Anak-anak Tak Minta, Tapi Ayahlah Kena Ada ‘Rasa’ Bawa Jalan-jalan

Share

Bapa anak ramai ini, Muhd Nur Syafiq berkongsi kisah. Anak-anak nya seramai 8 orang memahami keadaan ayah. Jauh sekali mahu meminta-minta dibelikan sesuatu apatah lagi bawa jalan-jalan.

Namun, sebagai ayah yang punya rasa tanggungjawab tetap mahu berikan kegembiraan buat anak-anak dan isteri. Walau badan terasa penat, tetap mahu tunai hasrat hati anak-anak bawa jalan-jalan. Lagi-lagi memahami keadaan anak-anaknya yang sudah lama hidup berkurung.

Anak-anak Ramai, Ayah Tetap Bawa Jalan-jalan

Sebak ni. Serius sebak. Tak plan pun nak keluar kemana-mana tadi. Penat. Badan perlu rehat sebab esok kerja lagi.

Tapi pandang muka sorang-sorang alahai, kesian. Ingat nak bawa ronda-ronda naik kereta je. Maka semua pakai baju basahan duduk rumah. Tak tukar baju elok pun. Dengan abah gasaklah. Janji berbaju.

Durrah tidur, so bawa the boys jelah. Bila dah masuk kereta, masing-masing tak tahu nak kemana. Bertahun tak keluar la katakan.

Sedih aku bila anak-anak cakap beli pisang cheese je bah. Kami tak nak apa-apa. Kesian abah pulak. Boleh ke bah?

Singgah beli pisang goreng, aku lajak bawa anak-anak ke Taman Tasik. Berhenti je kereta di tempat parkir kemain mereka berlima bersorak. Berebut-rebut nak suapkan aku pisang goreng yang masih panas.

Ya Allah, dapat rasa anak-anak memang perlukan masa berkualiti macam ni. Ali tak lepas pegang tangan aku. Amjad pulak dok minta didukung. Puas agaknya bermanja tanpa Durrah.

Perasaan bersalah semakin menebal. Lama kami tak beraktiviti macam ni. Anak-anak rindu tapi tak pandai meluah. Rizqi peluk pinggang aku kuat.

Yusuf dan Asyril tersenyum lebar. Dua bekas pisang goreng sekejap je licin. Aku biarkan mereka berlari bebas.

Baca sini : Renung wajah letih isteri, suami sebak hargai pengorbanannya jaga anak 8

Walau Sekejap, Kenangan Manis Tetap Tercipta

Walau sekejap masa yang diluang bersama, namun kenangan manis tetap tercipta. Masuk kereta, tak habis-habis mereka ucap terima kasih abah. Terima kasih abah.

Anak-anak ibarat kain putih, ibubapalah yang mencorakkannya. Anak-anak ini tidak pandai meminta-minta. Kerana itu ajaran mama sekian lama. Mereka menerima siapa abah siapa mama mereka seadanya. Benarlah, baik acuan baiklah kejadian.Hanya dengan sedikit ucapan penghargaan, buat seluruh jiwa abah bergetaran.

Ya Allah, jadikan anak-anak lelaki kami anak yang soleh. Jadikan juga kami ibu bapa yang tenang dan sabar.

Terima kasih anak-anak. Maafkan abah atas segala kekurangan. Nanti kita repeat lagi, bawa semua sekali. Balik rumah, kena fikir macam mana nak pujuk the girls yang kena tinggal. Huhuhu.

Mingguan Wanita : Murah rezeki mak ayah yang gembirakan hati anak-anaknya.

Sumber/Foto : Muhd Nur Syafiq

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:


Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Netty Ah Hiyer