Anak Autisme Jenis ‘Picky Eater’, Guna Taktik Ni Banyak Benda Boleh Makan. Bukan mudah untuk tangani anak istimewa autisme.Anak yang jenis cerewet memilih makanan, hanya makan makanan tertentu sahaja setiap hari. Ia agak menjadi kesukaran buat mak ayah terutamanya jika perlu makan di luar.
Ada caranya untuk membuatkan anak istimewa ini ‘belajar’ menerima pelbagai jenis makanan.
Baca perkongsian pengalaman daripada Norizwan Azlanini yang juga merupakan ayah kepada anak autisme.
Anak aku yang pakai baju kurung, yang sebelah tu kawan dia. Dua dua autisme.
Kawan dia tu aku tak pasti kenapa dia tutup telinga, tapi aku rasa, mesti ada bunyi yang dia tak suka.
Anak Autisme ‘Picky Eater’
Ni gambar masa ada jamuan raya kat sekolah anak aku.Takde apa nak citer sangat tapi saja nak share pasal anak autisme yang picky eater ni.
Ads
Dulu anak aku memang picky eater giler giler punya. Dia cuma makan nasi dengan sup.
Kalau keluar, aku kena cari kedai makan yang ada sup. Takde sup, tak layan.Jenuh weh macam tu. Yelah, sebelum tu kita dah makan kat mana mana kita nak, tapi bila ada anak camni, pilihan kedai jadi terhad.
Tapi lepas tu, aku try paksa dia makan nasi goreng cina. Mula mula memang dia melawan, tapi lama lama, nasi ni jadi faveret dia. So bertambahlah menu dia. Nasi bersup dan nasi goreng cina. Tapi still terhad ni weh
Tahan Daripada Makan
Aku pun mula belajar taktik baru. Aku tahan dia daripada makan. Aku bagi dia lapar yang betul betul punya lapar.
Lepas tu aku bagi makanan yang luar dari ruang lingkup kegemaran dia.
Sekali nah kau, bila dah lapar giler, dia bedal je. Kari, ayam masak merah, daging masak kicap, ikan tiga rasa, semua dia sebat.Masa tu, barulah dia rasa apa itu erti sebenar kesedapan.
Sekarang, aku dah boleh makan kat mana mana kedai aku nak sebab anak aku ni dah boleh makan sama taste dengan aku.Memang banyak benda dia dah makan. Spageti bolonis yang masam tu pun dia bedal.
Ads
Aku saja share ni sebab tengok ada parent yang mengadu anak dia picky eater. So suggestion aku, kadang kita kena bagi anak kita tu lapar yang betul betul punya lapar.
Lepas tu, memang dia akan makan je apa yang terhidang.
Tapi, ada tapinya ye.
Ada juga anak autisme, yang memang takkan sentuh makanan lain selain makanan kegemaran dia.
Ads
Maybe yang tu, kenalah usaha cara lain. Cara aku ni mungkin tak sesuai. Aku pun sekadar berkongsi je. Ni bukan satu kemestian pun nak ikut ye.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat mak ayah yang turut mengalami situasi yang sama apabila menangani anak autisme.
Kahwin, bukan macam dalam filem 2 jam, bahagia dan romantik sepanjang masa. Hakikat sebenar, banyak dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi untuk kekal bersama.
Bukan hanya dugaan dari segi wang ringgit, miskin kaya, curang dan sebagainya tapi kena tahu tangggungjawab pada pasangan dan anak-anak. Dalam filem 2 jam, dah tentu-tentu hanya sekelumit sahaja sedihnya tapi selebihnya pada kebahgiaan dan kekayaan yang ditunjukkan.
Jangna fikir kahwin hanya untuk seronok semata-mata Hilang keseronokan, terus nak bercerai berai. Fikirkan tentang anak dan ahli keluarga. Inilah antara pesanan Normaliza Mahadi buat pasangan yang bakal berkahwin dan telah berkahwin.
Bahagia dan senyum sampai ke telinga.
Bergaduh sampai rumah macam nak runtuh.
Ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan.
Mak mentua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan.
Mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam.
ADA MASANYA:
Rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan.
Macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang.
Rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan.
Rasa apasal lah macam ni kehidupan.
Ada MASANYA:
Duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan-jalan.
Bila tengok anak rasa berbaloi hutang perkahwinan.
Rasa romantik macam dalam dunia perfileman.
Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada pasangan acah-acah romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future.
Begitulah alam perkahwinan, banyak suka dan banyak jugak duka.
Bertahan Sebab Tanggungjawab
Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab antara satu sama lain. Sebab sayang anak dan mahu anak ada mak ayah. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.
Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti-henti Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.
Realiti tak sama dengan fantasi.
Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah.
Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah Rahmah.
Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.
Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Inilah yang dilalui oleh setiap pasangan yang berkahwin. Cabaran dugaan inilah yang menjadikan rumahtangga bertahan dan kekal hingga ke jannah.
Ajal, maut dan jodoh di tangan Tuhan. Sebagai manusia biasa tidak bermakna kita hanya perlu berserah pada Allah. Sebaliknya berusahalah yang terbaik dalam menjaga hubungan yang telah dibina.
Sebenarnya jodoh yang baik bukan datang dengan kelebihan sebaliknya tidak pergi kekurangan. Jodoh yang baik akan menerima kelemahan dan kelebihan pasangan seterusnya dalam masa yang sama berusaha yang terbaik untuk membahagiakan pasangan.
Sebagai manusia, apa yang boleh kita buat ialah berusaha sehabis baik untuk hubungan itu… Selagi kita masih bersama dengannya, maka selagi itulah kita perlu buat yang terbaik untuk dirinya…
Sekuat mana pun kita dah berusaha, selama mana pun kita bersamanya, setia mana pun kita disisinya, sesabar mana pun kita dengan perangainya, kalau sudah ditakdirkan jodoh kita dengannya terhenti di pertengahan jalan, maka ianya bukan salah Allah SWT yang memisahkan kita…
Allah SWT ada perancangan yang lebih baik lagi untuk diri masing-masing…
Mungkin di antara dua manusia itu, hanya seorang sahaja lakukan yang terbaik untuk hubungan itu… Maka Allah SWT hendak bagi dia ganjaran atas apa yang dia sudah lakukan.
Allah SWT hendak bagi dia bahagia, Allah SWT gantikan dengan manusia yang lain, yang sama sifatnya dengan dia, yang boleh buat dia bahagia…
Mungkin juga di antara dua manusia itu, ada seorang yang tidak menghargai apa yang telah dilakukan seorang lagi, maka Allah SWT hendak bagi dia pengajaran dan kesedaran.
Lalu Allah SWT tarik manusia itu dari hidupnya, Allah SWT hadirkan seseorang yang boleh bagi pengajaran dan kesedaran kepada dirinya sehingga dia mula rasa bahawa yang dahulu itu sudah pun menjadi yang terbaik untuk dirinya…
Sekiranya jodoh tak panjang yang bukannya disebabkan kematian, maka pasti ada sebab musabab di sebalik kenapa dan mengapa jodoh itu tidak berpanjangan…
“Kuat atau tidak jodoh kita dengan pasangan, pendek atau panjang jodoh kita dengan pasangan, ianya bergantung sejauh mana kita berusaha dAlAm hubungan itu, untuk hubungan itu”
Yang pastinya, usaha itu harus datang dari kedua-duanya, bukannya seorang sahaja…😊
Nota kaki : Jodoh yang baik itu bukanlah yang datang dengan kelebihan, tapi yang tidak pergi kerana kekurangan…
MW: Sesugguhnya jodoh itu di tangan, sebagai manusia kita hanya mampu berusaha yang terbaik untuk kebahagiaan rumahtangga yang telah dibina. Seterusnya bertawakallah kepada Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Paut lengan suami orang tanpa rasa bersalah semasa bergambar, wanita ini dikecam netizen kerana bertindak luar batas.
Bayangkan jika isteri lelaki itu mengetahui hal sebenar, apa perasaannya. Sudah tentu dirinya rasa terhina dan kecewa dengan tindakan wanita ini.
Paut Lengan Suami Orang Tanpa Rasa Bersalah
Aksi seorang wanita yang mempamerkan kemesraan dengan lelaki dipercayai berstatus suami orang menerima kecaman netizen dengan ramai yang mengutuk tindakan wanita itu, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu video yang pada asalnya dimuat naik dalam aplikasi TikTok, wanita tersebut kelihatan memaut lengan seorang lelaki yang tidak ditunjukkan wajahnya.
“Menghadiri acara pejabat atau berjumpa rakan-rakannya. Kebiasaannya untuk acara umum seperti ini, dia membawa saya dan bukan isterinya.
“Katanya saya berbau wangi sedangkan isterinya berbau seperti bawang. Jadi, saya memiliki kelebihan, bukan,” tulis keterangan dalam video itu.
Wanita Ini DiKecam Netizen
Video tersebut dikongsikan semula di akaun Instagram @komentatorpedas dengan ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan.
“Kalau cantik, takkan dapat suami orang. Tidak laku dalam kalangan lelaki bujangkah?” komen seorang netizen.
“Ya Allah, semakin hilang rasa malu. Bagaimana anda tergamak membuat kandungan video seperti itu?” komen seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita : Sebagai seorang wanita yang masih bujang, jagalah tidak laku dan adab dalam pergaulan. Jangan melebihi batas, apatah lagi dengan suami orang.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...