Y.M Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 47 yang lebih dikenali sebagai Raja Azura atau Kak Engku merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio yang cukup berbakat. Agak lama menyepikan diri dalam bidang seni, perkembangan terkini Raja Azura adalah mengusahakan perniagaan Entradtv.com yang baru sahaja bermula April ini. Ia merupakan sebuah radio internet yang memfokuskan liku-liku perjalanan individu sebelum bergelar usahawan berjaya serta menyediakan platform untuk berkongsi karya tanpa halangan.
Baru-baru ini, Mingguan Wanita sempat menemu bual selebriti ini yang sudi berkongsi pelbagai cerita dan secebis kisah peribadinya terutama melibatkan anak-anak dan pengalamannya bergelar ibu tunggal.
Tegas Dengan Anak-Anak
Memiliki anak-anak yang sedang meningkat remaja kebiasaan mak ayah menghadapi cabaran tersendiri. Namun, Raja Azura bertuah kerana mempunyai anak-anak yang cukup mendengar kata.Cuma dari sudut percakapan anak-anaknya dia masih perlu memantau gaya bahasa yang sering digunakan oleh anak remaja sekarang.
“Alhamdulillah anak-anak saya semua mendengar kata, diorang nak buat apa-apa pun diorang kena dengar saya punya order dulu. Saya kata OK, then Ok. If I said No then No. Kalau diorang nak buat apa-apa pun kena tanya saya dulu.Even diorang nak pergi kedai depan rumah pun, kena tanya saya dulu.Kalau saya tak bagi keluar, diorang tak keluarlah.”
Raja Azura juga cukup bertegas dalam menghukum kesalahan anak-anaknya ketika mereka masih kecil dahulu. Dia pastikan jika seorang yang buat kesalahan, semua turut mendapat ‘habuan’nya.
“Masa diorang kecil-kecil dahulu, bila seorang buat ketiga-tiga kena libas. Saya bukan jenis yang pukul manja-manja, saya libas betul-betul. Biar hari ini diorang rasa sedikit pun tak apa, supaya saya tak kesal bila mereka dah besar nanti,” ujar Raja Azura.
Ads
Tambah bekas penyampai Sinar Fm ini, meskipun membenarkan anak-anak mempunyai handphone sendiri, namun dirinya bertegas dari segi waktu penggunaannya serta masa bersama keluarga. Raja Azura menetapkan undang-undang, bila waktu makan handphone perlu letak tepi. Begitu juga sewaktu dalam kereta.
Anak-anak Raja Azura yang kian meningkat remaja, Megat Muhammad Raziq,17, Megat Luqman Hakim,16 dan Puteri Mikia Maizurah,14 .
Hubungan Rapat Dengan Anak-Anak
Ketiga-tiga anak-anak Kak Engku tinggal di asrama. Anak yang pertama Megat Muhammad Raziq,17 dan kedua Megat Luqman Hakim,16 berada di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tunku Ampuan Jemaah manakala puteri bongsu Puteri Mikia Maizurah,14 di Sekolah Seni Malaysia, Kuala Lumpur.
Meskipun anak-anak tinggal di asrama, hubungan Raja Azura dan anak-anak juga cukup rapat dan sering meluangkan masa bersama-sama mereka. Raja Azura pastikan dirinya bijak mengatur masa, melawat anak-anaknya setiap minggu. Masak, bawa makanan dan berkelah bersama-sama.Kak Engku juga sering ingatkan pada anak-anakya penting tanamkan sifat kasih sayang sesama adik beradik.
“Mereka adalah kawan dan anak saya, kami sering berkongsi perkara bersama-sama”
Ads
“Saya selalu ingatkan dengan diorang, kita macam mana waima apa jadi sekalipun kita kena sayang adik beradik kita. Kalau kita nak cari pasangan dalam hidup kita pun, pertama sekali dia mesti sayang adik adik kita, dia mesti sayang keluarga kita dan mesti boleh terima mak kita.Kalau orang itu cuba memisahkan kita adik beradik, itu bukanlah pasangan yang terbaik dalam hidup kita. So benda-benda itu amat penting,” ujar wanita ini
Tambah Raja Azura lagi, dia sering berpesan pada anak sulungnya, Raziq kena jaga adik-adiknya. Adik-adiknya mesti dengar dan tanya pandangan abang sulung dahulu sampai bila-bila.
Sesi fotoshoot menampilkan puteri bongsu kesayangan, sempena Penghias Muka Hadapan Mingguan Wanita isu Mei vol 1 nanti.
