Anak-anak yang semakin membesar sewajarnya dipisahkan tempat tidur dengan mak ayah. Bukan apa tempat tidur merupakan ruang privasi diantara suami isteri. Namun masih ramai mak ayah yang ambil tak endah kepentingan mengasingkan bilik dengan anak-anak ini. Mungkin atas pelbagai sebab seperti masih belum bersedia, tak sampai hati anak tidur seorang dan sebagainya.
Sebenarnya ada enam cara yang dapat membantu mak ayah memisahkan tempat tidur dengan anak-anak.
Jemput baca perkongsian Puan Nieza Termizi sebagai panduan;
“Haritu ada seorang ibu tanya kat group fb, “Perlu ke pisahkan tempat tidur parents dengan anak-anak? Anak saya dah besar masih takut tidur sorang-sorang”
“Lepas tu scroll baca komen. Ya Allah.. ramainya mak mak belum pisahkan tempat tidur antara ibu bapa dan anak walaupun anak dah masuk sekolah rendah. Bukan sebab tak cukup bilik tapi belum ready, susah, fed up, anak takut, dah terbiasa, tak jadi hal tidur sekali sebab bilik besar dan macam-macam lagi.”
“Ada lagi parah, mak dah cuba nak pisahkan tempat tidur tapi ayah pulak hati tisu tak sampai hati. Siap angkat anak tidur atas katil sekali. Anak berumur 4-5 tahun.”
Rupa-rupanya kesedaran kita untuk pisahkan tempat tidur dengan anak-anak masih rendah.
Risau sangat bila baca fakta yang didedahkan dan dikongsi di FB. Kanak-kanak tadika mula buat aksi seks dengan kawan sekelas. Bila ditanya puncanya, meniru aksi ibu bapa dalam bilik tidur.
Allahuakbar! Kita sangka mereka tidur, tapi sebenarnya memerhati. Please ibu bapa. Tolong la ada common sense.
Ramai parents yang masih tercari-cari cara nak pisahkan tempat tidur dengan anak. Saya nak share sedikit berdasarkan pembacaan dan pengalaman.
6 Langkah Pisahkan Tempat Tidur Anak
1. Kerjasama Mak Dan Ayah
Macam biasa, mak dan ayah kena ada persetujuan bersama sebab usaha ni apa yang penting? Yesss kerjasama! Janganlah ayah nak try, mak pula tak sampai hati. Halahaii..
2. Mulakan Dengan Tidur Di Bawah
Untuk bilik yang ada katil, mula-mula kita biasakan anak tidur di bawah. Bukan sama-sama dengan kita di atas katil. Bentang la toto ke, tilam ke dan mula latih mereka tidur. Yes, memang masih dalam bilik yang sama.
3. Hias Bilik Anak
Kanak-kanak ni biasanya excited bila ada bilik sendiri. Mungkin kita tak mampu nak deco bilik secantik bilik pameran IKEA. Memadailah kalau kita belikan katil kecil dengan tilam yang dibalut cadar superhero kegemaran mereka. Boleh tampal gambar dan hiasan bersesuaian di dinding.
Masukkan gambar comel mereka dalam frame. Susun baju dalam almari mereka sendiri, rak buku dan meja kecil. Di situlah mereka mula belajar untuk tidak masuk lagi bilik ibu bapa. Beraktiviti di bilik sendiri sampailah waktu tidur.
4. Bed Time Story
Teman mereka sebelum tidur dengan membaca buku kegemaran. Boleh juga ceritakan kisah nabi, kisah-kisah dalam Al-quran dan kisah pengajaran. Jadikan rutin setiap malam tanpa gagal. Jangan paksa mereka masuk bilik dan tidur sendiri!
5. Teman Mereka Tidur Kemudian…
Tutuplah lampu dan tidur bersama di bilik mereka. Tapi awas, tidur tidur ayam je. Bila anak dah mula lena, tinggalkan mereka dan kembali ke bilik anda. Keesokan harinya, kejut anak. Bila mereka sedar yang mereka tidur di bilik sendiri, lama kelamaan keyakinan diri mereka untuk tidur sendiri mula meningkat.
Ada juga kes, anak terjaga di tengah malam dan mula mengetuk pintu bilik kita. Jangan benarkan mereka tidur bersama. Again, kembali temani mereka di bilik mereka. Dan kembali semula ke bilik anda selepas mereka lena. Fuhhh..nampak macam complicated semacam kan. Itulah pengorbanan.
6. Didik Anak
Ini bab education. Untuk anak yang dah besar dan mula faham, terangkan mengapa kita sudah tidak boleh tidur bersama. Kaitkan dengan agama dan suruhan Allah. Bagi mereka peluang untuk belajar, berfikir dan menerima.
