Ada benarnya bahawa anak-anak ini adalah hiburan dunia semata-mata. Menjadi tanggungjawab kita sebagai mak ayah memilih untuk jadi lalai dengan anak-anak mahupun jadikan pahala. Bila anak-anak dan besar panjang dan ada kehidupan masing-masing, sebaiknya kita permudahkan lah segala urusan mereka.

Sesuatu yang boleh dipelajari daripada perkongsian Puan Kamalia Kamal ini.

Ada satu pekara aneh yang berlaku pada mak mertua kak kay masa 1st time raya rumah dia dulu.Anak dia 10 orang. 9 lelaki , 1 perempuan. Hari raya pertama cuma kami je ada beraya dengan dia. Pelik kan?”

Mak rilek je, bangun pagi, masak kuah kacang, bersiap ready nak solat raya. Kak kay pulak yang gelabah.

Kalau mak kak kay ni, memang dah huru hara call semua orang suruh balik pakej kirim lemang rendang bagai. Tapi mak mertua kak kay ni lain. Sangat lain.

“Mak, nak orang call sesape ke pepagi ni?”

“Hish tak payahlah. Moh kita siap ke masjid”

Ah sudah, mak mertua aku ni terasa sangat ke sampai cakap gini?

IKLAN

“Mak terasa ke? Boleh je call diorang ni” mula dah kak kay tak sedap hati.

“Arwah ayah dulu ajar mak kalau sayang anak jangan beratkan dia. Dia dah banyak tanggungjawab, kita mak ni tak boleh perintah-perintah. Jangan pasal kita ikut nafsu, anak pula jatuh derhaka.”

Mudahkan Urusan Anak

Mak kena selalu mudahkan anak. Awak jadi mak pun kena gini.Kalau dia balik alhamdulilah, tak balik pun takpe, jangan kita beratkan mereka. Allah dah kata anak-anak ni hiburan dunia, kita yang pilih nak lalai dengan dia atau nak jadikan pahala.

Toksah kalut lah

Pergh deeeeeep weh! Deep habis ustazah kholma bagi sebijik kat ai, hamik kau! 1st time dapat ilmu gini dari mak mertua sendiri, sentap oi, sumpah sentap.

Elok je sampai masjid, ada belaka anak-anak dia. Sampai rumah lagilah ramai semua ada.

IKLAN

Jadi Rebutan Semua Anak

Mak ni bila rilek to beratkan anak memang jadi rebutan semua anak. Kalau dia datang kolumpo, habis semua anak ajak mak tido umah diorang.

Jenis mak yang tak pernah komplen, tak pernah meminta minta , tak pernah beratkan anak, selalu memaafkan anak memanglah mak yang direbut sentiasa.

Mak mertua kak kay ni tak pernah sekali pun bising kalau anak dia tak call, sepanjang 16 tahun kawin ni, memang tak pernahlah kak kay dengar mak perintah anak dia itu ini.

Bila gini, anak yang gelisah. Kekejap call mak tanya mak ok ke tak, padahal mak rilek je sambil makan kacang tengok ustaz don ceramah kat tibi hari-hari.

IKLAN

Memang aneh kan mak mertua gini. Level hebat dia memang tak boleh bincang!

Jemput share biar jadi inspirasi semua wanita power di luar sana ❤️

Anak-Anak Hiburan Dunia, Kita PILIH Nak Lalai Atau Jadikan Pahala!

Baca Lagi Di Sini:
Mak Tu, TIADA GANTINYA Walau Berapa Harta Yang Kita Ada

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan. Sebagai seorang mak, bila anak-anak dah besar dan ada kehidupan sendiri, berusahalah sebaiknya agar memudahkan urusan mereka. Benar, syurga di bawah telapak kaki ibu. Namun, janganlah meminta-minta, menyuruh itu dan ini diluar bidang dan kemampuan mereka. Anak-anak yang baik akan tahu sendiri tanggungjawab mereka untuk berbakti, tanpa perlu di suruh-suruh.

Sumber: Kamalia Kamal

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI