Anak Dapat 5 G Masa Trial Hingga Ibu Rasa “Useless Mother”, Rupanya Bangkit Score A+ Masa SPM

Share

Gagal 5 subjek masa trial  hingga ibu rasa “useless mother”, rupanya bangkit score A+ masa SPM. Semalam keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) telah diumumkan. Ramai ibu bapa berkongsi kisah kejayaan anak-anak khususnya mereka yang mendapat straight A dan berasa bahagia dengan kejayaan diraih anak.

Namun setiap orang mempunyai ceritanya yang tersendiri dalam merai kejayaan anak dalam SPM. Ini kerana sekeping sijil yang diterima semalam adalah usaha keras anak namun ia bukan penentu penuh kejayaan sepenuhnya kerana masa hadapan masih panjang.

Anak Dapat 5 G Masa Trial Hingga Ibu Rasa “Useless Mother”

Satu perkongsian dari seorang ibu yang hebat boleh kita sama-sama jadikan panduan. Ini kerana ibu ini pernah bertanya dalam dirinya adakah dia seorang “am I useless mother” kerana anaknya yang bersekolah di Sekolah Tinggi As Sofa gagal dalam lima subjek yang mana tertera G di keputusannya.

Namun ternyata, si anak bangkit dan membuktikan bahawa “kesilapan” tak harus terjadi dalam kehidupannya. Dari 5 G, langsung tiada A, dalam keputusan SPM semalam anaknya buktikan ada 2 A termasuk A+ serta keputusan lain yang sangat memberangsangkan.

Ya ibu-ibu, anak boleh berjaya dengan caranya sendiri.

Baca catatan dikongsi oleh ShantyNur Mamalsyqi di facebooknya.

Sekali Rebah, Bangkitlah Menujah Langit!

Akhirnya, debaran yang memuncak berakhir tadi.

Sejujurnya, aku rasa tak nak bangun dari katil untuk ambil result SPM anak sulung sendiri.

Sebab? Macam-macam….

First bila aku tengok result percubaan SPM, semua failed kecuali BM. Masa tu aku terus terpikir “am I a useless mother? Apa lagi aku kena buat? Kat mana salah aku? Kenapa dia fail??

Result masa trial SPM dan keputusan sebenar semalam dicapai anaknya. Ada 2 A hingga terbaik dalam perakaunan

Hey, mulut boleh cakap “gagal SPM bukan bermakna hidup akan gagal” but untuk mak yang cuba sedaya upaya nak besarkan anak dengan pendidikan terbaik, that’s statement absolutely wrong! Aku tak nak anak aku gagal wey (emoji nangis).

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- 3 Subjek Dapat G Termasuk Sejarah, Bapa Tak Malu Malah Bangga Kongsi Pencapaian Anak Dalam SPM

“Sepatutnya Abah Yang Teman Ke Pentas..” Ayah Meninggal 15 Jam Sebelum Keputusan SPM Diumumkan

Gagal Ketika Percubaan, SPM Lulus Cemerlang. ‘Pelajar Terharu Dapat Anugerah Cemerlang Daripada Tun M.’

Tengah-tengah malam ketika semua dah tidur, mak ni yang menangis senyap-senyap terkenang result tu. Aku ni pernah jadi ibu tunggal, susah peritnya nak besar anak 2 orang masa tu. Kalau SPM yang aku harapkan dapat ubah nasib diri sendiri ni pun tak serius, aku tak tahu nak letak kat mana dah muka ni.

Tapi kata-kata tu hanya monolog diri. Dengan dia, tak terluah. Cuma satu ayat je aku mampu cakap “Sayang, peluang dah bagi untuk masa depan sendiri tapi awak persiakan” lain-lain tak terluah.

Rupanya Bangkit Score A + Masa SPM

But pagi tadi, entah dari mana datangnya semangat aku terus siap and tell to myself “whatever result dia hari ni takpe, as a mom aku akan hadap. I will take full responsibility.”

Perjalanan anak aku masih jauh, kalau mak mengalah, bagaimana anak berjuang???

And on the way ke Rembau, dalam kereta dia bagatau online result. Aku & Izz Isyqi was freezing sekejap. Jadi batu! keras sebab terkejut!

A – for Accounting & Bahasa Melayu!

Subjek Ekonomi, paper Syariah, Al Quran & Teras semua kredit.

Tergelincir tang Add Math & Arabic tapi tak pelah. Faham, bukan mudah untuk 2 subjek ni bagi dia.

Anak buktikan berjaya dari kegagalan lalu.

Paling best En Mantan call, “Betul ke result dia tu? Bukan trial exam dia fail semua??”

And proudly aku bagitau “Ilhan is one the best accounting student for SPM!”

Kuddos my Ilhan Isyqi . Thanks for made me proud. Gagal sekali terus bangkit!!! That’s my boy!!!!

Syukur, Alhamdulillah…

And thanks to doa kalian too!,

Kak Sya
Emak beranak 6

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Kalau penat tolaklah permintaan peminat dengan beradab” Datuk Seri Siti Nurhaliza

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros