Anak Conteng Dinding, Simpan Suara Petir Tu, Magic Sponge RM2.10 Ini Buat Mak Tenang

Share

Makin ramai anak, makin macam-macam ragamnya. Lagi-lagi cuti sekolah ini anak-anak berkumpul. Siap sedia mak-mak dengan suara petir bila anak mula buat perangai.

Hahaha.. lucu pula cerita ibu ini, Siti Nurain Mohd Amin.

Bila mana anak kecilnya mula menconteng habis dinding rumah termasuk sofa. Dan akhirnya dengan bantuan ‘magic sponge’ grafiti anak tu dapat dikikis habis.

Mudah amat.

Walhal nak bersihkan kesan marker pen dekat sofa, dinding malah pintu tu bukannya mudah. Mahu keluar peluk jantan mak.

Baru hari pertama cuti sekolah, sudah muncul grafiti dan lukisan Leonardo Da Vinci di seluruh rumah.

Ini kalau tak suara harimau mengaum, pasti suara petir kilat sabung menyabung keluar dari peti suara emak-emak

.”

Chill, emak-emak sekalian.
Tarik nafas, hembusss.

Meh, nak tunjuk magik sikit yang boleh mengurangkan kecederaan anak tekak emak-emak dan kelukaan hati anak-anak.

 

Bersihkan Dinding/Sofa Anak Conteng Guna Magic Sponge

1. Masuk bilik pakai tudung, tepek bedak sikit dan oles lipstik. Perempuan cantik tersenyum kat cermin sifatnya lebih tenang. Haha
2. Ambil kunci kereta atau ajak suami pergi ECO terdekat.

 

3. Cari satu span dipanggil “Eraser Sponge”. Saya gelar Magic Sponge. Harganya RM2.10 saja.
4. Penat keliling satu ECO tak jumpa menatang sponge ni sebab selalunya sold out

. Haa, tak usah menangis tepi bucu mesin cashier dulu. Start enjin, emak-emak pergi ke Daiso pula. Benda yang sama, packaging saja berbeza. Harga RM5.90.

 

 

Kena Celup Magic Sponge Dalam Air

5. Balik rumah dengan girang. Ambil mangkuk. Isi dengan air paip.
6. Celup Magic Sponge dalam air. Tonyoh sekuat hati. Guna microfiber towel yang kalian campak dalam bakul di ECO sekali tadi untuk lap air yang mengalir. Iyalah masuk ECO mustahil keluar tangan kosong. 10 barang confirm terselit. Kan? Kan?
7. Tonyoh lagi. Lap lagi. Tonyoh lagi. Lap lagi. Ulang langkah sama sampai hilang lukisan anak-anak kalian.

 

 

8. Lepas ni boleh senyum kata ke anak-anak, “Haa.. lukislah lagi nak, lukis. Luaskan kekreatifanmu” sambil jeling ke Magic Sponge.

MW : Haa.. mudah kan? Tengok video ibu ini kongsi, tak perlu sental beria-ia pun. Dah.. dah boleh ajak suami ke kedai ECO tu. Tapi kenalah pasang niat awal-awal. Takut keluar nanti bukan magic sponge je dok dalam bakul tu..

Sumber/Foto : Siti Nurain Mohd Amin, syukur dah berkurang suara halilintar.

Published by
Netty Ah Hiyer