Hakikat sebegini amat pahit, tapi sekarang inilah realitinya. Peguam Syarie, Nurul Izzah Zainol jelaskan ketidakfungsian mak ayah dalam membentuk keperibadian anak-anak. Walaupun mereka membesar depan mata mak ayah.
Rosaknya anak, bukan semata disebabkan membesar dalam keluarga berantakan (broken family). Tetapi bila mana mak ayah tidak menunaikan tanggungjawab masing-masing, anaklah jadi mangsa keadaan.
Dua kes yang dikongsikan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
Saya pernah pergi melawat ke salah satu buah sekolah yang menempatkan kanak-kanak yang mengandung luar nikah. Ada 1 kes, dua orang sekali adik beradik yang dimasukkan ke situ.
Si kakak 15 tahun, sedang mengandung 7 bulan manakala si adik darjah 6 baru sahaja bersalin masa hari saya sampai.
“Mak ayah bercerai?”
“Taklah, ada je.”
Kami pun berbual lebih mendalam tentang kejadian 2 beradik yang sampai mengandung luar nikah tu. Iya, pergaulan bebas dan tidak diawasi mak ayah. Even ‘Projek’ pun dibuat di rumah sendiri.
Si ibu habis kerja waktu pejabat, terus malamnya berniaga. Tak sempat tengok perihal anak-anak. Si ayah, menganggur, duduk rumah tak buat apa sampai anak-anak buat projek di rumah pun tak diambil tahu.
Kes kedua.
Ketika saya buat field work kajian mengenai kanak-kanak dalam institusi tahanan. Salah seorangnya kanak-kanak yg ditangkap sebab curi motor.
“Macam mana sampai boleh nak curi motor tu?”
“ Ala, dah lama dah buat, kali ni plak kantoi. Ayah saya yg ajar saya. Tapi malam tu ayah saya tak kena pulak!” Nada macam tak puas hati.
“Mak ayah bercerai?”
“Eh taklah, mak ada je jaga adik-adik 2 orang. Malam kena tangkap tu mak bersalin”
“Tinggal kat mana?”
“Tinggal kat rumah setinggan tapak orang buat rumah tinggi tu”
2 kes saja dulu saya cerita daripada berpuluh-puluh responden kami. Dan soalan latar belakang keluarga memang kami kena tanya untuk buat analisa. Bila data keluar, those anak-anak yg bermasalah umumnya bukan daripada broken family jika broken itu ditafsirkan sebagai mak ayah bercerai berai.
Majoriti datang dari keluarga mak ayah yang ada depan mata dan tinggal bersama.
Sebagai peguam syarie, common sangat saya jumpa alasan tak sanggup nak bercerai takut nanti beri kesan buruk pada anak-anak.
Takut anak memberontak, anak tak menjadi, anak akan ikut jejak mak ayah yang kononnya failed parenting sebab bercerai. Tambah-tambah dengan isu yg sedang viral sekarang ini kesan daripada mak ayah bercerai.
Kawan-kawan, failed parenting tu bukan pada status hubungan mak ayah. Divorced or Married. Cukuplah refer balik 2 kes di atas untuk jadi contoh failed parenting.
Ada mak ayah depan mata tetapi tidak mampu mendidik. Dan ada mak ayah depan mata tidak mampu memberi teladan. Ada mak ayah depan mata tidak mampu sediakan keperluan asas untuk well being anak-anak.
Tinggal bersama tak semestinya ia lebih baik untuk anak-anak. Jika tinggal bersama tapi yg ditonjolkan akhlak yang buruk, perangai syaitan, ajar pulak anak perkara maksiat dan mungkar, hari-hari drama pertengkaran maki hamun antara mak ayah, WTH lah ini dikatakan ‘LEBIH BAIK?”
Bahkan inilah genuine failed parenting!
“Tapi, suami saya baik je dengan anak-anak saya. Dengan saya je dia jadi macam tu. Saya taknak pisahkan anak-anak saya dengan bapak diorang.”
Kak long, dah siapa suruh pisahkan. Yang berpisah tu mak ayahnya. Anak-anak tu bagi jelah unlimited access kat bapaknya. Ha nak bagi bermalam setiap minggu pun bagi lah. Kak long pi lah holiday ke me time ke.
Bezanya tak tinggal sekali je, nak jumpa nak overnight dengan anak-anak bagi jelah sekerap mana pun.
Giliran penjagaan anak ni boleh manage. Boleh atur. Tu belambak contoh divorced parent yang successfully maintain good relationship dengan anak-anak even masing-masing dah kahwin lain. Menjadi elok pulak tu anak-anaknya tu.
Ibu ibu bapa-bapa sekalian,
Yang broken family tu bukan pada divorced parent atau tak.
Broken tu apabila wujudnya dysfunctional parent even 24 jam depan mata anak-anak.
Mingguan Wanita : Bila selalu diabaikan, anak-anak akan buat macam-macam sebab harapannya nak bagi mak ayah nampak akan kewujudannya.
Sumber/Foto : Nurul Izzah Zainol / Debendra Das by Pexels