Setiap pasangan yang berkahwin pasti memasang impian untuk memiliki anak. Ada di kalangan pasangan yang inginkan anak yang ramai, namun ada segelintirnya pula hadkan kuantiti anak kerana ingin fokus kepada perkembangan anak-anak. Masing-masing hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan.
Ada yang telah berkahwin sekian lama, tetapi Allah belum kurniakan anak. Kemudian ada yang baru berkahwin, tetapi setiap tahun mengandung dan anak berderet. Masing-masing dengan rezeki sendiri yang telah Allah tetapkan.
Sebenarnya jangan bimbang bila Allah kurniakan mak, ayah anak yang ramai. Penat memang penat, tetapi Allah sebaik-baik Perancang, setiap kelahiran anak pasti ada rezeki besar tanpa diduga. Ikuti perkongsian Nieyssa Hashim ini, seorang ibu beranak lima dalam usia yang muda.
Jadi ibu kepada ramai anak pada umur 25 tahun,
Dari tahun 2012 hinggalah 2017 tak pernah berhenti beranak,
Selama 5 tahun hanya fikir tentang anak dan diri sendiri sahaja.
Tak berkawan dengan orang.
Hakikatnya bukannya mudah.
Semua tak pernah tahu, tak pernah mengerti akan penatnya diri ini.
Tapi Allah sebaik-baik perancang.
Setiap kelahiran seorang anak pasti datang rezeki besar tanpa diduga.
Tanpa berkurang sedikitpun nikmat dari-Nya.
Sebab itu bila orang tanya tak penat ke anak ramai, penat itu memang penat,
Stres, marah, mengamuk itu perkara biasa.
Menangis waktu pagi bila kelima-lima anak hendak pergi sekolah itu sudah jadi perkara wajib.
Sebab itu suami kena jadi no 1 supporter isteri.
Tapi lama-lama saya enjoy, saya suka, saya bersyukur anak ramai sebab rasa nikmatnya hidup ini bila anak ramai.
Sebab itu bila orang hendak beranak ramai saya sokong.
Masa untuk diri sendiri sangat terhad.
Segala-galanya hanya fikir tentang anak.
Tapi bila anak sedang membesar kita sudah punyai waktu yang cukup untuk diri sendiri.
Kesusahan waktu mereka masih kecil hanya 5 tahun sahaja.
Sekarang sudah punyai waktu untuk diri sendiri, kerja dan sebagainya.
So bila orang yang termengandung sila jangan stress,
Hanya fikir anak dalam perut kita bukan kita yang buat,
Allah yang wujudkan,
DIA sebaik-baik pemberi,
Percayalah hikmah dan kebahagiaan tak dapat dijual, beli dikelilingi anak-anak apabila kita meningkat tua.
Nissa Hashim
Enjoy mother of 5 kids
MW: Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan. Jika mak,ayah belum diberikan rezeki anak, mungkin Allah hadiahkan rezeki lain buat anda. Kalau mak-mak rasa stres, cubalah terapi ini dengan KLIK di sini.
Sumber: Nieyssa Hashim