Sebenarnya, usaha ni jadi lebih mudah jika anak-anak dah ada kakak atau abang yang lebih besar. Share room dari kecil, mereka lebih mudah berpisah tempat tidur dengan kita. Jangan lupa juga pisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan yaa..
Good luck, guysss!
Baca Disini: “Bilik Tidur Ni Privasi Laki Bini, Anak Pun Tak Boleh Suka-suka Masuk!”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah semoga ikut tip yang dikongsikan ini agar anak-anak dapat dipisahkan tempat tidurnya.Lebih banyak kebaikannya apabila dapat asingkan tempat tidur dengan anak-anak lebih awal lagi.
Sumber: Nieza Termizi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pusat tahfiz kini menjadi pilihan ibu bapa yang mahukan anak mereka menguasai ilmu akhirat. Jika dilihat, pusat tahfiz kini semakin pesat tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Ada pusat tahfiz persendirian malah ada juga pusat tahfiz yang didirikan oleh kerajaan.
Walau bagaimana pun, dalam keghairahan ibu bapa menghantar anak-anak ke pusat tahfiz, beberapa perkara penting perlu diambil kira supaya anak-anak kita benar-benar berada di pusat tahfiz yang betul.
5 Point Wajib Mak Ayah Ambil Tahu
1. Pastikan Pusat Tahfiz Itu Berdaftar Dengan Jabatan Agama Islam Negeri
Ibu bapa boleh menyemak dengan Jabatan Agama Islam Negeri mengenai status pendaftaran pusat tahfiz tersebut. Pendaftaran ini sangat perlu supaya anak-anak kita diajar dengan ilmu dan silibus yang betul. Risau juga mereka diajar dengan ilmu yang salah.
Selain daripada itu, memilih pusat tahfiz berdaftar adalah untuk mengelakkan anak-anak kita dieksploitasi oleh pengusaha tahfiz yang tidak bertanggung jawab. Mahukah anda melihat anak-anak anda dikerah mengutip derma untuk pusat tahfiz mereka? Jadi, pilihlah dengan bijak.
2. Lihat Silibus Pusat Tahfiz Tersebut
Selain daripada ilmu akhirat, ilmu duniawi juga perlu dipelajari oleh anak-anak kita. Walaupun ada sesetengah pusat tahfiz tidak mengambil peperiksaan awam seperti PT3 dan SPM, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mempelajari ilmu akademik. Walaupun bukan untuk peperiksaan, sekurang-kurangnya untuk kegunaan mereka sendiri.
3. Lihat Rekod Alumni Pusat Tahfiz
Saya melihat, kejayaan pusat tahfiz bergantung kepada alumni mereka.
- Berapa orang yang berjaya menghafal 30 juzuk?
- Ke mana halu tuju pendidikan dan kerjaya alumni selepas menematkan pengajian di pusat tesebut?
- Apakah khidmat alumni diperlukan semasa solat tarawikh pada bulan Ramadan?
- Perkara-perkara tersebut perlu diambil peduli kerana, jika pusat tahfiz itu tidak berjaya melahirkan walaupun seorang pelajar yang hafal 30 juzuk al-Quran, maka eloklah ibu-bapa mencari pusat lain.
4. Perhatikan Juga Fasiliti Yang Disediakan
Anak-anak perlukan suasana kondusif untuk belajar. Kondusif di sini bukanlah bermaksud perlukan tilam empuk beserta pendingin hawa tetapi cukuplah sekadar mendapat kemudahan asas seperti air, elektrik dan perlatan belajar yang sempurna seperti kerusi dan meja.
Di kawasan tempat tinggal saya dahulu ada sebuah pusat tahfiz yang beroperasi di sebuah banglo. Dengan keadaan yang tidak terurus dan kotor, pernah satu ketika pelajar-pelajar tahfiz tersebut dijangkiti penyakit kulit berjangkit. Kesudahannya ramai pelajar yang terpaksa pulang untuk mendapatkan rawatan.
Ada juga pusat tahfiz yang tidak mempunyai kenderaan membawa pelajar menunaikan solat Jumaat. Pengakhirannya, pelajar-pelajar tersebut hanya mengharapkan ehsan pendudukan sekitar untuk membawa mereka ke masjid. Jika tidak ada yang bawa, tidak solat Jumaatlah mereka pada minggu tersebut.
5. Pastikan PIBG Pusat Tahfiz Berfungsi
Selain daripada pihak pentadbiran, PIBG juga memainkan peranan yang penting demi melihat kejayaan pelajar dan pusat tahfiz. Jika PIBG tidak berfungsi, besar kemungkinan pusat-pusat tersebut akan terabai.
Ibu bapa pasti mahukan terbaik untuk anak-anak mereka. Mungkin apa yang saya kongsikan ini adalah sebahagian daripada senarai semak yang perlu dititik beratkan oleh ibu bapa. Malah ada juga ibu bapa yang tidak kisah dengan perkara-perkara yang disebut.
Bila Pusat Tahfiz Jadi Ruang Terakhir Bentuk Akhlak Remaja
Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat tahfiz untuk memperbaiki akhlak mereka. Perkara ini menyebabkan pusat tahfiz menjadi tempat lambakan pelajar-pelajar bermasalah. Perkara ini menjadikan pusat tahfiz dipandang serong oleh masyarakat setempat.
Selepas beberapa bulan, dek kerana tidak tertanggung rasa, pihak pusat tahfiz mencadangkan agar pelajar tersebut dipindahkan kembali ke sekolah biasa. Kesudahannya kerugian tertimpa kepada pelajar tersebut kerana apa yang mereka kejarkan semuanya tampak tidak berjaya. Sudahlah pendidikan tahfiz tidak dapat dikendong, pendidikan akademik pula yang tercicir.
Untuk itu, ibu bapa perlu memastikan, anak-anak yang masuk ke pusat tahfiz adalah disebabkan minat mereka yang mendalam. Bukan sekadar dipaksa.
Nota
Kejayaan pendidikan anak-anak terletak di tangan ibu bapa. Carilah pusat tahfiz yang sesuai untuk kelangsungan masa hadapan mereka. Usah didera emosi anak-anak dengan menempatkan mereka di satu tempat yang mereka sendiri tidak suka.
Sumber/Foto: Abdul Muiez Ruslee,Guru Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Sg Burong, Tanjong Karang via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sudah ajalnya, satu lagi kes melibatkan bayi lelaki maut dipercayai terjerut tali bidai tingkap di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) di Dungun, semalam.
Muhammad Azhari Zul Azri, 20 bulan, disedari terjerut tali terbabit oleh ibunya, Noryasmin Mat Yasin pada 6.50 petang.
Maknya Solat Asar, Anak Ralit Bermain
Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan bermain bersama kembarnya ketika ibunya mengerjakan solat Asar di dalam bilik rumah berkenaan, manakala abang dan kakaknya berusia lingkungan tiga hingga empat tahun berada tidak jauh dari mangsa.
Bayi yang berumur setahun lapan bulan itu pula bermain di atas sofa bersebelahan dengan bidai itu sebelum dipercayai terjatuh dan lehernya terjerut dengan tali bidai terbabit.
Sebaik selesai mengerjakan solat, ibu mangsa terkejut mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghubungi suaminya, Zul Azri Hashim, 39.
Zul yang bekerja sebagai penyelia projek bergegas pulang ke rumah dan mengejarkan anak mereka ke Klinik Kesihatan AMBS untuk mendapatkan rawatan. Polis masih menunggu proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sumber: Astroawani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Percayalah kekuatan asmaul husna boleh membantu anak-anak tempuh peperiksaan dengan lebih tenang dan yakin.
Jadi mak ayah yang ada anak nak tempuh peperiksaan boleh amalkan zikir ini, info padat daripada Rosmanita elin, rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, program di Tanjung karang.
Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..
Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x
Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan 1x
Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x
Allahumma 1x
Ya Baari’. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya.
Mudah-muadahan perkongisan ini dirahmati Allah.
Dalam Al-Quran surah Al A’ Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna.
Ini pula cara kedua yang mak ayah boleh buat…
1. Buat solat taubat, solat hajat khusus untuk anak. Dalam doa tu sebut nama anak…
Ya Allah, Kau kembalikan segala elmu yang anakku (sebut nama anak) tahu, izinkanlah anakku (sebut nama) menjawab soalan dengan baik dan lapang dada. Jadikan anakku (sebut nama) seorang professional yang mukmin.
2. Sepanjang anak exam, baca yassin atau zikir, bayangkan korang duduk sebelah anak dalam dewan peksa. Baca sepanjang anak jalani exam.
3. Pastikan anak gi exam dalam keadaan berwuduk.
4. Maafkan anak-anak dengan ikhlas.
5. Mak ayah bersedekah. Klu naik teksi, bayar lebih, atau bayar lebih kat makcik-makcik jual kuih, nasi lemak atau banje kawan opis sarapan. Bila kita gembirakan orang lain, Allah pasti gembirakan kita.
6. Pastikan environment kat umah dalam keadaan positif. Elakkan marah-marah adik-adik atau abang kakak yang lain untuk elakkan suasana tegang kat rumah.
Moga Allah berikan keputusan terbaik untuk anak-anak semua. Amin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI