Anak Cemerlang 5A SPM, Watie & Joey Kongsi Formula, Kena Tegas Jangan Leka Dengan Gajet

Share

Anak cemerlang 5A SPM, Watie & Joey kongsi formula kejayaan anaknya. Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi Watie Sadali dan suami Joey apabila anak mereka Ahmad Afif Danial Mencatat Keputusan Cemerlang 5A Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Biarpun kedua pasangan ini begitu aktif dalam seni namun mereka akui sangat serius dan tegas bila menyentuh bab pendidikan anak.

Anak Cemerlang 5A SPM

Watie telah berkongsi kegembiraannya dan memuat naik status dalam Instagram Story tentang kejayaan anak kesayangannnya.

Akui pasangan suami isteri ini, mereka sangatlah mementingkan pelajaran dan antara formul yang diterapkan dalah dengan mengehadkan penggunaan gajet.

Seperti mana yang diluahkan dipetik menerusi Berita Harian Online, Joey akui dirinya sangat tegas dan akan sorokkan peralatan gajet jika digunakan secara berlebihan.

“Sekiranya didapati menggunakan secara berlebihan, kami akan menyorokkan peralatan gajet ini.

“Biasalah budak-budak, bila dapat gajet, mereka jadi leka.

“Saya akan rampas gajet sekiranya digunakan secara berlebihan, kerana ada masanya menjejaskan keputusan peperiksaan Ahmad Afif,” kongsi Joey yang begitu terharu dan gembira dengan keputusan cemerlang yang diperolehi oleh Ahmad Afif.

Hantar Anak Ke Kelas Tambahan

Bukan itu saja, Joey juga menyatakan dia dan Watie juga menghantar anak mereka ke kelas tambahan jika keputusan peperiksaan anak kurang baik.

“Sekiranya ada mata pelajaran merosot, saya dan isteri akan menghantar anak ke kelas tambahan untuk subjek yang kurang baik.

“Alhamdulillah, Ahmad Afif sentiasa menunjukkan keputusan memberangsangkan,” sambung Joey yang juga sentisa mendedahkan anak tentang kepayahan ibu dan ayah mencari rezeki. Malah pasangan ini juga sering membawa anak ke lokasi penggambaran ketika berada di tingkatan satu dan dua.

Anak Suka Bidang Syariah, Jadi Imam Di Rumah

Bercerita tentang minat anaknya, Joey menyatakan Ahmad Afif cenderung ke arah syariah dan akan memberikan sokongan sekiranya anaknya ingin memilih bidang berkenaan.

“Saya nampak anak suka bidang syariah. Sebelum ini, selalunya saya akan menjadi imam di rumah, tetapi kini, Ahmad Afif sering mengambil alih tempat saya, jadi nampak kecenderungannya di situ.

“Saya tidak menghalang minatnya. Jika Ahmad Afif ingin menyambung pengajian dalam bidang syariah, saya akan sentiasa memberikan sokongan,” sambungnya.

Baca Disini : 4 Selebriti Wanita Yang Memilih Bidang Seni Ini, Pernah Dapat Keputusan Cemerlang Dalam SPM

Ibu Pelajar Terbaik SPM Terengganu Kongsi Amalan Didik Anak Cemerlang Dunia & Akhirat!

Mingguan Wanita : Tahniah buat Watie dan Joey. 

Sumber: Berita Harian

Sumber Foto : Instagram Watie Sadali

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/


Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Published by
Norhayati Suboh