Anak-Anak Kekuatan Terbesar
Mengakui dirinya seorang yang susah menangis, namun Raja Azura akur mudah menangis apabila disentuh soal anak-anak. Tak kisahlah anak-anaknya sendiri, anak-anak yatim atau anak-anak orang yang lebih memerlukan dan ibu bapa. Malah kekuatan terbesar dan tulang belakang Raja Azura adalah anak-anaknya, yang diibaratkan seperti menanam pokok.
“Kekuatan saya anak-anak saya. Itu ialah kekuatan yang paling besar, sebab itu adalah amanah yang Allah bagi pada saya. Saya harus memberi.. Macam kita tanam pokok, kita kena tanah baja yang baik, kita kena siram pokok hari-hari. Supaya saya membuahkan hasil yang baik. Supaya anak-anak saya suatu hari,mereka apabila.. benefit yang saya berikan pada mereka, pelajaran, agama dengan kasih sayang, benda tu yang mereka akan bawa kepada saya pulak.Saya percaya satu hari nanti, masa mereka untuk menjaga saya. Jadi hari ini saya harus memberi sesuatu yang terbaik untuk anak saya”, jelasnya.
Ads
Cara Membawa Diri & Mengumpul Kekuatan Sebagai Ibu Tunggal
Hampir 10 tahun menjadi ibu tunggal kepada 3 orang cahayamata, ternyata Raja Azura mempunyai cara tersendiri dalam mengumpul kekuatan dalam menyandang ‘gelaran’ ini. Ia tidak mudah namun ini tips yang dikongsikan buat wanita yang turut bergelar ibu tunggal.
“Bergelar ibu tunggal amatlah besar dan berat. Ringan bagi ibu tunggal yang ditinggalkan harta oleh bekas suami. Maksudnya bila berpisah mereka dapat nafkah, mereka dapat nafkah setiap bulan untuk anak-anak dan bekas suami bertanggungjawab untuk beri duit, ia tak lah berat sangat. Tapi berat diantara mereka yang bekas suami tidak bertanggungjawab dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik. Tapi itu kita letak tepi dulu. Misi pandang ke hadapan yang sudah-sudah tu, sudah lah. Apa yang ada hari ni, di depan mata kita kena move on.”
“Pertama sekali maafkan apa yang telah berlaku. Terima seadanya dengan redha. Saya percaya kalau kita buang perasaan hasad dengki dan cemburu, kita akan boleh duduk diatas redha itu dengan berkat Allah SWT. Rezeki pun memang datang daripada Dia. Kita kena Yakin”.
“Saya nak ingatkan pada ibu tunggal, jangan sesekali kita mengaibkan bekas suami dan memburuk-burukkan bekas suami pada anak-anak. Sebab anak-anak adalah zuriat dia juga. Doa ayah juga membawa kejayaan pada anak-anak. Doa ibu membawa ke syurga. Bekerja keraslah dan sentiasa ikhlas untuk menjaga anak-anak”
“Jangan meminta pandangan daripada mereka-mereka yang tidak ada kekuatan.Lebih kurang sama keadaanya macam kita.Nanti kita pun akan terbawa-bawa. Mintalah pandangan daripada mereka-mereka bijak pandai lebih-lebih lagi dari segi agama dan dekatkan diri dengan keluarga. Ibu bapa yang paling baik.Dengarlah nasihat mereka. Insya Allah, kekuatan itu akan datang dengan sendiri. Kesimpulannya disitu, keikhlasan hati kita untuk menjaga amanah Allah, Allah akan bagi yang terbaik dalam kehidupan kita. Ikhlaskan sahaja hati” ujar Raja Azura panjang lebar.
Pertemuan ringkas bersama wanita bergelar Raja Azura berkongsi pelbagai cerita tentang dirinya ternyata cukup bermakna. Menjadi ibu tunggal, pernah melalui episod perceraian dan membesarkan 3 orang anak-anak sendirian nyata bukan mudah. Namun wanita cekal ini terus positif dan memandang ke hadapan demi memberikan yang terbaik dalam kehidupan buat anak-anaknya tersayang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Aisyah Aziz berhijab. Tahniah diucapkan buat adik kepada Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz yang kini sudah berhijab. Akui penyanyi yang berasal dari Singapura itu lagi dirinya mula berubah sejak setahun lalu apabila belajar memantapkan solat. Sejak itu, dirinya mendalami agama Islam dengan lebih sempurna.
Pemilik nama sebenar Nur Aisyah Aziz, 30 turut meluahkan dirinya tidak menyangka tindakannya itu bagai satu jawapan kepada doa yang pernah dipanjatkan kepada Allah SWT dalam proses memperbaiki diri.
Aisyah Aziz Berhijab
Sempena tahun baru 2024, Aisyah meluahkan dirinya berasa sangat bertuah kerana dikurniakan hidayah.
