Anak bongsu Sheila Rusly selamat bernikah. Tahniah diucapkan buat pelakon senior Sheila Rusly yang selamat menerima menantu kedua. Anak bongsunya Luth Mikail Azman telah selamat bernikah dengan gadis mualaf yang bernama Beatrice Chitra bertempat di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.
Perkhabaran gembira itu dikongsi sendiri oleh Sheila yang memuatnaik video di akaun Instagamnya di mana mempelai di atas pelamin menggayakan persalinan serba putih.
Malah Sheila juga turut memuatnaik momen malam berinai bersama ahli keluarga serta kenalan terdekat dia dan suaminya, Azman Yahya atau Jinggo.
Menantu sulungnya, juga pelakon Elisya Sandha juga tidak ketinggalan mengabadikan hari bersejarah pasangan terbabit dalam laman sosialnya.
Suasana meriah jelas tergambar sepanjang acara yang menyaksikan bakal pengantin duduk pentarana sambil berinai.
Untuk rekod, sekitar Ogos tahun lalu Sheila pernah memberi bayangan bakal bermenantukan Beatrice. Mereka sekeluarga juga pernah menemani wanita terbabit mengucapkan syahadah memeluk Islam di sebuah masjid.
Baca Disini : “Ya Allah, Cantik Sungguh Aturan Allah” Bakal Menantu Sheila Rusly Berlinang Air Mata Kini Bergelar Mualaf
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.