“Ada ke orang perempuan yang tak minat, tak suka dengan pinggan mangkuk? Nak pulak wanita yang suka masak!”
Itu kata-kata yang terzahir di bibir selebriti popular, Rozita Che Wan ketika diajukan pertanyaan tentang koleksi pinggan mangkuk yang terdapat dalam simpanannya.
Menurut Rozita Che Wan atau lebih mesra di sapa Che Ta, dia mula mengumpul beberapa jenama pinggan mangkuk popular sejak 15 tahun yang lalu.
“Sudah 15 tahun saya mempunyai beberapa koleksi pinggan mangkuk Portmeirion ini. Biasalah orang perempuan ni, mestilah hendak koleksi pinggan mangkuk yang rare. Tak mahulah pinggan mangkuk sama dengan rumah orang lain,”ujar Che Ta yang ditemui di Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka yang berlangsung dari 23 Ogos 2024 hingga 1 September 2024 di SZBLOOMS, Bandar Puteri Bangi.
Pesta tersebut menawarkan pelbagai diskaun menarik sehingga 60% untuk koleksi eksklusif Portmeirion, menjadikannya peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi pencinta pinggan mangkuk eksklusif dan penggemar hiasan meja.
Setiap pembelian juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke destinasi impian seperti Maldives, South Korea, atau Australia.
Tambah Che Ta lagi, koleksi yang dimilikinya datang dalam set untuk 12 orang memandangkan meja makan di kediamannya menempatkan 12 orang tetamu untuk menjamu selera.
“Saya amat menitikberatkan ruang makan yang cantik dan bersih kerana ia menjadi elemen makan bersama keluarga lebih bermakna dan sempurna. Saya lebih suka koleksi pinggan mangkuk yang bertutup untuk memastikan tahap kebersihan lebih terjamin,”ujar Che Ta yang anggun mengenakan sut rona kuning.
Selain itu, Che Ta juga mengakui meja makan di kediamannya akan dihias sebaiknya setiap kali menjamu selera bersama keluarga tersayang.
“”Saya akan buat table setting meja makan mengikut kesesuaian. Jika tema merah, saya akan gunakan set berwarna merah, jika warna keemasan, saya akan sesuaikan mengikut tema. Bukan sekadar dekorasi meja makan ketika menerima tetamu, malah setiap masa meja makan akan mendapat sentuhan,”ujar Che Ta lagi.
Meskipun sibuk dengan urusan perniagaan dan lakonan, Che Ta sentiasa memastikan waktu makan malam bersama keluarga sebagai keutamannya untuk berkongsi momen bersama keluarga tersayang.
“Anak-anak saya walaupun mereka sudah bekerja, mereka akan balik ke rumah untuk makan malam bersama. Waktu makan malam adalah waktu untuk kami berkumpul bersama-sama.
Kebiasaannya saya akan pulang lebih awal untuk memasak. Waktu makan adalah masa untuk kami berbual. Memang sesuai dengan konsep creating memories
di mana waktu makan malam kami akan bersama-sama.Selain itu, menurut Che Ta, anak-anak juga lebih suka makan di rumah kerana suasana lebih menarik di rumah serta makanan yang di masak di rumah lebih sedap berbanding makan di luar.
“Kami jarang makan di luar. Kadang-kadang untuk majlis istimewa bersama keluarga, saya akan panggil Cef datang ke rumah dan masak untuk kami,”ujar Che Ta lagi.
Meskipun tinggal di rumah mewah, Rozita Che Wan berkata dia akan memasak untuk keluarga kerana air tangan ibu adalah pengikat kasih sayang seisi keluarga. Namun begitu, Che Ta juga tidak pernah menyisihkan pembantu rumahnya dalam soal makanan.
“Saya memang akan memastikan Zain dan anak-anak akan makan malam bersama-sama. Kadang-kadang, saya ajak pembantu untuk makan bersama-sama. Tapi biasalah, pembantu lebih selesa makan sendiri.”
Ketika ditanya mengenai ‘pantang larang’ Che Ta di meja makan, ibu kepada tiga cahayamata ini tersenyum dan berkata ada beberapa perkara yang diberi perhatian khusus ketika di meja makan.
“Saya amat cerewet bab-bab adab di meja makan ni. Jangan bagi tumpah kuah dan sebagainya. Selain itu, perlu duduk elok-elok, jangan pula bersila di atas kerusi. Saya amat particular. Makan juga jangan berbunyi. Sendawa pun perlu perlahan je. Adab di meja makan ni sememangnya bermula dari rumah,”ujar Che Ta lagi.
Ketika ditanya mengenai cara penjagaan pinggan mangkuk koleksinya yang bernilai itu, Che Ta berkata dia memastikan penggunaan pinggan mangkuk ini dengan cermat.
“Tak kisah lah pinggan mangkuk itu mahal atau murah, yang penting perlu cermat dan berhati-hati ketika membasuhnya. Sejak kecil, anak-anak saya tak galakkan mereka angkat pinggan ke dapur. Takut dalam perjalanan nak ke dapur tu mereka cemerkap dan pinggan pecah.
Seperti sekarang ni pun Zain memang galakkan Aisyah basuh sendiri pinggan. Tetapi saya larang sebab takut pecah pulak pinggan. Tapi saya tetap beri Aisyah berdikari dengan basuh pinggan-pinggan plastik dan sebagainya,”ujar Che Ta seraya mengakhiri perbualan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE