“Anak-anak mak dibesarkan penuh kasih sayang, tak jumpa sehari rasa rindu” itulah antara ungkapan ibu kesayangan kepada Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, Normah Damanhuri.
Pelakon veteran itu dipuji dek kerana hubungan akrab antara anak-anaknya. Ibu kepada lima anak iaitu Uji, Rose Azlin (Kak Nona), Lydia, Liana (Kak KM) dan Ahya akui dia sendiri sangat menjaga tutur bahasa ketika berbicara dengan anak-anak. Malah sejak kecil dirinya juga tidak membahasakan perkataan ‘aku’ pada anak-anaknya.
“Anak-anak mak sangat rapat sejak kecil, mereka ni tak boleh berpisah. Nasib baik walau kelima-lima sudah berkahwin dan tinggal di sekitar Kuala Lumpur jadi setiap hari boleh berjumpa.
“Saya menerapkan antara kami anak beranak saling sayang menyayangi. Mereka akan berpelukan antara satu sama lain bila berjumpa dan masing-masing ceria. Dulu masa anak bongsu Ahya bujang, dia ke Hong Kong kami menangis setiap hari sebab terlalu rindukan. Bila masak masakan kegemaran Ahya pasti akan teringatkan dia,” ungkap Normah.
Ketika ditemubual Kak KM dan Kak Nona juga akui mereka belajar saling menyangi sejak kecil apabila melihat hubungan kasih sayang yang akrab antara ibu dan arwah ayah.
Ads
“Sejak kecil mak dan ayah besarkan kami penuh kasih sayang. Kami nampak mak selalu baring atas riba ayah. Malah mak sendiri tak pernah bercakap kasar dengan anak-anak. Kami sangat menghormati kedua orang tua kami dan saling berpelukan bila berjumpa. Malah kami sendiri terapkan pada anak-anak kami agar hubungan adik beradik tidak boleh putus dan sentiasa menyayangi antara satu dan lain” ujar Kak Nona.
Tak Pernah Rasa Kecil Hati
Normah juga menerangkan dia sangat beruntung kerana anak-anak dan cucu begitu membahagiakan dirinya.
“Tip cara mak besarkan anak-anak. Memang mak dengan anak-anak sangat berkasih sayang. Mereka tak pernah melawan atau bercakap kasar dengan mak.
“Mereka sangat sayang, muliakan, bahagiakan mak. Mak pula jenis bersusun cakap, berlapik tak pernah rasa nak kecil hati,” luah Normah.
Ads
Dapat Pujian Warganet
Kasih sayang antara Normah dan anak-anak mendapat pujian dari warganet.
“Alhamdulillah, setakat ini mak tengok warganet puji dan mendoakan mak. Sangat bersyukur semua kata-kata yang dikeluarkan sangat baik. Mak terharu dengan doa mereka dan menghargainya. Ada yang kata sedih dah tiada mak dan ada juga yang nak buat ikut cara begini. Secara tak langsung ia bagi contoh kepada anak-anak di luar sana,” kongsinya.
Nasi Lemak Daun Pisang & Manisan Warisan Bonda Normah Damanhuri Tarikan Di Festival Kampung Tradisi
Bercerita tentang perkembangan terkini, kakak kepada Kak KM iaitu Kak Nona yang juga merupakan pengasas bersama syarikat pengurusan acara RAR Sky Sdn Bhd bersama suami, En Iskandar Ali bakal menganjurkan Festival Kampung Tradisi yang berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik yang mengetengahkan kekayaan budaya dan tradisi Melayu serta warisan rakyat Malaysia pada 12 hingga 15 Disember ini di Dataran Pantai Morib.
Ads
“Festival ini bertujuan untuk memperkenalkan dan menghidupkan semula budaya tradisional yang sudah menjadi sebahagian daripada identiti negara. Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan tradisi, permainan rakyat, makanan kampung dari perkampungan Mat Kilau, dan persembahan seni akan berlangsung sepanjang festival ini,” jelasnya.
Ahli Dewan Negeri, N01 YB Datuk Rizam Bin Ismail turut hadir memeriahkan majlis.
Antara barisan artis yang hadir menyerikan majlis Sidang Media Festival Kampung Tradisi yang bakal diadakan pada 12 sehingga 15 Disember ini.
Selain itu, festival ini turut menampilkan persembahan daripada artis-artis terkenal tanah air, antaranya Aan Ways, Azan Scan, Kak KM, Keena Mentor, Rina Eva, Jibam Ramlee, Elly Xceed, Syura Badron, Ahmad Yasin dan Kumpulan Kristal.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat dan turut serta dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sambil menyokong budaya tradisi Malaysia. Sertai kami di Festival Kampung Tradisi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor pada 12,13,14,15 Disember ini di Dataran Pantai Morib untuk pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mawar Abdul Karim, 30 redha perkahwinan yang dibina bersama Fizo Omar, 34 berakhir dengan penceraian. Jodoh mereka ternyata berakhir hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Enam tahun mempertahankan hubungan suami isteri bukanlah satu detik yang singkat. Namun, sudah tertulis jodoh mereka berakhir sebegini. Yang pasti, ianya pengakhiran dengan cara yang baik.
Ianya Satu Permulaan Bukan Pengakhiran
Terima kasih saya nak ucapkan kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan Mawar. Segala penulisan yang positive dari kawan media dan komen-komen yang positive dari netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua untuk kami.
Apa yang berlaku di antara saya dan Mawar ini adalah dengan izinNYA. Setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dengan cara baik. Sesiapa yang berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Tapi perancangan Allah untuk kita adalah yang terbaik.
Saya terima dengan takdir ini dan saya percaya Allah tidak pernah zalim kepada hambaNYA dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Dan kita sebagai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yang positive dan jangan sesekali bersangka buruk kepada takdirnya.
Punca Dan Sebab Yang Berlaku Ini Adalah Kerana..
Hari ini, 10 Julai 2019, dengan izin Allah, status kami sebagai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kepada CO- PARENT kepada zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kepada kami untuk menjaga dan mendidiknya.
Insya-Allah hubungan baik saya dan mawar akan berterusan dan saya pasti hikmah di sebaliknya kami terus menjaga silaturahim di antara kami dan kelurga akan bertambah erat.
Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dalam hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.
Tiada perbalahan di antara kami dan punca dan sebab yang berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.
Semoga dengan takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing-masing untuk menjadi insan yang lebih baik kelak.
Saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Mawar dan keluarga, juga berterima kasih di atas doa dan sokongan daripada anda semua yang berterusan untuk kebaikan kami.
MW : Terharu dengan tindakan Fizo dan Mawar yang memilih untuk terus menjadi sahabat baik demi satu-satunya permata hati mereka. MW mendoakan agar Mawar dan Fizo tabah menjalani hari-hari mendatang.
Was-was, boleh ke dapat Covid dari makanan atau bungkusan makanan? Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani telah berkongsi info berguna secara umum terutamanya buat mak-mak yang kadangkala keliru samaada wabak bahaya, Covid-19 boleh berjangit dari makanan atau bungkusan makanan.
Was-Was, Boleh Ke Dapat COVID Dari Makanan Atau Bungkusan Makanan?
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Dr Izzar telah sudi berkongsi info berguna di mana rupa-rupanya tidak perlu disinfeksi bungkusan makanan.
“Boleh ke dapat COVID dari makanan atau bungkusan makanan?
“Kadang-kadang balik dari pasar atau ambil bungkusan makanan dari penghantar makanan tu, risau juga kot-kot ada virus C-19. Bahaya ke?
“Tiada sebarang bukti mengatakan kita boleh dapat C-19 melalui makanan atau bungkusan makanan. C-19 merebak melalui respiratory/pernafasan dari titisan air/ aerosol orang dijangkiti yang batuk atau bersin.
