Anak Delimati Meninggal Dunia. Salam takziah kami di Mingguan Wanita ucapkan buat pelakon senior Delimawati Ismail atas kehilangan anak tercinta. Anaknya Arwah Sarah Jaafar, 43, meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang semalam.
Sememangnya hiba hati seorang ibu apatah lagi dalam tempoh kira-kira setahun lalu, pelakon yang popular dengan watak Hantu Kak itu berdepan ujian berat apabila kehilangan dua anaknya.
Delimawati yang kini sedang mengerjakan umrah di Mekah reda atas pemergian anak perempuannya. Terdahulu, pada 30 April 2022, anak lelakinya, Zulfazli Jaafar meninggal dunia di Hospital Banting, Selangor.
Anak Delimati Meninggal Dunia
Sedih dengan kehilangan orang tersayang, Delimawati menyatakan dirinya reda apabila mendapat berita tersebut dan mendoakan roh anaknya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Selamat jalan anakku sayang. Kamu hantar ibu ke rumah Allah. Selepas lima hari kami di sini, kamu tinggalkan ibu buat selamanya. Betapa pilunya hati ibu mendapat berita Sarah dah tak ada Iagi
“Ibu kena reda dan kuatkan semangat ibu. Tak apalah anakku. Ibu doakan semoga Allah ampunkan dosa-dosamu dan digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“Insya-Allah selagi ada hayat ibu, doa ibu tidak akan putus untuk Ara. Tunggu ibu di sana,” luahnya yang turut memberitahu kali terakhir Sarah meraikan hari jadinya ketika di lapangan terbang sebelum ini.
“Semoga Syurga Tempatmu Sarah” Rakan Arwah Sarah
Menerusi perkongsian di laman sosial juga, rakan arwah Sarah Ismi Ghazali turut berkongsi kesedihan di atas pemergian rakannya.
Ads
“Jam 1.30ptg 15.5.2023.
“Mendapat perkhabaran duka perginya sahabat sekolah rendah ke negeri abadi.
“Kali terakhir berjumpa pada bulan ramadan tempohari. Sanggup datang dari Kuala Kangsar ke Ipoh singgah stall membeli kuih Limas.
“Tak sempat bersembang lama ketika itu kerana ramai pelanggan yang datang. Hanya Senyuman tak pernah lekang dari wajahmu sahabat.
Ads
“Kami selalu support each other. Melihat perkembangan perniagaan bermula dari bawah yang tak punya apa-apa sehinggalah berkembang dan maju. QM Suites Homestay Meru Ipoh Perak juga pernah mendapat perkhidmatan pendawaian & aircond dari perkhidmatan syarikat Sarah & Udin. Sangat mudah berurusan denganmu sahabat.
“Terima kasih menjadi sahabat yang baik Sarah Jaafar . Segala urusanmu Allah permudahkan. Wajahmu tersenyum dengan tenang. Semoga syurga tempatmu Sarah.
“Salam takziah buat Din Kuala Aircond, anak-anak & acik Dalima Wati. Semoga reda dan tabah atas pemergian insan tersayang,” kongsi Ismi.
Dikurniakan peluang hamil pada usia 42 dianggap sebagai rezeki tak terduga oleh bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim.
Berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini berbadan dua, Azrinaz berasa sangat bersyukur diberi kesempatan miliki seorang lagi zuriat.
Azrinaz Bersyukur Diberi Peluang Hamil Sekali Lagi
Tambah Azrinaz, dia sama sekali tidak menyangka akan dikurniakan seorang lagi cahaya mata selepas melahirkan anak ketiga, Areesya Malaykha pada 15 September 2019.
Menerusi perkahwinan kedua bersama Fairos, Azrinaz dan suami dikurniakan Areesya yang kini berusia 17 bulan.
Azrinaz dan Fairos Khan Abdul Hamid mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2018.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Azrinaz mengakui kandungannya kini sudah memasuki usia 7 bulan atau 30 minggu dan dia bersyukur.
“Ini Bukan Throwback”
“Ini bukan throwback, Apa yang ada lihat sedang berlaku sekarang. Merah jambu atau biru, apa yang harus dipuja, ini adalah anak keempat saya.
“Alhamdulillah syukur. ALLAH merahmati saya dan suami dengan memberi kesempatan untuk memiliki seorang lagi zuriat pada usia begini,” tulisnya menerusi Instagram miliknya.
Untuk rekod, sebelum ini, Azrinaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan dikurniakan dua cahaya mata, Pengirah Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah 13 tahun.
Apa Yang Perlu Ibu Lakukan Sekiranya Hamil Lewat Usia
Trend hamil pada lewat usia kian menunjukkan angka peningkatan setiap tahun di negara-negara maju terutamanya di negara-negara di Eropah Barat, Australia, New Zealand, Kanada dan di Amerika Syarikat. Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan sebanyak 165% dari tahun 2000 hingga tahun 2013 bagi kelahiran dari para ibu yang berusia 50 hingga 54 tahun! Malaysia juga tidak ketinggalan walaupun jumlah wanita hamil pada lewat usia adalah sangat kurang berbanding negara-negara tersebut.
Ikuti tip hamil lewat usia bersama Dr. Maiza Tusimin, Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi, UPM, juga merupakan Pakar Kesuburan.
10 Tip Buat Ibu Hamil Lewat Usia
Amalan cara hidup sihat dan pemakanan seimbang sebelum, ketika kehamilan dan selepas melahirkan
Mencapai berat badan ideal sebelum kehamilan
Menghadiri Klinik Pra-kehamilan untuk menganalisis risiko dan mengoptimum masalah perubatan ibu
Mengambil folik asid 5mg sehari 3 bulan sebelum hamil; Ibu jangan culas demi anak!
Melakukan pemeriksaan antenatal seawal usia kandungan
Menjalani ujian saringan untuk mengesan masalah bayi sindromik (imbasan Nuchal Translucency; ujian darah hCG, PAPP-A, Tripple test; detail scan, NIPT)
Menjalani pemeriksaan antenatal di hospital atau klinik pakar perbidanan secara berkala dan pemantauan ketat
Melakukan ujian minum air gula (MGTT) untuk mengesan kencing manis ketika hamil
Berbincang dengan doktor pakar mengenai perancangan masa dan kaedah kelahiran bayi
Pilih hospital yang lengkap dengan fasiliti dewan bersalin, dewan bedah, tabung darah dan penjagaan neonatal untuk memastikan keberhasilan kandungan yang optimum untuk ibu dan bayi.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
Usahawan, Syifa Melvin akhirnya buka mulut berkongsi cerita sebenar tentang dirinya yang dikaitkan dengan prestasi merudum pemain bola sepak skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.
Akuinya, sejak kisah tentang dirinya tular, dia tidak mahu ambil peduli tentangnya. Namun, ramai pula yang mengecam tanpa tahu hakikat sebenar yang dia sedang lalui.
Tulisnya di instagram miliknya,
“I didnt open my mouth since benda ni tular.. and i tak tau macam mana dorang press ni dapat cerita? Since ramai yang menghentam.. let me spill the tea.
I’ve been working my ass off cari duit sendiri tidur tak cukup apatah lagi rehat tak cukup just for the sake of nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri, tak pernah sekali mintak duit “Dia” untuk sara hidup… Dia pun kenal Syifa macam mana.
Part Paksa kahwin, Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, Cuma dia sahaja tahu.
Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal, Sekali pun Syifa tak pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.. Tak tau pulak boleh jadi besar macam ni.. Terima kasih kepada yang komen maki, hina atau puji.. Syifa doakan korang jangan melatah dengan apa yang korang baca, yang mengalami dan rasai hanya kami berdua.. Semoga semua dalam lindungan Allah swt.
Sebelum ini tular di instagram Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menegur sikap bintang sensasi bola sepak JDT itu yang dikatakan sedang hangat bercinta sehingga hilang fokus. Dan berdepan tekanan apbila didesak untuk berkahwin daripada kekasihnya yang juga seorang pelakon, Syifa Melvin.
MW :Doakan yang baik-baik untuk mereka. Semoga dapat diatasi kekeliruan ini dengan sebaiknya.
Baru-baru ini, ter dapat aplikasi terkenal antarabangsa dengan jumlah hampir 100 juta pengguna, Muslim Pro dikatakan telah menjual data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat.Berita tersebut sungguh mengejutkan dan menimbulkan perasaan marah, kecewa dan kesal buat umat Islam.
Rata-rata ramai yang telah memadam aplikasi tersebut dari telefon masing-masing, walaupun aplikasi tersebut sangat bermanfaat terutama dari segi memberi peringatan waktu solat, penunjuk arah kiblat dari Kota Makkah, menyediakan bacaan al-Quran secara dalam talian dan audio bacaan bagi memudahkan pengguna.
Aplikasi Islamik ‘The Noor’
Terkesan dengan situasi tersebut dan bertanggungjawab pada ummah, inisiatif Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa bakal melancarkan sebuah aplikasi Islamik yang dikenali sebagai The Noor tidak lama lagi.
Neelofa, 31, berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagramnya hari ini dengan memberi gambaran awal berkenaan aplikasi berkenaan.
“My New baby! Mudahkanlah ya ALLAH. Moga ramai yang akan dapat manfaat darinya,”ujar Neelofa menerusi Instastories.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di @thenoor.app, kandungan aplikasi tersebut berkaitan gaya hidup Muslim.Aplikasi tersebut disediakan dengan lima pilihan bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Cina dan Indonesia.
Bagaimanapun, buat masa ini belum ada maklumat terperinci berkenaan kandungan yang bakal dimuatkan dalam aplikasi tersebut.
Perkongsian Neelofa itu mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya mengharapkan agar aplikasi tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua.
Tidak kurang juga yang menganggap ia bakal menjadi pengganti atau alternatif kepada aplikasi Muslim Pro yang baru-baru ini berdepan kontroversi apabila dikatakan telah menjual data pengguna kepada pihak ketiga.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...