“Saya ingat lagi tahun lalu saya berdoa kepada Allah untuk kurniakan saya hidayah, izinkan saya mendapat petunjuk-Nya selain kuat melepaskan apa yang perlu.
“Apabila saya berdoa begitu, pastinya Allah memberi peluang untuk hamba-Nya menjadi lebih kuat. Saya diuji dengan dugaan pada 23 Januari tahun lalu sebagai petunjuk daripada-Nya.
“Saya memperbaiki solat daripada seorang rakan dengan cara tidak pernah disangka ia akan memberi inspirasi selain mendapat ketenangan dalam jiwa,” ungkapnya seperti mana dikongsi menerusi Instastory miliknya.
Erti Kesederhanaan & Tidak Mengejar Duniawi
Aisyah turut menyatakan sejak proses itu dirinya lebih mengerti tentang kesederhaan dalam hidup dan tidak lagi mengejar duniawi.
“Saya lebih memahami erti sederhana. Saya menangis sendiri dan bertanya adakah boleh untuk menghidari daripada perkara yang berkaitan duniawi.
“Hubungan dengan ibu ayah juga semakin baik dan saya dapat mengerjakan ibadah Umrah pada hujung tahun.
“Terlalu banyak untuk saya kongsikan namun belum tiba masanya. Mungkin ia antara saya dan Allah sahaja,” kongsi Aisyah yang cantik berhijab.
“Tidaklah nak sembunyikan beriya-iya, tunggu anak besar buat keputusan sendiri” begitulah luahan pengacara, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein ketika ditemui di Majlis Sidang Media Ceria Popstar baru-baru ini tentang tindakkannya tidak mendedahkan wajah anaknya di media sosial.
Tindakannya itu membuatkan ada segelintir yang kurang senang. Namun Elly menegaskan dia ada cara tersendiri dalam mendidik anaknya.
“Tidaklah Nak Sembunyikan Beriya-Iya”
Elly yang juga ibu kepada dua orang anak Putri Sara Sefhia, 6, dan Haider Mateen yang kini berusia lapan bulan dan suami Mohamad Azlan Che Nuh, 32 keputusan yang dibuat hasil tindak balas anaknya sendiri ketika berada di khalayak ramai.
“Sebenarnya saya tidaklah nak sembunyikan beriya-iya, tapi saya nak tunggu anak besar dan biar dia buat keputusan sendiri.
“Bila kami berjalan-jalan, anak tiba-tiba menyorok, Saya tanya kenapa? Anak aku tak suka ke?
“Jadi, dari situ saya ikut tindak balas anak.
“Bila orang ambil gambar dia akan pergi belakang saya (menyorok). Jadi saya nak biar anak yang buat keputusannya sendiri” kongsi Elly.
Biar Anak Buat Keputusan Sendiri
Tegas dengan pendapatnya, Elly menerangkan tidak salah pun untuk siapa-siapa mendedahkan anak mereka di media sosial.
Malah tidak menganggap tindakan mendedahkan wajah anak di media sosial adalah salah dan menegaskan setiap orang mempunyai pilihan sendiri.
“Itu adalah pendapat saya, tak salah pun untuk siapa-siapa yang nak dedahkan anak mereka.
“Tak ada masalah, itu hak masing-masing.
“Kita dah besar semua orang ada hak masing-masing.
“Semua orang ada hak dan boleh buat apa sahaja untuk diri mereka. Tapi untuk saya, ada cara tersendiri. Ada perkara saya kena puaskan hati keluarga saya saja”
“Saya sebenarnya tak baca gosip, sebab itu saya tak pernah tahu apa berlaku kat luar dan saya tak pernah kisah apa pun orang luar cakap pasal anak” luah Elly yang juga berharap peminatnya memahami keputusan yang dibuat.
Syamsul & Puteri Sarah setuju bercerai cara baik & aman, lafaz talak pada 18 April ini. Selepas menghadapi episod demi episod, pasangan suami isteri Syamsul Yusof dan Puteri Sarah setuju untuk bercerai secara aman pada 18 hb April ini.
Pagi ini, di Mahkamah Rendah Syariah telah menetapkan prosiding kes lafaz cerai pengarah, Syamsul Yusof terhadap isterinya, Puteri Sarah akan disebut pada 18 April ini.
Syamsul & Puteri Sarah Setuju Bercerai Cara Aman & Aman
Memetik laporan Sinar Harian, ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas berhubung status Jawatankuasa Pendamai (JKP), peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah, 38, berkata, Syamsul dan Puteri Sarah, telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman.
“Lisa harap yang mereka tak rasa kepayahan untuk istiqamah tu tidak diambil kira sebab istiqamah itu adalah satu ibadah” kata Datin Lisa Surihani. Tutur caranya yang tidak lekang menyebut alhamdulillah membuatkan min cair..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...