Biar pun kisah ibu ini terjadi dua tahun lalu, kesannya masih dirasai hingga hari ini. Ibu ini, Nadia Hazmi berkongsi semula kisah pedih yang pernah dilalui ketika mahu mengurus pengebumian arwah anaknya sendiri kira-kira 8 tahun lalu.
Bila mana ada segelintir pengurusan jenazah yang terlalu ‘keras’ dalam berbicara. Lagi-lagi berdepan emosi keluarga si mati yang baru kehilangan.
Akui ibu ini, bukan soal duit yang menjadi persoalan. Kerana sesukar mana pun, insyaAllah mereka mampu mencari dan menyediakan. Cuma bicara beretika penuh pengertian itulah yang menjadi teras dalam apa jua urusan kehidupan.
Bila terbaca posting tentang kos pengebumian jenazah ni.. terkenang kisah arwah anak sendiri 6 tahun lalu. Waktu tu saat masih ‘sentap’ dan terkilan baru kehilangan anak.
Tahu-tahu lepas selesai mandi dan solat jenazah di IJN. Team panel pengurusan jenazah ni datang buka bil. Katanya kalau tak dapat settlekan, jenazah ni simpan dalam peti ais dulu. Esok-esok diaorang pos dalam peti ais. POS? Ini anak saya.. bukan parcel bang.
Masa tu hati ibu ni rasa dikoyak dihempas. Semalam kot baru mama peluk dia masih bernyawa. Takkan malam ni dia kena “lena” dalam peti ais.. sejuk tu sayang.
Walau tak lagi bernyawa tapi naluri ibu tu sangat kuat. Nak lena di sisi jenazah selagi boleh disentuh, dipeluk.
Syukur Allah permudahkan urusan dapat bawa balik jenazah fly malam tu juga ke Sarawak serentak bersama kami sekeluarga.. diiringi polis trafik.
Tapi tak lama lepas tu.. terima SMS dari pihak pengurusan jenazah tu kata roh anak kami tak akan aman selagi tak clear bil.
Ya Allah.. masa tu kami tengah kutip dana. Nak settle pengkebumian.. nak bagi cukup keperluan dengan mama yang lama dah unpaid leave.
Maka, berjalan la jualan amal untuk kumpul dana bawa balik jenazah ni. Sedih memang tak terkata tapi alhamdulillah.. bantuan rakan-rakan fb jugak kami dapat tampung semua kos bawa balik jenazah. Dengan segera.
Baca sini : Atu Zero Pusat Tarbiyah Al Muhajirin Tawar Khidmat Pengurusan Jenazah Percuma Buat Fakir Miskin Kudat
Lepas dari tu baru dapat cover balik dengan sedekah-sedekah dari saudara mara dan semua pihak. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat dipermudahkan.
Isunya sekarang bukan sebab wang ringgit atau kemampuan. Ia dapat diusahakan.. tapi cuma cara dan ketika kesedihan sedang dikemucak tu yang buat terasa hati sangat.
Bagi pihak pengurusan jenazah ni.. faham profession anda memang membuat anda lali dengan kematian.
Memang sudah kerja harian hadapi benda ni.. tapi cara kita berdepan dan ‘PR’ dengan keluarga si mati harus lebih beretika. Kerana satu masa nanti masa kita pun akan tiba.
Semoga ramai lagi manusia-manusia berhati mulia seperti ini di luar sana.. moga dipermudahkan juga urusan mereka semua.. ameen.. #donesharing #puteraryfaelshah
Mingguan Wanita : Biar setinggi mana pun jawatan, jangan sampai hilang adab mahupun akhlak dalam diri.
Sumber/Foto : Nadia Hazmi
Cari SET KELENGKAPAN JENAZAH di sini : https://invol.co/claa2fg