Anak Diuji Tumor Otak, Bapa Berkhemah Di Parkir Hospital Kerana Ingin Selalu Dekat

Share

Anak diuji tumor otak, bapa berkhemah di parkir hospital kerana ingin selalu dekat. Pengorbanan seorang bapa yang kasihkan anak dan isteri. Sanggup melakukan apa saja walau tidurnya tidak selesa.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’. Itu perumpamaan tepat buat Adi Saifullizam Abdul Sani, 40, apabila sanggup tidur dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini bagi menemani anak bongsunya yang dirawat di hospital itu.

Anaknya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sehingga kini dirawat di hospital berkenaan sejak menjalani pembedahan bagi pengambilan sampel sel serta memasukkan tiub sekitar tengah malam Sabtu lalu, selepas disahkan menghidap tumor otak sehari sebelumnya.

Afeef dikesaan mengidap tumor otak dan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)
Kasih tiada galang gantinya buat anak mereka yang diuji. Bapa ini memilih berkhemah dalam kereta bagi dekat dengan anak dan isterinya.

Video kereta Proton Satria milik bapa itu yang dipasang dengan khemah sambungan belakang kereta dan diletakkan di ruangan parkir HRPB, tular di media sosial hari ini.

Bapa kepada tiga anak masing-masing berusia 15, 12, dan 8 tahun itu yang mesra disapa ‘Adi’ berkata, Muhammad Afeef kini stabil selepas pembedahan itu namun masih perlu dirawat dan dipantau di Wad Pediatrik HRPB dengan ditemani isterinya, Aminah Othman.

Katanya, keputusan bermalam di ruangan parkir hospital itu diambil kerana ingin sentiasa dekat menemani anak serta isterinya, selain beberapa kekangan lain termasuk kewangan serta kesukaran untuk mencari lot parkir sekiranya dipanggil doktor.

Beginilah situasi dilalui oleh Adi Saifullizam yang berkhemah di parkir kerana mudah jika dipanggil doktor selain masalah kewangan dan parkir terhad

“Isteri menemani anak di wad dan saya ‘menetap’ dalam kereta sebab tidak mahu berjauhan dengan mereka.

“Keputusan bermalam dalam kereta ini diputuskan bersama isteri selepas mengambil kira tahap kemampuan kewangan kami termasuk untuk berulang-alik dari rumah inap dan sebagainya,” katanya dihubungi NSTP hari ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- Kongsi Ibu Ini, Ada Sebabnya, “Biar Anak Sakit Jangan Mak Yang Sakit”

Anak Sakit Buah Pinggang, Usia Lima Tahun Dah Dialisis Air 10 Jam Semalam

Tamparan Hebat Kehilangan Suami & 7 Anak, Wanita Reda Takdir Satu Keluarga Hidap KANSER!

Bersifat Anti-Kanser, Kakak Ipar Orang Korea Amal Tanak Nasi Dengan BARLI

Bekerja sebagai operator sebuah kilang di Bidor dan menetap di Trolak manakala Aminah hanya suri rumah sepenuh masa Adi berkata, dia juga mengambil cuti tanpa gaji selama seminggu hingga Sabtu ini untuk bersama-sama isteri memantau anaknya.

Katanya, dua lagi anaknya iaitu anak sulung dan anak kedua kini dijaga sementara oleh saudara terdekat.

“Tidur dalam kereta bukanlah lena mana sekadar baring untuk meregang badan dan hilangkan letih.

“Yang penting saya dapat segera sampai jika ada sebarang keputusan atau permintaan doktor yang memerlukan untuk saya sampai ke atas (wad).

“Memang ada kawan sekitar Ipoh yang menawarkan saya duduk sementara di rumah sewa mereka tetapi lokasinya di Tambun dan Pengkalan Station 18 yang mungkin mengambil masa lebih setengah jam untuk saya sampai ke hospital, tidak termasuk untuk mencari parkir,” katanya.

Adi berkata, Muhammad Afeef pada mulanya didiagnos dengan masalah bengkak pada saluran antara bahagian mata dan tulang belakang di Hospital Slim River sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan).

“Afeef menjalani CT Scan di HTI pada petang Jumaat dan keputusannya diperoleh malam sama, dan malam itu juga saya, isteri, dan Afeef dirujuk pula ke HRPB bagi pembedahan mengambil sampel sel dan memasukkan tiub.

“Saya bermalam dalam kereta di HRPB sejak Jumaat lalu pada malam pembedahan dilakukan. Kini keadaannya stabil, makin baik, dan sehingga sekarang tidak menunjukkan kesan akibat pembedahan.

“Pemantauan masih diteruskan termasuk bagi menunggu keputusan ujian makmal yang akan menentukan jenis tumor dihidapi anak sebelum doktor memutuskan rawatan susulan yang bersesuaian,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adi Saifullizam di talian 013-7922812.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros