Anak autisme, anugerah bukan musibah atau kifarah pada ibu bapa. Setiap ibu bapa yang dikurniakan dengan anak adalah bertuah, tidak kira bagaimana keadaan anak tersebut. Ini termasuklah anak-anak yang dilahirkan dengan autisme.
Anak Autisme, Anugerah Bukan Musibah Atau Kifarah Pada Ibu Bapa
Bagi sesetengah orang, menerima berita bahawa anak mereka menghidap autisme mungkin dilihat sebagai satu musibah atau kifarah. Namun, pandangan sebegini perlu diubah kerana anak autisme bukanlah satu bebanan, tetapi satu anugerah yang unik dan memerlukan perhatian serta kasih sayang yang istimewa.
Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan neuro yang mempengaruhi interaksi sosial, komunikasi, minat, dan tingkah laku seseorang. Anak-anak autisme mempunyai cara mereka sendiri dalam berinteraksi dengan dunia.
Mereka mungkin menghadapi cabaran dalam berkomunikasi secara lisan, memahami bahasa tubuh, atau berkongsi emosi. Namun, mereka juga sering menunjukkan kekuatan dan bakat yang luar biasa dalam bidang tertentu seperti matematik, muzik, seni, dan lain-lain.
Langkah pertama bagi ibu bapa adalah menerima keadaan anak mereka dengan hati yang terbuka. Menyedari bahawa setiap anak adalah unik dan mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing adalah penting.
Anak autisme memerlukan sokongan dan kasih sayang yang berterusan. Mereka mungkin memerlukan terapi dan intervensi awal untuk membantu mereka mengembangkan kemahiran tertentu, tetapi ini tidak bermakna mereka kurang berharga atau lebih rendah daripada anak-anak lain.
Masyarakat perlu mengubah perspektif mereka terhadap autisme. Melabelkan anak autisme sebagai musibah atau kifarah adalah tidak adil dan menambah tekanan kepada keluarga yang sudah pun menghadapi cabaran.
Sebaliknya, kita perlu memberi sokongan moral dan material kepada ibu bapa serta mengiktiraf keunikan dan potensi anak autisme. Dengan pendekatan yang betul, anak autisme boleh menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna.
Pendidikan inklusif adalah penting untuk anak autisme. Mereka perlu diberi peluang untuk belajar dan berkembang dalam persekitaran yang menyokong dan memahami keperluan mereka. Guru dan rakan sekelas juga perlu dididik tentang autisme supaya mereka dapat berinteraksi dengan baik dan menyokong perkembangan sosial dan akademik anak autisme.
Ads
Selain itu, ibu bapa juga perlu mencari sokongan daripada komuniti atau kumpulan sokongan yang memahami situasi mereka. Berkongsi pengalaman dan nasihat dengan ibu bapa lain yang mempunyai anak autisme boleh menjadi sumber kekuatan dan inspirasi.
Setiap anak adalah anugerah dari Tuhan. Anak autisme, dengan segala keunikan dan cabaran mereka, mengajar kita tentang kesabaran, kasih sayang tanpa syarat, dan penerimaan. Mereka juga mengingatkan kita bahawa setiap individu adalah berharga, tidak kira bagaimana cara mereka berinteraksi dengan dunia.
Memetik Sinar Harian, Pencetus Ummah (PU), Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali PU Amin berkata, keunikan dan keistimewaan tersebut hanya diberikan kepada orang yang benar-benar mampu menghadapinya.
“Setiap musibah datang kepada semua golongan manusia tidak kira sama ada dia sempurna atau tidak dari segi fizikal dan mental. Mungkin dia tidak cacat fizikal tetapi ada ujian lain yang diturunkan kepadanya.
“Tiada asas mengatakan ibu bapa menerima kifarah kerana dikurniakan anak orang kurang upaya (OKU) atau autisme berikutan keburukan dan kebaikan manusia adalah rahsia di sisi ALLAH SWT.
“Ia keistimewaan yang diberikan ALLAH SWT seperti yang disebutkan dalam al-Quran bahawa tidak diletakkan beban, ujian atau perkara-perkara susah kepada manusia kecuali dia mampu untuk hadapi,” katanya. Tambah PU Amin, pandangan berkenaan wujud disebabkan pemikiran masyarakat tradisional dan zaman jahiliah yang menganggap ujian itu diterima akibat kemurkaan ALLAH SWT.
“Apabila diberikan kebaikan, orang jahiliah kata ia rahmat tetapi apabila menerima musibah, mereka mengatakan ALLAH SWT tidak baik dan jahat.
“Apa yang kita perlu faham, baik atau buruk, kedua-duanya rahmat kecuali orang yang betul-betul melakukan kemurkaan dan penderhakaan kepada ALLAH SWT yang akan diturunkan azab,” ujarnya.
Ads
Menurut PU Amin, anak autisme atau OKU berkenaan juga tidak diberikan sebarang dosa, keburukan dan beban kepadanya untuk melakukan ibadat berbeza dengan individu normal yang lain.
“Melalui hadis ini, kita dapat faham orang ditimpa musibah atau ujian tidak perlu berasa susah kerana di akhirat yang kehidupan lebih panjang, anak-anak ini tidak menanggung apa-apa kesalahan seperti kita,” katanya.
Kesimpulannya anak autisme bukanlah musibah atau kifarah, tetapi satu anugerah yang memerlukan kita untuk lebih memahami, menyokong, dan menghargai keunikan mereka.
Dengan sokongan yang betul dari keluarga, masyarakat, dan sistem pendidikan, anak autisme boleh mencapai potensi penuh mereka dan menjalani kehidupan yang bermakna.
Ibu bapa perlu kuat dan yakin bahawa mereka telah diberi amanah yang istimewa untuk mendidik dan membesarkan anak-anak ini dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
Setiap orang mestilah bercita-cita untuk jadi kaya dan berjaya. Bila semua itu dah tercapai cakap saja nak apa, semunya pasti dipenuhi. Namun, satu yang kena ingat, untuk dapatkan semua itu, kita kena berdoa dan berharap pada Dia Yang Satu.
Namun, berapa ramai yang mampu mengucapkan kesyukuran dengan apa yang dia perolehi sekarang ini. Jangan ingat, kita kaya dan berjaya kerana usaha yang dilakukan. Sebaliknya, apa yang kita dapat hari ini adalah kerana Dia.
Begitu juga dengan mereka yang merasakan masih belum dimakbulkan apa yang diingini. Ketahuilah, Dia tak akan bagi terus kepada kita, jangan putus asa dan sentiasa berdoa dan berusaha.
Perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad diharap mampu memberi manfaat dan panduan kepada kita semua. Sedarlah apa yang kita ada dan lalui di dunia ini atas sebabNya. Ucaplah syukur dan sentiasa meletakkan pengharapan kepadaNya.
Kita bangun tidur, kita berdoa, kemudian kita cakap:
“Ya Allah alhamdulillah aku masih bangun pagi ini. Semoga hari ini tiada langsung dosa yang aku lakukan Ya Allah.”
Kita pun mandi, bersihkan diri bagai, solat subuh semua. Dah settle kita pun bersiap nak pergi kerja.
Kita pun cakap “Ya Allah aku dah nak ke tempat kerja, berkati aku, tempat kerja aku dan semua team di situ Ya Allah”
Kita pun masuk kereta. Baca doa naik kenderaan. Istighfar dan cakap “Ya Allah sampaikan aku di tempat aku nak kerja, mudahkan dan perbanyakkan rezeki aku dan keluarga aku Ya Allah.”
Sampai di tempat kerja, kita masih cakap lagi “Alhamdulillah aku dah sampai Ya Allah, lancarkan mulutku untuk aku berbincang, luaskan minda dan hatiku untuk menerima pendapat, kuatkan kudratku untuk aku terus menerus siapkan kerja Ya Allah.”
Tak Perlu Rasa Hebat
Kawan-kawan,
Kita selalu sebut percakapan itu adalah doa. Maka kita kena buat.
Pengharapan kita kepada Allah pada setiap perkara itu sangat-sangat mustahak. Berhenti jadi orang sombong yang rasa diri hebat, rasa diri lebih dari orang lain.
Kalau hari itu kita diuji itu, diuji ini, kita terus cakap “Ya Allah, ujilah aku dengan ujian yang aku boleh terima, boleh hadap, boleh belajar dan boleh perbaiki Ya Allah. Janganlah kau uji diluar kemampuan aku Ya Allah.”
Semua benda gais, semuanya kita bermohon kepada Allah. Kecil besar, semuanya.
Kita nak kaya, kita nak berjaya, mulakanlah hari ini. Letak rasa pergantungan kepada Allah. Apa sahaja, Allah yang tunaikan. Allah yang buat, Allah yang beri keluasan rezeki dan segalanya.
Kita ini hanya alat, hanya hamba yang tak ada kuasa apa-apa. Bermohon, meminta dan mengharaplah kepada Allah, Allah akan beri lebih banyak lagi.
Begitulah.
MW: Jangan putus asa dan sentiasalah bersyukur dengan pemberianNya.
Ini betul… betapa beruntungnya orang yang mampu solat subuh berjemaah, nak-nak pula kalau dapat buat sekali dengan pasangan. In shaa Allah, Allah jaga hubungan dan rezeki dalam keluarga kita.
Lagi manis kalau dapat buat benda baik-baik lain di bulan Ramadan, macam yang Puan Nur Aliah Mohd Nor senaraikan ini. Tak banyak tak apa, tetapi biar istiqomah setiap hari. Selebihnya anda boleh semak sendiri, mampu buat tak?
Salah Satunya Solat Subuh Berjemaah
Jadikan Ramadan tahun ini adalah Ramadan yang paling terbaik dan lain dari lain dalam hidup kita! Macam mana?
1. Buat solat sunat subuh walau kita bangun jam 6.50 pagi sekali pon. Sebab Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.
2. Selepas setiap kali solat 5 waktu, baca zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebanyak 33x. Sebab ini la zikir yang kita boleh istiqamah dan untuk penguat semangat.
3. Paksa diri untuk solat subuh berjemaah sama ada di surau atau di rumah. Sebab ganjaran solat subuh ni sama macam kita berqiamullail waktu malam!
4. Cepat-cepat baca doa selepas dengar azan berkumandang. Sebab waktu ini adalah waktu musjatab untuk kita berdoa.
5. Bukan kerja je kena fokus, solat pon kena fokus. Kalau kita tak boleh nak faham semua bacaan dalam solat kita, sekurang-kurangnya kita hayati setiap bait-bait bacaan dalam surah Al-Fatihah.
6. Berlatih juga untuk ingat bacaan duduk di antara 2 sujud. Tips ingat je keyword ini : ampun, sayang, aib, darjat, rezeki, petunjuk, sihat, maaf.
7. Baca Al-Quran setiap hari terutama selepas solat subuh. Amalkan juga 4 surah di bawah ini setiap hari,
– Waktu Subuh : AL-WAQIAH – Waktu Dhuha : AR-RAHMAN – Waktu Maghrib : YASIIN – Waktu Isya : AL-MULK
8. Amalkan solat-solat sunat seperti Qabliyyah, Ba’diyyah, Witir, Dhuha, Tahajud, Taubat dan Hajat. InshaAllah bertambah redha dan sayang Allah pada kita.
9. Ambil masa 15-20 minit fokus zikir 1,000x atau istighfar 100x. Kemudian berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tips : Sentiasa bawa count stock itu ke mana-mana.
10. Berazam untuk sedekah setiap hari. Atau bantu keluarga terdekat. Sekali-sekala belanjalah adik beradik atau mak ayah kita. InshaAllah rezeki tu datang berganda-ganda!
Semoga dengan 10 amalan ini, kita dapat mencari jalan keluar yang hanya kita sahaja ketahui, kita kuatkan lagi doa serta usaha agar dihadiahkan rezeki dan kita memaafkan semua orang di waktu malam yang sunyi. Barulah tenang hati ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mulianya level seorang ibu itu. Doanya tiada hijab dan itulah syurga buat seorang anak. Seorang ibu, kedudukannya sangat istimewa, dialah mengandung dan bertarung nyawa melahirkan anak.
Jadi, level seorang ibu cukup tinggi di sisi Allah. Sanggup korbankan apa saja untuk anak dan kebahagiaan orang yang disayangi. Tanpa ibu, siapalah kita di dunia ini.
Beruntunglah bagi yang masih ada ibu dan sanggup mendoakan untuk anak-anaknya. Sebab doanya tiada hijab dan terus diangkat. Tapi berapa ramai daripada kita yang mendoakan untuk mak ayah.
Inilah yang dikongsikan oleh Ustaz Mohammad Asraff tentang level seorang ibu dan betapa doa itu mustajab bila kita selitkan nama ibu.
Tempoh hari saya singgah ke kedai runcit, terdengar sebuah perbualan seorang lelaki yang sedang loudspeaker phone bercakap dengan ibunya.
“Rul, kalau nak berdoa apa-apa jual nama ibu ya”.
Semasa mendengar perbualan tersebut saya merasa pelik. Kenapa pula nak menjual nama ibunya?
Ibunya sambung lagi, kalau Rul nak mudah pergi umrah doa macam ini.
“Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk menunaikan umrah, aku nak sangat bawa ibu melawat Mekah sekali”
Kalau Rul nak beli rumah, doa begini
“Ya Allah lancarkan urusan beli rumah agar jika ibu datang melawat & bermalam dia rasa selesa”
Insya Allah doa tu naik tanpa hijab.
Tinggi Darjat Seorang Ibu
Masya Allah, tak terfikir seorang ibu mendidik anaknya mengenai doa sebegitu sekali.
Kemudian ibunya berkongsi pula tentang satu ceramah yang beliau hadiri. Kisah seorang sahabat yang badannya gemok tapi berkahwin dengan seorang isteri yang sangat cantik. Sahabat-sahabat Nabi saw pun bertanya padanya apa rahsia dapat isteri yang cantik.
Beliau pun share Setiap hari aku berdoa, Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang bila mana mak aku pandang wajahnya, mak terus berasa sayang & kasih padanya”
Allahuakhbar
*Mulia sungguh Allah tempatkan level seorang ibu ni kan?
Lepas ni tuan & puan bolehlah berdoa sambil selit nama mak.
Jika mak sudah tiada gunalah nama ayah atau mak & ayah mertua.
Tapi jika mak & ayah semua sudah tiada, kita boleh berdoa.
“Ya Allah, limpahkanlah rezeki sebanyak-banyaknya kepadaku supaya aku dapat berinfaq buat mak & ayahku di alam sana. Aku nak sangat buat mereka gembira, sebab dulu masa kecil mereka selalu gembirakan aku.”
Insya Allah, dengan niat yang murni & penuh kasih sayang macam ni pasti Allah akan lebih mudah makbulkan doa kita.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...