“C-19 tak hidup atas permukaan makanan seperti buah, sayur, makanan beku sebab C-19 memerlukan host /perumah yang hidup (manusia) untuk terus hidup,” tulis Dr Izzar.
Cuci Tangan Betul-Betul Selepas & Sebelum Kendalikan Bungkusan Makanan
Dr Izzar juga memberi info saranan dari WHO.
Apa yang disarankan WHO ialah:
✅ Bersihkan sayur / buah dengan air biasa yang bersih sudah memadai.
✅ Tak perlu disinfeksi bungkusan makanan. Tetapi, perlu mencuci tangan betul2 selepas mengendalikan bungkusan makanan dan sebelum makan.
Kena Patuh SOP
“Sama lah macam kalau dapat parcel. Saya buka siap-siap di luar rumah tu, ambil isi parcel dan bawa masuk rumah. Lepas tu cucilah tangan betul-betul.
“Pergi pasar/ mall pun semua kena patuh SOP kan. Nak masuk pun kena lengkap vaksinasi. Tangan pun perlu kerap dicuci. Kalau semua ni dijaga, insyaAllah okay.
“Ingat ya 3 cara utama virus COVID-19 merebak,” tulis Dr Izzar.
“Bayi Parah Dibaham Kera” Selesai Konvokesyen Kini Bergelar Doktor (Al-Hafizah). Sungguh pantas masa berlalu, selepas 25 tahun kejadian tragedi berdarah berlaku, gadis yang pernah ‘dibaham kera’ ini baru sahaja selesai konvokesyen dan menamatkan pengajian dengan cemerlang.
Terbaru dikongsikan oleh kakak Fatin Nabiha, Annie SK, adik bongsunya yang juga anak kesembilan ini baru sahaja selesai konvokesyen dan berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBCh), Universiti Al-Azhar.
Berikut seperti yang dikongsikan;
Inilah baby girl yang menggemparkan Malaysia in 1998 di muka depan suratkhabar dan masuk semua newspaper dan berita TV dengan tajuk “bayi parah dibaham kera”.
Alhamdulillah finally..
Dr Fatin Nabihah (Al-Hafizah) binti Hj Kamarudin.
The youngest of bin/binti Kamarudins. Bongsu nombor 9.
Born 1997. Pendidikan:
2002: Tabika Perpaduan Gunung Soga
2003-2008: Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Batu Pahat – UPSR 5A
2009-2013: Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ), Kluang – SMRA Pelajar Terbaik Negeri Johor, SMA Mumtaz & SPM 10A
2014-2015: Darul Quran JAKIM – Hafazan Quran 30 juzuk
2015: UIA course Law (tolak)
2015: UPNM Medic (few months je)
2016-2022: Universiti Al-Azhar Medic
Antara Malaysian medic students Al-Azhar yang dapat program pertukaran belajar ke Mexico. Syukur selesai semua.
Tahniah beribu tahniah!
Terdahulu mengimbau kejadian tragedi berlaku pada tahun 1998, dilaporkan bayi perempuan berusia 8 bulan cedera parah di betis kanan dan beberapa jari kirinya hampir putus selepas diserang seekor monyet liar di rumahnya di Jalan Dato’Mohd Shah.
Ketika kejadian kira-kira jam 9.15pagi, Fatin Nabiha tidur dalam buaian di ruang tamu rumah manakala kakaknya Laila Mastura,7 dan abangnya Mohd Faiz,5 bermain berhampiran buaian sebelum monyet liar tersebut menyerang. Monyet liar tersebut dipercayai masuk menerusi tingkap di sebuah bilik.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat Dr Fatin Nabihah (Al-Hafizah) yang berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang perubatan dan bergelar Alhafizah. Ternyata ‘tragedi berdarah’ tersebut memunyai hikmah yang tersendiri, menjadi penguat semangat dan bukan halangan untuk melakar kejayaan cemerlang.