Isu basikal lajak mengundang rasa bimbang di kalangan ibu bapa dan juga pengguna jalan raya. Terbaru,  ibu bapa kepada anak yang terlibat dalam dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Oleh itu, sebagai ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang penting dalam mengawal aktiviti anak-anak di luar rumah. Sememangnya tiada undang-udang khas bagi pesalah kanak-kanak kerana mereka masih di bawah umur.

Menurut Penganalis Jenayah, Kamal Affendi Hashim, perkara utama yang perlu diambil berat sebelum kanak-kanak menunggang basikal adalah aspek keselamatan sama ada dari segi pemakaian yang sesuai untuk sukan berbasikal dan juga helmet yang sepadan.

“Sesungguhnya rata-ratanya kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak adalah di luar kawalan ibu bapa. Kebiasaannya anak terlibat dengan aktiviti ini ketika ibu bapa masih di pejabat. Mereka beranikan diri walaupun tahu perkara ini salah di sisi undang-undang.

IKLAN

“Kadang-kadang berbalik juga kepada pengajuran siapa aktiviti basikal lajak ini sebab dari situ punca perkara ini berlaku. Biasanya di kalangan mereka juga, jika tidak terima ajakan kawan-kawan, mereka takut diejek. Oleh itu dengan terpaksa dan ada juga rela demi kebanggaan, kanak-kanak ini sanggup lakukan apa sahaja.

“Tidak kiralah kanak-kanak atau remaja, orang dewasa sekali pun akan rasa bangga apabila dipuji. Apalah lagi mereka yang masih kecil,” katanya satu-persatu.

IKLAN
Anak-anak Terlibat Basikal Lajak Kadang-kadang Di luar Kawalan Ibu Bapa, Terikut Kawan & Ingin Menunjuk
Sumber: Sinar Harian

Cari Solusi

Jelas Kamal Affendi lagi, dalam permasalahan ini, setiap daripada kita sebaiknya mencari solusi yang terbaik untuk selesaikan masalah basikal lajak ini. Jangan menuding jari kepada satu pihak sahaja, menyalahkan ibu bapa tidak dapat menyelesaikan masalah.

Oleh itu, carilah alternatif untuk menghalang aktiviti basikal lajak ini daripada berleluasa. Terlalu banyak punca yang menyumbang kepada aktiviti basikal lajak termasuklah kawan-kawan dan juga persekitaran.

IKLAN

Cara klasik memarahi anak jelas sekali tidak mampu menghalang mereka, sebaliknya dia menyarankan berikan ilmu secukupnya kepada anak-anak. Di samping itu, gunakan cara halus untuk menegur anak-anak atau secara psikologi terbalik.

“Ikutkan hati, memang kita ingin gunakan kekasaran tetapi kita perlu mencari alternatif terbaik untuk selesaikan. Gunakan pendekatan yang berhemah untuk mendidik anak-anak,” katanya lagi ketika menjadi tetamu jemputan di Mingguan Wanita Talkshow tengahari tadi.

Bagi mereka yang ketinggalan menonton MW Talkshow tengahari tadi, jangan lupa saksikan siaran ulangan pada jam 8 malam di Astro Prima 105 & Prima HD 121.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI