Menjadi kebiasaan ramai yang suka menggunakan minyak angin untuk memberi kelegaan, mengurangkan keradangan dan menghilangkan kesakitan. Namun jangan sebarang sapu, bahaya sebenarnya menggunakan minyak angin yang mengandungi Camphor terutamanya pada kanak-kanak berumur bawah 2 tahun. Ia boleh sebabkan sawan dan kematian.

Baca perkongsian dan penjelasan daripada Pakar Pediatrik Dr Redza Zainol ini sebagai rujukan;

“Doktor, budak 2 tahun ni dah satu jam sawan tak berhenti-henti.”

Ibu bapanya baru berpindah rumah. Ruang tamu mereka penuh dengan kotak dan barangan yang perlu disusun.Sambil ibu bapanya sibuk mengemas, anak ni jumpa ubat minyak cap kapak di dalam kotak.

Tak lama lepas tu, dia mula muntah-muntah dan tak sedarkan diri.Tak ada siapa pun nampak dia minum minyak cap kapak tu tapi bau minyak tu sangat kuat dari mulut dia.

Di wad, bermacam ubatan diberi untuk hentikan sawan. Tapi dia berterusan sawan hingga 5 jam dan akhirnya meninggal dunia.

“Puan, kami dah cuba semua jenis rawatan. Maafkan saya, anak puan dah tak ada lagi.”

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata dari doktor pakar saya pada si ibu. Dia meraung sekuat-kuatnya.

Digoncang-goncang badan anaknya. Tak bergerak, tak bernafas dan kulitnya mulai biru sejuk.Ayahnya tersandar di dinding. Masih tak percaya dengan apa yang berlaku. Kelu tak berkata apa-apa.

Kisah benar ni tak akan saya lupakan.

IKLAN

Larangan Ubat Mengandungi Camphor Pada Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun

Ubat minyak cap kapak mengandungi Camphor yang dilarang untuk diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun.Camphor atau kapur barus ialah bahan yang banyak diguna dalam produk sapuan di dalam pasaran untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.

Menurut kajian penyelidik dari Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva, kanak-kanak sangat terdedah pada kesan toksik Camphor sebab ia mudah terserap melalui kulit dan membran mukus (mata, bibir, bahagian dalam hidung).

Anak Bawah 2 Tahun BAHAYA Guna Ubatan Ini, Boleh Sebabkan SAWAN

Boleh Sebabkan Sawan & Kematian

Produk yang mengandungi camphor atau kapur barus ni jika diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun boleh menyebabkan sawan dan kematian.

IKLAN

Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang telah diletakkan.

Mak ayah hati-hati ya. Jangan letak pada hidung, mata atau kulit yang luka. Ia akan terserap di dalam darah dan boleh capai tahap toksik di dalam badan.

Anak Bawah 2 Tahun BAHAYA Guna Ubatan Ini, Boleh Sebabkan SAWANAnak Bawah 2 Tahun BAHAYA Guna Ubatan Ini, Boleh Sebabkan SAWAN

IKLAN

Biasakan Baca Label

Apa pun produk yang kalian nak guna pada anak, biasakan diri untuk baca label.Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca dan ambil tahu.

Jadilah mak ayah yang bijak.

Jemput share post ni dan follow FB saya, Redza Zainol supaya tak terlepas cerita menarik yang boleh jadi teladan pada semua.

Baca Lagi Di Sini: Jangan Main-Main Dengan Minyak Angin, Salah Guna Boleh Sebabkan Keracunan!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Berhati-hatilah ketika menggunakan minyak angin terutamanya pada kanak-kanak di bawag usia 2 tahun. Sebaiknya sebelum menggunakan apa-apa ubat untuk anak biasakan diri untuk baca label dahulu agar tidak memudaratkan mereka.

Sumber: Redza Zainol

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI