Ternyata ini dugaan hebat untuk pelawak Ali Puteh. Anak keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang disahkan menghidap injap jantung terbalik dan jantung berlubang, sudah pun menjalani pembedahan.
Selepas 12 jam pembedahan membetulkan jantung, masih belum ada perkembangan positif dari Ainul. Malah, Ainul mengalami komplikasi pada paru-paru pula.
Ainul yang lahir pada 6 Ogos lalu, di Pusat Rawatan Islam Kohilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur alami juandis pada hari kelima kelahirannya. Dan dipindahkan ke Hospital Ampang pada 12 Ogos lalu.
Selepas itu, Ali membuat pemeriksaan dan rawatan susulan untuk anaknya di Hospital Serdang. Terkini, menerusi akaun instagramnya, Ali memohon orang ramai mendoakan anak keduanya itu kuat selepas pembedahan.
Tulisnya,
Salam semua, ni gambar pagi tadi sebelum adik Ainul operation. Kali pertama kami dapat bergambar satu family.. kepada yang bertanyakan anak saya, Ainul Mardhiah.
Jam 8 pagi tadi masuk operation dan selesai jam 8 malam tadi. 12 jam menunggu.
Dengan rasa berat hati.. anak saya mengalami komplikasi pada paru-paru dia. Dan sekarang hanya bergantung pada bantuan pernafasan.
Doktor dah cuba sedaya upaya.. semuanya bergantung pada bantuan pernafasan. Harap ada sinat buat anak walid dan ibu.
Harap dia ada keajaiban dari Allah yang Maha Esa.
Doakan adik Ainul kuat.
Ali mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah dan dikurniakan anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia, berusia 2 tahun.
Ketika ini, Ali bersama kumpulan Puteh terbabit dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.
MW : Mendoakan semoga adik Ainul diberikan kesembuhan olehNya dan keluarga Ali Puteh dipermudahkan urusan olehNya.
Sumber/Foto : Ali Puteh