Kecantikan

Anak Dah 3 Tapi Macam Anak Dara, Amalkan Minum Susu Kunyit Untuk Awet Muda & Tubuh Kekal Ramping!

Share

Ada pelbagai cara yang mak-mak boleh amalkan untuk menjaga kesihatan dalaman, kekal awet muda dan bertubuh badan langsing. Salah satu cara tradisonal yang boleh dicuba adalah dengan mengamalkan minuman ‘Susu Kunyit’.

Menurut perkongsian Nurul Arija, amalan minum susu kunyit mempunyai pelbagai khasiat dan banyak kelebihannya. Antaranya ia adalah untuk kekal awet muda, malah dikatakan baik untuk percernaan dan berkesan untuk pembuangan angin dalam badan .

Berikut antara perkongsian beliau sebagai panduan;

“Cara nurul jaga penampilan untuk kekal awet muda , anak dah 3 orang tapi macam anak dara.”

“Ya korang, selain jamu nurul ada amalkan beberapa tips untuk menjaga kesihatan dalaman dan kekal langsing.”

“Tak kira yang belum kahwin atau sudah punyai anak, SUSU KUNYIT ni bagus untuk pencernaan dan sangat berkesan untuk pembuangan angin dalam badan dan juga mampu mencegah kanser.”

Paling berkesan untuk pecahkan lemak bagi yang mahu kurus! Nurul lebih memilih cara tradisional berbanding yang moden. Dengan rela hati nurul nak share air Susu kunyit untuk sesiapa yang nak sentiasa awet muda dan body kekal ramping .

Rasa dia sangat sedap krupp krapp tergigit badam yang rangup rasa lemak-lemak manis susu campur badam.Serius sedap ! tak meloyakan, minum pagi sampai ke tengahari masih lagi kenyang .

Bahan-Bahan:

1 gelas susu segar
2 sudu madu Asli
4 biji badam (ditumbuk kasar)
2cm kunyit hidup (ditumbuk kasar)

Cara Membuat:

1.Panaskan susu segar dalam periuk dengan api sederhana.
2.Masukkan kunyit hidup dan badam yang telah ditumbuk kasar.
3.Tuang susu tersebut didalam gelas dan masukkan madu asli, serta kacau sebati.

Siap! Selamat Mencuba!

Info Ekstra!

Minum ketika suam dan amalkan sebelum tidur 4 kali seminggu.

MW: Jadi mak-mak yang nak cantik dan sihat, bolehlah amalkan minum susu kunyit ini selalu. Bukan sahaja sedap malah berkhasiat untuk tubuh badan.

Sumber: Nurul Arija

Published by
Suhaidah Abd Wahab