Hati seorang ibu sangat tersentuh apabila anak kesayangan menjadi mangsa buli di sekolah. Air mata Ani Mayuni mengalir semasa berkongsi kisah anaknya.
Mana tidak sedih bila melihat anak menangis, dia juga turut teresak-esak ketika Elizad dan Raden mengajukan soalan bagaimana situasi anaknya ketika berada dalam dilema sebagai mangsa buli.
“Bila anak mengadu sakit pinggang, saya terus ke hospital swasta dan doktor nasihatkan agar saya ke HKL dan kemudian buat laporan polis. Masa buat laporan pun saya suruh adik yang report sebab tak nak kes ni jadi viral memandangkan jika nama saya yang buat report saya bimbang kes jadi viral. Selepas dua minggu kejadian dan telah berjumpa dengan pihak sekolah tetapi tidak ada tindakan yang diambil kepada pelaku. Anak pula pelajaran makin merosot dan bila balik sekolah dia kelihatan seperti tidak ceria…” luah Ani Mayuni.
Kepada anda yang nak mendengar selanjutnya sambungan luahan hati Ani Mayuni bolehlah saksikan siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow yang mengulas tentang isu ‘buli’.
Selain Ani Mayuni panel pakar juga tidak ketinggalan memberi tips agar mak ayah tahu bagaimana mahu berhadapan dengan kes buli anak-anak dan kesannya kepada fizikal dan mental mereka.
Sekejap lagi, tepat jam 5 petang kami akan ulang siar MW Talkshow di saluran 105 Astro Prima & 121 Prima HD.