Anak-anak bukan pelaburan hari tua mak ayah, mesti kena ada simpanan sendiri. Dalam budaya kita, seringkali anak-anak dianggap sebagai pelaburan untuk hari tua ibu bapa.
Ramai ibu bapa berharap agar apabila anak-anak mereka dewasa nanti, anak-anak akan menjaga dan menyokong ibu bapa mereka, sesetengah ibu bapa mungkin mengabaikan keperluan untuk membuat simpanan sendiri.
Namun, pemikiran ini sebenarnya boleh membawa risiko besar kepada kestabilan kewangan di usia tua.
Ini perkongsian oleh Farizal Radzali tentang nasib dan luahan hati seorang ayah yang kesedihan di usia tuanya dan menjual rumah yang dibelikan untuk anak-anak untuk sara kehidupan sendiri.
Ada seorang lelaki berusia 60an, dia jual dua biji rumahnya di Ipoh sebab dia dah tinggal kat KL.
Dia bercerita sambil ketawa. Sesekali ada wajah kagum dan bangga. Comel je orangnya. Walau agak berusia tapi tubuhnya masih tegap dan sihat.
Katanya, dulu dia beli banyak rumah, kononnya untuk anak-anak. Dia ada 4 orang anak. Tapi hanya seorang yang masih tinggal & bekerja di Malaysia, itupun sebab dia belajar sampai tingkatan 3 sahaja. Dia ketawa.
Seorang anaknya doktor, tinggal dan bekerja di London. Dua lagi bekerja di Singapura, seorang arkitek, seorang engineer. Lalu dia senyum bangga.
Katanya yang tinggal di luar negara, dah macam orang luar. Jumpa pun pada cuti perayaan. Setahun atau dua tahun sekali. Dia faham anak-anaknya sibuk.
Yang masih tinggal di Malaysia, walaupun belajar sampai tingkatan 3, tapi dia bijak meniaga. Syarikatnya sekarang dah ada 100 orang staf. Dia senyum bangga.
Saya ikut kagum. Bahagianya seorang ayah bila anak-anaknya berjaya.
Dia kata, hari tu dia saja la cakap kat anaknya, dia nak pencen, tak nak kerja dah. Anaknya diam je, tak cakap apa-apa.
Tapi lepas seminggu, cucunya cakap kat dia, “Tok, janganlah pencen lagi. Saya punya bapak tak boleh tanggung you, sekarang bisnes tak ok,”
Lelaki tadi ketawa kuat, mukanya merah, lama juga. Masa ni saya dapat rasa kesayuan dalam tawanya. Sebaik dia berhenti ketawa, dia lap matanya dengan hujung baju. Saya bagi tisu.
Dengan ketawa yang masih bersisa, sambil lap matanya yang berair, dia cakap, “Saya punya anak takut nak cakap dekat saya. Dia suruh cucu cakap kat atok,” sambil geleng-geleng kepala perlahan. Wajahnya masih merah.
Entahlah hati saya rasa sebak melihatnya. Tapi saya hanya senyum dan diam. Biarkan dia melepaskan perasaannya.
Anak-Anak BUKAN PELABURAN HARI TUA Kita
“Zaman sekarang, mak bapak tak boleh nak harap anak-anak akan jaga mereka bila mereka sudah tua. Walau kaya macam mana pun, walau pandai macam mana pun anak kita. Sebab hidup sekarang dah tak macam dulu, semua orang struggle.
Mak bapak kena ada simpanan sendiri. Tak boleh susahkan anak. Asal anak-anak tak susahkan kita, cukuplah. Tugas kita cuma besarkan mereka, anak-anak bukan pelaburan hari tua,” katanya.
Saya terus diam sambil anggukkan kepala.
“Saya lega dah jual semua harta saya. Dengan duit ni, saya akan tanggung kehidupan saya dan isteri. Kami dah tua, bukannya makan banyak. Keperluan pun dah kurang. Cukuplah sementara masih hidup ni,” sambungnya.
Aduhai, sebaknya saya dengar.
Ada kebenaran dalam kata-katanyanya. Kita tak tahu masa depan kita. Asalkan anak-anak kita hidup baik-baik kelak, cukuplah. Asalkan mereka tak susah, cukuplah.
Jangan mengharap lebih. Andai anak-anak menjaga & membantu kita di masa tua, itu bonus buat kita.
Sumber: Farizal Radzali
Baca artikel lain juga: Ibu Dua Anak Dinobat Pelatih Terbaik Keseluruhan PLAK, Tak Sia-sia Berjauhan Dengan Anak-anak
Anak-Anak Juga Hadiah Buat Saya & Suami&Datin Seri Shahida Mohd Rashid
Saya Tak Menangis Pasal Safee Tapi Rindukan Anak-Anak..Bekas Isteri Safee Sali
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.