawan dan cacat otak kekal.
Tolong #share info ni dengan kawan-kawan kita yang lain ye. Bila si comel tu mengalami kekuningan, paling penting ialah pastikan dia dipantau dan diberikan susu secukupnya.
Bukan ajar petua yang mengarut dan buatkan mak mak semua jadi makin stres.
MW: Buat mak-mak yang baru melahirkan bayi dan anak terkena jaundis, kerapkan menyusu bayi. Berpada-padalah nak berikhtiar sekalipun, bimbang keadaan bertambah buruk dan memudaratkan kesihatan bayi.
Anak tantrum jangan disuruh diam, mak ayah yang kena kunci mulut dulu dan dengar apa masalah anak. Kadang-kadang tindakan mereka yang amat menguji itu hanyalah semata-mata kerana inginkan perhatian mak, ayah.
Kebiasaannya bila anak-anak mulai tantrum atau buat perangai, mak ayah akan suruh anak-anak diam dan mengugut agar mereka sikap buruk mereka.
Rupanya ini bukan cara terbaik untuk menghentikan perbuatan mereka. Malah jika mak ayah memaksa mereka untuk diam, anak-anak akan bertambah agresif.
Anak Tantrum Jangan DiSuruh Diam
Ketika anak tantrum, jangan suruh dia diam!
Emosi tengah bergelora, kita sepatutnya bantu anak untuk tenangkan gelora emosi dia bukan suruh dia diam.
Suruh diam ketika tantrum adalah tindakan yang paling tak selamat sekali.
Ini akan membuat otak reptilia anak jadi ganas!
Ha, bila otak reptilia anak dah jadi ganas gejala tantrum yang patut boleh hilang pada usia 4 tahun boleh berlarutan sampai la 40 tahun.
Parah juga bila dibiarkan.
Mak Ayah Yang Kena Kunci Mulut Dulu
Sebab itulah sampai sekarang masih ada lagi orang tua-tua yang tak matang emosinya. Tak boleh ditegur langsung. Mesti,
– sentap
– mencuka
– marah
– bengkeng
– mengamuk
– tak boleh terima
– merajuk
– maki hamun
Dan macam-macam lagilah tanda emosi tak matang ni. Badan tua tapi emosi keanak-anakan.
Kalau nak tahu, otak reptilia ini antara fungsi dia adalah untuk mengawal 3F ( fight, flight, freeze) respon.
Otak Reptilia Anak
Bila otak reptilia jadi ganas, maka gejala 3F ni pun sama jadi ganas.
Itu la punca makin lemahnya Sistem Pengendalian Emosi badan kita. ( emotional handling system )
Anak tantrum jangan suruh diam, tapi kita kena banyak diam dan dengari isi hati anak.
Antara punca biasa anak tantrum ialah kerana dia rasa kurang perhatian, gelisah, marah dan ada unmet needs seperti tidur tak cukup, lapar atau sakit.
Penting, didikan emosi manusia yang matang bermula sejak dari anak kecil lagi.
Cara tambah duit laki bini ini boleh diteruskan kalau anda memang berniat dari awal nak merasa dapatkan sesuatu atau bercuti tanpa berhutang.
Jangan terkejut, ada di kalangan kita sanggup ikat perut demi memastikan bajet bulanan berjaya. Banyak keluhan diluahkan yang mana majoritinya datang dari para isteri. Hendak menyimpan pun susah, apatah lagi berbelanja untuk diri sendiri.
Apa kata anda ikut tip ini…
1. Nak selamat, senaraikan keperluan keluarga dalam tempoh sebulan seperti bajet untuk barang dapur, bil, ansuran kereta dan sebagainya.
2. Kena disiplinkan diri dan bijak membezakan antara keperluan atau kehendak.
3. Isikan masa terluang dengan menjalankan perniagaan mudah di dalam talian seperti pakaian, makanan dan lain-lain.
4. Semai tabiat menabung walaupun RM5 sehari. Ingat, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
5. Cuba gunakan kaedah wang sampul. Asingkan wang gaji mengikut keperluan. Anda hanya ‘dibenarkan’ mengambil wang yang tertulis ‘perbelanjaan harian’ sahaja.
6. Bawalah bekal ke tempat kerja sebagai amalan. Sedar atau tidak anda sebenarnya menjimatkan paling tidak RM10 untuk makan tengah hari.
Teknik Simpan Duit Ganjil
Suami isteri boleh mula menyimpan duit kertas yang jarang kita jumpa.
Contohnya, duit kertas RM 5 dan RM 20.
Apabila anda dapat sahaja duit kertas ini, asingkan dan terus masukkan ke dalam tabung. Kumpul untuk satu tempoh tertentu dalam 3 bulan, 6 bulan atau setahun.
Kemudian, cuba kira jumlah yang dikumpul, pasti senyuman terukir melihat jumlah yang banyak. Teknik ini mungkin tidak sesuai untuk dijadikan simpanan tetap bulanan, kerana jumlahnya mungkin berubah-ubah.
Teknik ini lebih kepada mewujudkan keseronokan dalam menyimpan. Malah lebih seronok jika duit ganjil ini dikumpul bersama-sama pasangan dan anak-anak.
Duit yang dikumpul nanti boleh disimpan dalam akaun simpanan khas, atau dibelanjakan untuk barang-barang idaman. Boleh juga diguna untuk sesi percutian keluarga.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.